List Widget

.

Followers

Wednesday, December 31, 2008

Ikrar Kepada Ain



Up..! (angkat tangan kanan)

Saya memohon maaf

dari Cik Nurulain Binti Baharuddin
di atas sebab-sebab yang berikut:


Perkara 1 :
Saya telah mengabaikan, yakni tidak memberikan
sepenuh perhatian kepada Cik Nurulain

Perkara 2 :
Saya telah membuatkan Cik Nurulain
terasa hati akibat Perkara 1

Perkara 3 :
Saya juga turut tidak memujuk Cik Nurulain
setelah menyebabkan Cik Nurulain terasa hati

Perkara 4 :
Semalam saya telah mengungkit kesalahan Cik Nurulain yang lalu

Perkara 5 :
Saya tidak memohon maaf kerana Perkara 4


Oleh itu, saya Mohd. Muhaimin Bin Radzuan..
Kad pengenalan bernombor 860503-56-5223
No UiTM 2008392977
ingin memohon maaf dengan setulus hati
dan berikrar..

Akan sedaya upaya,
untuk memperbaiki perangai saya yang tak bagus ini

Akan senantiasa, menyayangi Cik Nurulain

Akan memberikan sepenuh tumpuan,
kepada Cik Nurulain yang sangat comel ini

Akan berusaha bersungguh-sungguh,
untuk memujuk Cik Nurulain sekiranya merajuk


Saya turut memohon agar Cik Nurulain binti Baharuddin
sudi memaafkan saya
dan sudi untuk merajuk dengan saya..

Selain itu, saya juga bersedia
menerima apa sahaja hukuman
kecuali
hukuman yang memburukkan lagi hubungan ini

Down!.. (turun tangan kanan)




Sibuk .. busy..



Semenjak dari kluar result Part 6 aritu sampai la sekarang nih.. memang sangat sibuk..
bila dah kluar result tu sebok la nak print out result nak gune untuk apply tu apply ini..
lepas tu pulak Ain bagitau yang

Surat Tawaran Ijazah UiTM dah dapat..
ingatkan UiTM anta kat rumah.. rupe-rupenye kena
download dan print dari internet..

mula-mula g tengok kat tenet tu okay lagi..
Punye la skit hati bile dah print tu,
kena buat macam-macam..
Medical check-up, bayar yuran, bukak akaun SSPN,
beli nombor pin PTPTN untuk pinjaman,
kena fotostat sijil, surat beranak, slip result,
gaji, Borang J.. Banyak lagi la.. Panas btol la
dengan sistem UiTM ni..


Bengang btol la.. at least bagitau la masa diploma
dulu.. at least masa paper final tu,
bagitau la yang tawaran uitm tu kena
periksa kat tenet.. Ni takde bagitau ape2 pon..
Nasib abik ada Ain, kalo tak aku tak tau ape-ape langsung..
tak sambung ijazah la aku jawabnya..

Terima kasih yer budak comey sebab bagitau saya..!!


So, memang sangat kelam kabut la aku jadinya..
Tambah lagi mirul (adik lelaki aku - 20 tahun)
pon nak beli barang-barang, dia pon nak masuk Sem 6 kat UiTM Pulau Pinang.. kelam kabut jugak tu..
Lagi, Sibuk pulak nak cari sekolah tahfiz untuk Nana (adik pompuan aku - 9 tahun).. Ke hulu (hulu langat) ke hilir (hilir sungai Ulu Yam - Gombak).. sibuknya sume orang..
aku pon pening kepala terkejar-kejar.. Pegi bank,
pegi 2-3 klinik nak wat medica check-up, pegi kedai fotostat..


Bila daftar pulak, faham-faham je la.. beribu orang nak daftar.. beratur panjang, lama giler..
aku cam sangat kurang tidur, hmm..
plus medical check-up untuk pilot
pon termasuk dalam senarai..
(story pasal medical check-up pilot tu kena baca previous posts)


Sampai sekarang ni, pendaftaran kursus masih ada masalah,
tak boleh nak daftar subjek
bahasa Inggeris (BEL 499).. Tapi kelas kalo ikut jadual,
dah mula dah.. Aku still leh tenet, update blog nih pon
sebab aku buat kat ofis papa aku.. kat UiTM ni la..
daripada melangut jer kat bilik tu, baik aku lepak sini,
tunggu Ketua Program siapkan sistem,
baru la leh sambung daftar kursus tu..


