Post yang ni saja jer buat.. untuk sesiapa yang nak tau camne nak jadik pilot.. Ni yang sehabis detail yang aku leh bgtau.. Ni adalah cara-cara untuk jadik pilot persendirian (bukan tajaan airlines MAS ke AirAsia ke atau ape-ape je la)
Niat
Jangan nak jadik pilot sebab mak bapak, atau siapa-siapa pon suruh. Jangan jadik sebab pikir gaji dia mahal (Jadi businessman lagi kaya tau)
Faham
Faham btol2 kerjaya ni, kelebihan kerjaya pilot, kekurangan kerjaya pilot. Faham jugak risiko yang akan ditanggung. Contohnya, terpaksa extend masa belajar (dah kena tambah duit beberapa ribu ringgit). Contoh lain, jadi pilot ni katakanlah ter’eksiden’, putus tangan, dah tak bole nak jadik pilot (ada tak kerjaya lain yang boleh back-up)
Kelayakan
Sekurang-kurangnye keputusan SPM dapat kredit (6C) dalam subjek Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Proses 1
Tulis surat kepada Department of Civil Aviation (DCA) dalam bahasa Inggeris. Bagitau pihak DCA yang anda amat berminat nak belajar pilot dan nak mohon masuk sekolah penerbangan.
Maklumat yang perlu dilampirkan bersamasurat :
Salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM (yang disahkan)
Maklumat yang perlu dilampirkan bersama
Salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM (yang disahkan)
Kalo hantar by-hand kat pejabat DCA kat Putrajaya, amek skali senarai nama sekolah penerbangan yang ada kat Malaysia ni supaya senang nak pilih.
Proses 2
Bila DCA dah balas surat anda dan dapat kebenaran. Cari sekolah penerbangan yang anda ingin sertai. Mula-mula cari kat internet, tengok gambar sekolah tu dulu.. cantik ke, selesa ke tempat belajar dia, tempat tinggal pulak macamane rupe dia.. bila dah berkenan di hati, tepon ke HQ dan tanya mengenai perkara berikut:
Hal-hal pasal duit
Deposit
Yuran pendaftaran
Jumlah yuran keseluruhan
Bayaran tambahan (untuk beli uniform, buku-buku, headgear, etc)
Surcharge minyak kapal terbang (yang ni mesti ada punye sebab dia ikut harga minyak semasa, dan biasanya harga minyak jarang turun)
Kemungkinan kalo terpaksa extend belajar, kena bayar lagi tak?
Camne cara pembayaran yuran
Mana nak dapatkan sumber kewangan?
(PAMA – PAPA n MAMA) (MARA) (KWSP mak ayah)
Pendaftaran
Bila korang boleh mendaftar?
Kekerapan pengambilan pelajar
Berapa orang sekali in-take?
Pasal belajar
Tempoh belajar
Ape menda yang korang akan belajar (tapi yang ni leh tengok kat website je)
Keperluan
Uniform
Buku-buku rujukan
Tempat tinggal
Makan Minum
Aksesori penerbangan (contohnya: pilot head phone)
Make sure mesti buat perbandingan antara semua sekolah-sekolah penerbangan tu.. Bandingkan yuran keseluruhan dan bandingkan cara pembayaran, tu la yang paling penting rasanya. Decide yang paling bersesuaian dengan kemampuan dan keinginan
Proses 3
Dah decide sekolah, print borang kemasukan dari website dan isi. Lengkapkan semua yang diperlukan. Lain sekolah lain yang dia nak. Call sekolah tu, buat appointment bagitau yang korang nak masuk sekolah tu dan nak datang hantar borang.
Proses 3A (Sekiranya takde duit nak bayar deposit)
Kalo takde duit nak bayar deposit.. sekolah penerbangan akan bagi Letter of Acceptance (surat tawaran).. Dengan surat tawaran ni, leh la pegi buat pinjaman kat AgroBank, pinjaman insani nama dia.. Leh buat pinjaman sampai RM100k..
Proses 4
Dengan Letter of Placement (Surat Kemasukan) tu, korang pegi pulak kat Pejabat MARA kat Kuala Lumpur amek borang pinjaman pelajaran. Isi borang tu dengan lengkap skali dengan dokumen-dokumen yang dia nak. Kalo dia tanya, Jangan bagitau korang ada dapat bantuan kewangan dari tempat lain okay (contohnya, korang guna KWSP untuk bayar yuran ke, tengah dapat biasiswa JPA ke, diam-diam je)
Proses 5
Medical Check-up
Ni la yang penting jugak. Medical check-up ni bukan medical check-up biasa. Hanya tempat yang tertentu je yang DCA approve. Nak tau mana tempat dia, tanya DCA.. Hmm.. Kat website Asia Pacific Flight Training ada jugak list tu..
Pegi sume proses check-up tu.. antara yang akan di check-up ialah:
Eye Test
X-Ray
Physical Test (weight and height)
Audio Test
ECG (Electrocardiogram – ujian degupan jantung)
Blood Test
Urine Test
Eye Test
X-Ray
Physical Test (weight and height)
Audio Test
ECG (Electrocardiogram – ujian degupan jantung)
Blood Test
Urine Test
Bila dah lulus semua medical check-up, doctor akan bagi sijil kelulusan iaitu kertas bersaiz 10cmX10cm.. Kecik tapi bermakna..
Proses 6
Berkemas-kemaslah untuk berangkat menuju sekolah penerbangan dan mendaftar sebagai cadet pilot.
Semua Proses 1-6 ni adalah proses yang perlu dilalui kalo korang nak belajar pilot secara persendirian (bukan tajaan MAS, AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan). Actually, ada step yang boleh dibuat serentak, contohnye, sambil tunggu surat DCA tu, leh la wat medical check-up dan cari sekolah yang bersesuaian.
Terima Kasih kepada mereka-mereka yang telah membantu aku untuk jadik pilot ni..Yang tunjukkan camne nak apply sampai boleh belajar pilot. Antaranya ialah Ihram, ayah Ain, orang-orang kat forum FLYDAMNIT.COM.. kat Ain jugak sebab bagi moral support yang paling banyak.
019-4797139
Muhaimin86@gmail.com
5 comments:
same2 kaseh.. :-D
besnya kalu dapat..
Assalamualikum bro...sy sgt meminati untuk menjadi pilot ni...sy sudah hantar surat kpd dca...sudah hampir 3 minggu tetapi masih tidak mendapat jawapan...bagaimana ye nak buat bro..harap dpt bantu...ay terlah memilih untuk meneruskan di apft
i cannot contact u, i hv more questions... the # n email address are invalid...
i cannot contact u, i hv more questions... the # n email address are invalid...
Post a Comment