List Widget

.

Followers

Wednesday, August 26, 2009

Babies Do Speak

.
.
Believe it or not..
babies really do speak through their cries..
It sounded stupid and not in logic..
But truely babies are speaking of the same
language worldwide regardless theis race..

The sound they made are very natural but one should
pay a good attention to the sound babies made when they cry..

The sound can be divided into several sounds.. and those sounds are

EH - Burp me

NEH - I'm so hungry!

HEH - Change me

OWH - I'm sleepy

EAIRH - I have wind



Lesson 1
NEH - I'm so hungry
.
.
I'm writing this post because I think it might help parents to understand their baby needs.. Reducing tension for parent for not knowing what happen to the baby..
Expressing this blog entry specially for Adik & BgYusry and also for KakMarina & BgTapa..
.
.

Sunday, August 02, 2009

Wedding Delima

.
.

Hari ni (2 Ogos 2009 - Ahad)

.
Wedding Delima Radzwa
.
Hari ni ialah hari perkahwinan Delima dan Yusuf Warda (sebelah lelaki).. Wedding tu diadakan kat Precint 1, Wetland, Putrajaya.. Camtu la address yang aku berjaya faham.. So, aku plan nak tumpang Meera dari Subang Jaya.. Aku pon bertungkus lumus la berusaha nak bangun awal.. Semalam, mintak tolong dari Ain untuk kejutkan pagi tadi takut terlambat.. Ain pon kejutkan dengan menghantar 3 mesej.. Haha.. Takpe je pon, cume teringat satu citer tu.. Laki bini gaduh, pastu malam tu laki dia soh isteri dia kejut dari tido sebab laki dia nak naik flight.. Bini dia pon kejutkan la husband dia, gune nota taruk tepi laki dia.. "Bang, bangun bang, awak ada flight pagi ni".. jawabnya laki dia terlepas flight la.. haha.. (aku takde la gado dengan Ain pon.. tapi sequence citer tu cam sama je.. tergelak aku masa mandi bile terpikir..) Nasib baik sempat siap..

Dari KTM Padang Jawa kol 9.35 pagi, terus pergi KTM Subang Jaya.. Jumpa Meera kat situ jam 10.05pagi terus Meera bawak pergi rumah Meeza.. kat rumah Meeza, Bajat pon datang skali.. Meeza kata gerak dalam kol 10.30 naik satu kereta je.. Meeza nak gerak cepat sket sebab dia kata

.

“Nak pergi kenduri kawen kakak hilal, dulu baru la pergi kenduri Delima plak..”



Oooo.. Cakap je la



“Nak pergi kenduri KAKAK IPAR aku dulu”..



Nak guna ayat-ayat berselindung pulak dia.. Pastu aku dengan bajat plak plan nak beli hadiah on the way nak pergi kenduri Delima.. Meeza kata tak sempat..

.

“Korang Doakan kebahagiaan Delima dan Yusuf je la yer.. Partition Lahanat takyah bagi hadiah”..

.

Hambek kau bajat (dan aku jugak).. Tu la nak beli last-last minit konon, nak bincang dan pilih sama-sama la.. Haaa, langsung takyah bagi terus.. Bagi duit je la.. Tapi takpe, nanti kita bagi jugak hadiah daripada Partition Lahanat..

Tunggu Qayyum dekat 40 minit baru dia sampai kat LRT Taman Bahagia.. So, baru la kitorang gerak amek Qayyum pastu terus pergi kenduri kat rumah Hilal.. jam dah pukul 11 lebey Meeza dah tensen jer sepanjang kitorang menunggu kat rumah dia tadi..