Tapi berat betul la hati nak blaja kat UiTM ni..
rasa tak gembira nak blaja kat sini..
Sangat tak best la environment kat sini..
Kalo kat UiTM penang dulu, berkobar-kobar
nak balik kampus daripada cuti tu.. awal semester
bersemangat nak sambung blaja..


Tak tau la, harap-harap boleh la blaja..
Mungkin sebab kat sini jarang jumpa Ain..
Dari hari pendaftaran aritu sampai sekarang ni sekali jer terserempak dengan Ain..
Papehalpon, mesti kena belajar jugak kan..
.
.

Tuesday, December 30, 2008

Medical Check Up - Fizikal




(Tuesday - 30/12/2008)
Tadi buat medical check up physical plak.. buat kat Klinik Medi-Utama.. Masa tunggu tu memang la ramai orang.. sume pon nak wat medical check up DCA.. Ada yang pilot, ada yang tower, ada yang bahagian control ada yang maintenance.. macam-macam la, tapi sumenye under DCA punye arahan.. masa awal-awal menunggu turn tu aku okay je, tapi bila start dengar dorang nih sembang-sembang buat aku rasa cuak sangat.. sume citer pasal flight dorang la, lesen pilot dah nak mati la, airline dorang tak best la.. sumenye pasal dunia pilot.. ada pulak tu, yang bile abis keluar check up je, doktor kata dia punyer heart rate dah laju sangat la.. ada yang kata, mata kiri dia tak clear lagi la.. hmmm.. risau giler..

Bile sampai turn aku, mula-mula skali aku kena
Audio Test..
kena masuk bilik kedap bunyi, pakai headphone besar, pastu kena pegang trigger..
Nurse tu kata bila dengar bunyi je, tekan trigger tu..

pastu aku dengan konsentrasi 200% mendengar dengan penuh teliti..
bunyi jer aku terus tekan trigger tu..camne ek nak bayangkan bunyi nye.. hmm..
bunyi nye nyaring.. mula-mula kuat makin lama makin perlahan makin perlahan.. pastu dia tukar ton pulak, 4 ton telinga kanan, pastu tukar plak telinga kiri..

Lepas tu, urine test plak.. dah bagi urine kat kaunter tu, tunggu la doktor panggil plak..
Bile doktor panggil ni, dia nak check
X-ray, ECG (Electroc
ardiogram - untuk test jantung punyer beat) dengan Blood Test..


Chest X-ray



ECG (macam mesin nak test orang menipu)

Tapi aku rasa sangat sedih bile dah jumpa doktor tu, dia kata yang x-ray yang aku bawak tu bukan doktor pakar ..
Dia kata tulang aku bengkok..

Dia kena dapat pengesahan doktor pakar sama ada aku still boleh apply pilot nih.. Lepas doktor pakar tulang tu kata okay, baru dia nak proceed dengan medical check up yang lain..

Jadi, aku pon pegi la kat
Darul Ehsan Medical Centre, wat x-ray kat situ..
hari
jumaat ni (2/1/2009) baru dapat jawapan..
aku kena pegi semula kat klinik Medi-Utama untuk tau sama ada lulus atau tak X-ray ni..

Sekarang ni sangat risau, sangat takut kalau tak berjaya..

Becoming a pilot is my dream that I share with Ain..




Kalo tak dapat jadi pilot, tak tau la nak kata ape..

Harap sangat3 lulus
Amin.. Amin.. Amin..


Monday, December 29, 2008

Medical Check Up - Mata




(Jumaat - 26/12/2008) Hari ni buat medical check up mata.. This is the first move untuk apply nak masuk flying school. Minggu lepas dah buat appointment dengan doktor untuk buat medical check up nih.. Buat appointment tu by phone call.

Inilah anatomi mata (courtesy of Tun Hussein Onn National Eye Hospital)

Kena buat medical check up kat


Hospital Mata Tun Hussein Onn, Petaling Jaya.


Appointment dengan

Dr. Pall Singh.

Masa sampai kat hospital tu rasa nervous sangat-sangat. Takut tak lepas check up.. Aku asek terfikir yang tibe-tibe dokto diagnos mata aku ada penyakit. Bukan je tak boleh jadik pilot,

dapat penyakit pulak tu..

Sebab tu la aku takut sangat-sangat.. Mula-mula pikir check up dia mesti la sangat canggih dan banyak peringkat sebab tu DCA (Department of Civil Aviaition) cuma iktiraf hospitalni untuk buat medical check up mata.

Masa tunggu turn sebelum check tu, kat waiting area tu memang sangat ramai orang. Sume nyer mesti la yang ada penyakit berkaitan mata, takkan sakit buah pinggang atau kentut berdarah datang hospital mata pulak kan.. Kat situ, dia punyer nurse-nurse walking around dengan lampu picit dan eye-drop.. For every person yang ada illness, dia akan titiskan eye-drop tu.. pastu patient tu asek tutup mata je lepas dah kena titis tu.. Muka macam tahan sakit, dalam hati aku pikir, maybe sebab sakit mata dorg yang buat dorg rasa eye-drop tu pedih. Bayangkan, ada 2-3 orang nurse yang buat kerja tu, everytime setiap sorang nurse tu lalu, dia akan titiskan eye-drop.. Kadang-kadang tu, dalam
5 minit je dekat 7-8 kali
kena titiskan eye-drop tu..

Bile turn aku kena panggil pulak, aku masuk la bilik khas.. Dia suruh duduk

3 meter dari display chart

Lepas tu nurse dia suruh aku baca huruf-huruf yang paling kecik tu.. Aku pon baca la.. Mula-ula kena tutup mata kiri lepas tu kena tutup mata kanan pulak.. Bile dah abis test tu, nurse suruh tunggu luar.. Hmm.. Tunggu lagi..

Pastu kena panggil sekali lagi untuk

Color-blind Test,

nurse tu kuarkan la cam foto album yang ada bintik-bintik warna warni, pastu suruh aku baca nombor yang ada dalam tu bintik-bintik tu.. pastu habis test tu.. Nurse suruh tunggu lagi..

Tunggu punye tunggu, aku tertido.. lambat betul nak habis check up ni.. Bayangkan berapa lama aku tunggu sampai leh tertidur kan.. Akhirnya, nama aku pon dipanggil buat kali ketiga, kali nih Dr. Pall Singh yang akan check mata.

Nih la part yang aku tak suke langusng pasal chechk up

ni, nurse tu sentuh muka aku, sentuh mata.. Nurse tu suruh aku duduk atas kerusi, lepas tu dia cepat-cepat titiskan eye-drop kat dalam mata aku..

Wow! Rasa sangat pedih mata ni..

Rasa macam nurse tu titiskan air limau dalam mata..

Nak tersembul bijik mata, pedih giler! Dia kata menda tu akan besarkan kornea supaya senang doktor nak periksa.. Patut la sume yang kat luar tadi tu muka terseksa je kena bile kena titis.. Lepas tu kena taruk kepala kat mesin check mata tu (lebih kurang yang kat kedai optikal tu punyer mesin).. Mula-mula tu ingatkan dia nak check mata macam kat kedai optikal, tengok imej dalam lubang kecik tu, pastu mesin tu akan diagnos mata.. Tapi yang aku buat nih kan, doktor tu tengok terus kornea mata aku, sambil menyuluh lampu biru yang sangat menyilaukan dalam bijik mata aku, mata pulak dipaksa untuk bukak jer jangan tutup.. Dalam hati aku pikir, terer giler doktor nih terus tengok dalam mata..

Walaupun check mata dengan Dr. Pall Singh tu tak sampai 2 minit, tapi punyer la seksa dan tak sukenya aku rasa.. Kena sentuh dengan nurse, kena titis air limau dalam mata,

kena silaukan mata..

tapi demi nak jadik pilot..