Bile dah gerak ni okay la sket mood Meeza.. Tambah plak kitorang tiga orang kat belakang (aku, Bajat dan Qayyum) asek buat lawak je dari tadi.. Pecah perut siot.. Meeza bape kali terbabas sebab asek tergelak.. nasib baik tak terbabas masuk longkang..
.
Sampai je kat rumah Hilal, Meeza pesan
.
“Jaga imej aku okay, jangan buat perangai”..
.
kitorang pon behave la baik-baik.. Xbuat lawak, sopan santun jer.. Sehinggalah minit ke-5, pastu lupa daratan la.. Mula la wat lawak pecah perut.. gelak sakan macam kenduri sendiri je.. Makan kat kenduri rumah Hilal sedap.. Macam-macam lauk ada, lauk sotong sambal, acar, ayam pedas, daging rending, buah, nasik minyak, nasik putih, kerepek, keropok, kek coklat, banyak gler lauk.. Tapi Qayyum cume letak nasik minyak dengan ayam seketul jer dalam pinggan aku.. Tensen btol aku, aku soh dia amek balik lauk-lauk sume.. haha.. Ingat dia sorang je yang nak makan sedap.. Hilal pon jumpa la dengan Meeza.. Borak-borak sket.. Meeza tanya pasal direction nak ke Putrajaya daripada Banting, Klang tu.. Hilal takleh pergi rumah Delima sebab kena jadi photographer untuk wedding kakak dia ni.. patut la.. Dah mintak diri tu, kitorang tunggu Meeza.. Tunggu Meeza yang pergi berjumpa dengan Mak Mertua dia..
.
“Ada la tu pesanan dari Mak Mertua untuk menantu“..
.
Lepas tu kitorang terus menghala ke Putrajaya.. Dalam perjalanan tu Meeza tah brape kali cakap
.
“Korang, tolong tengok direction ni.. Aku tak perasan sangat ni..”
.
Tapi kitorang memang ‘tengok’ direction.. Hahaha.. Tu je la yang kitorang buat sepanjang jalan.. Ameera je yang tengok direction walopon tergelak-gelak.. Kitorang tiga orang asek buat lawak jer.. Tergelak nak pecah kereta.. Bila dah sampai kat Putrajaya, sampai kat Wetland tu dah nampak khemah kawen.. dengar pulak lagu kawen, sah-sah la ada majlis kawen takkan kenduri khatan pulak kan kalo yang kuar tu lagu kawen.. dengan konfiden kitorang pon terus je masuk.. Senang pulak nak cari, ingatkan nak kena sesat dulu.. (selalu kan camtu)..
.

pakcik kepada Yusuf yang amek video wedding ni
.
Wedding Delima buat ala-ala garden wedding.. Ada curve flags all the way dari jalan nak masuk.. macam pintu gerbang je rupan dia, walopon simple efek dia sangat cantik dan menarik.. kat bahagian kiri dan kanan khemah tetamu.. straight ahead (belakang kamera) adalah khemah pengantin dan VIP.. Kemas susunan khemah.. Kat bahagian entrance tu la ada khemah karaoke dengan DJ skali.. Ada muzik, meriahlah majlis kawen camni..
.

gerbang yang simple tapi menarik

...

Sampai je tempat Wedding tu, kitorang jumpa Eza dengan Nik.. Dorang dah datang awal sket.. Duduk diam jer dua ekor tu.. kitorang pon cop la meja tu.. Kalo dah sebut cop meja, memang 1-2 jam la melekat kat situ.. kitorang sembang-sembang la sementara tunggu Pali dengan Sakinah datang.. Nik dah jadik “DR. HOUSE”.. Sebab dia pakai tongkat cam Dr. House pastu sebab kaki dia medical complication.. Cam ligament terputus la.. sebab tercedera masa main futsal.. jalan pon susah.. Dan dan tu jugak dapat gelaran Dr. House.. takde kesian-kesian..

.

eza dan nik.. bajat dan pali??

.

Bile Pali sampai dalam pukul 2 tu, bertambah havoc la kitorang gelak.. Pali diam jer mula-mula, pastu tak ingat dunia punya ketawa.. Takut mengganggu orang sebelah menyebelah, kitorang hanya bercakap bila lagu dimainkan, sebab bila ada lagu yang kuat bunyinye, tak dengar la kitorang gelak sakan tu.. Selang lepas Paliu sampai, Sakinah pon sampai jugak.. Pompuan sume pakai baju yang base merah.. laki plak pakai baju kemeja yang base biru.. cam dah berpakat pulak pakai baju camtu..
.
Sakinah sedang makan dengan enaknya
.

Pali dah jadik mat bunga setelah menghadiri majlis

.

Setiap2 kali lagu habis je, semua akan jadik senyap.. bunyi je muzik terus bising balik.. hahaha.. macam-macam lagu la yang DJ tu mainkan, dari lagu Melayu sampai la omputeh.. Mawai, Sweet Charity, Micheal Learn To Rock.. Habis sume lagu dia sebat.. Lagu ni je takde " Bila Izrail Datang Memanggil".. Qayyum leh plak ajak aku menyanyi karaoke.. kang kalo aku nyanyi kang, dari orang ramai-ramai ni tinggal kerusi dengan meja je kang.. orang sume lari terjun tasik tak sanggup dengar aku nyanyi..

Cikgu Khairiah pon datang jugak time wedding ni, datang dengan husband dia.. Kitorang pon amek peluang sembang-sembang dengan Cikgu Khairiah.. Iklan jap : Cikgu Khairiah ni cikgu Bahasa Melayu masa kat sekolah dulu.. Garang dalam kelas, takleh tido dalam kelas dia.. Aku pernah kena marah (selalu je sebenarnya – tapi yang ni yang paling besar la)..


Cikgu Khairiah (mesti la yang sebelah kiri)
..
Cikgu kata “Awak ingat awak dh terer selama ni dapat A tapi kali test dengan exam, ni (trial MRSM) tak dapat pon A.. Xyah nak blagak-blagak terer..” Padahal aku rasa yang lain pon tak dapat jugak.. Insaf aku, lima minit la.. Pastu gelak2 balik.. Hehe.. Masa kat kenduri Cikgu mintak tiket free bile aku jadik pilot nanti.. Amin.. tu doa tu.. Amin.. “Nanti saya jadi pilot boleh punya cikgu, takde hal”Pastu makan-makan.. Kenduri kawen Delima ni byk jugak masakan.. Tapi sebab dah kenyang makan kat kenduri rumah Hilal tadi, aku jamah je la sume makanan yang ada.. Jamah-jamah pon penuh pinggan la jugak.. Sebu perut makan byk sangat.. Tapi aku tengok Qayyum yang keping ni, makan tak berenti lagi.. tak faham aku, makanan dia pegi mana..


Zuain pulak sampai dengan boifren dia.. Nama bf Zuain ialah Otai.. kecik jer orangnye.. gelap-gelap sket, cam Qayyum dan Bajat.. Okay-okay aku jugak.. (tak masuk kang dorang berdua ni tak puas ati)..



Otai dan Zuain
.
Tak banyak cakap dengan boifren Zuain.. kitorang masih bersembang hal-hal kitorang (hal-hal sejarah lama).. baru-bau jumpa tak tau kitorang nak bukak cite camne nak ajak Otai bersembang..

Dah kenyang makan baru la pergi jumpa Delima dan Yusuf.. bukan tak nak jumpa awal-awal tadi tapi awal-awal datang tengok ramai sangat kerumun Delima dengan Yusuf.. Bile takde orang kitorang plak nak bergambar dengan pengantin.. Sweet tengok Delima pakai gaun putih dengan lace atas kepala.. yusuf plak pakai baju coklat.. Padan dua orang ni, yusuf dan Delima.. Bahagia je tengok dorang ni..Delima pegi mana-mana pon pegang sejambak bunga..Dari awal datang jumpa Delima, Eza la yang paling ketara teruja dengan menda-menda wedding, wedding cake, wedding ‘gate’, wedding chair.. paling tak tahan dia boleh plak ‘request’ nak Delima punye bunga sejambak yang Delima pegang tu..


Aksi luar dugaan dari pengantin
.

Sampai tinggal Nik yang ‘tempang’ tu kat bawah terik mentari.. Tinggal Nik tu berdiri, orang tu dah la camtu tinggal suruh berdiri pulak tu.. Kalo duduk boleh tahan lagi la.. Ish3.. Pastu amek la gambar..

qayyum, pali dan aku : layan jer la..

.

Macam-macam aksi.. Kalah pengantin.. Sempat jugak kitorang amek group photo..


pasangan pengantin dan kami semua
.

Dorang yang perempuan nak buat plak gambar campak-campak bunga.. photographer tu layan jer la.. Bajat pon layan je la amek jugak foto dorang sambut bunga..



Pali : harap-harap Delima campak kat sini..

Qayyum : Aku pon harap camtu gak Pali..

.

1.. 2.. 3..


Lepas tu, kitorang pon mintak diri dan beransur pulang.. Masa balik tu sempat pulak meera nak candid celah pokok.. Aku plak amek gambar "Dr. House"… Qayyum masa nak balik ni sempat ajak Nik..
.
"Nik, aku ingat nak ajak ko main futsal.. antime aku takde hal punyer"
.
sambil lompat-lompat warming up badan tepi Nik..


kiri : meera disebalik pokok.. kanan : Dr. House (usha tongkat mahal tu)
.
Camtu la kisah wedding Delima yang simple dan best.. A sweet memory la wat wedding kat tempat yang rare macam tu.. Kalo tak buat wedding kat Dewan OrangRamai.. Takpon depan rumah.. kadang-kadang tempat camtu pon boleh ubah mood jugak.. .
..
"Paling best ialah aku perasaan aku yang hepi tengok Delima pakai baju wedding.. Rasa happy tengok Delima bahagia.. Moga cepat-cepat habis belajar dan ada Delima and Yusuf Juniors.."
.
.
Powered by Blogger.