Harap-harap ni la kali terakhir aku kena check mata..
Kuar je dari bilik Dr. Pall Singh tu, dia kata suruh tunggu kejap.. Kejap lagi dia akan bagi result check up tu.. Bila tunggu result pemeriksaan mata tu, rasa berdebar-debar sangat takut tak lulus.. Dalam hati asek cakap,

lulus lulus lulus.. Lulus lulus lulus..

Dan bile dah dapat jer surat result check up tu dalam tangan aku, aku baca dengan excitednya..
LULUS!

Hepi sangat, aku terus nak balik.. Tibe-tibe, nurse tu panggil aku balik, aku terus jadik risau ingatkan sebenarnye result aku fail.. Rupe-rupenyer aku tak bayar bil lagi.. Ish3.. Bil yang aku kena bayar ialah RM60..
Penungguan untuk check up ni lebih kurang 1 jam 30 minit..

Aku pon terus balik..

Makin bertambah yakin aku untuk apply flying school.. Aku bgtau Ain, hepi sangat Ain tau aku lulus..
.
.

Wednesday, December 24, 2008

Rindu awak..


saya rindu nurulain binti baharuddin.. aritu lepas balik jambori date dengan buah ati saya tapi kejap jer sebab date kat midvalley.. banyak habis masa kat dalam tren komuter je.. sekarang nih still rindu lagi kat ain..

Esok nak jumpa ain, g seremban.. harap-harap komuter takde masalah lewat gler macam aritu..

Xsabar2 nak jumpa ain.. Tunggu saya tau sayang.

Jambori Komander 2008


aritu g Jambori Komander Kesatria 2008.. wat kat UiTM Melaka.. dari 13-19 Disember 2008.. kat sana banyak la aktiviti fizikal yang dibuat..

pertandingan kawad kaki
pertandingan prolog
Extreme Outdoor Quest
malam kebudayaan

setiap hari sangat pack aktiviti dia.. kaki aku cam nak tercabut sebab praktis pertandingan kawad.. paki but dekat 7-8 jam.. ish3.. aku siap balut kaki letak sponge sume.. still sakit kaki jugak..

bile dah g jambori tu.. asek penat jer.. ada pluang je aku mesti tido.. tak kire la sandar kat pokok ke, baring atas rumput ke.. memang exhausted btol..

newey.. gambar takde la sebab xbwk kamera.. tapi akan diusahakan.. mintak dari kengkawan..

papehal pon yang penting nih aktiviti komander aku yang terakhir.. senang ati tinggalkan komander penang bile dah contribute sampai la aritu..

10 ROX Gathering..

.

.

10ROX Gathering (29/11/2008)


berdiri dari kiri : muhaimin, bajat, pali
duduk dari kiri : ezatul, zuain, meera, meeza

Sebelum nak cite ape-ape, nak explain sket ape itu 10Rox!!.. 10Rox!! ialah nama gelaran kelas masa sekolah kat MRSM Jasin dulu.. Kelas ke-10.. Since kitorang sekelas dulu sangat suka kecoh-kecoh.. dapat gelaran kelas paling hingar bingar macam konsert rock... So kitorang pon gelar la kelas 10 Rox!! Sehinggalah sekarang nih, nama tu kekal... So, kitorang punyer group meeting pun nama nya 10 Rox..

Aritu setelah lebih kurang setahun aku tak pergi gathering, maka Bajat pon mesej ajak gath. Lepas dah tanya Ain, aku pon decide nak join...

Gath kali nih wat kat The Curve, aku pon xpnah pergi tempat tu... Rupe-rupenye dekat dengan IKEA... Mula-mula plan nak tumpang Meera sebab tak tau camne nak pergi sana dengan public transport. Meera kata datang awal sebelum kol 8.00pagi, dia akan tunggu kat Stesyen KTM Subang... Malam tu dah janji dah dengan Meera... Esoknya bila bangun tido, tengok-tengok jam dah pukul 8.30 pagi.. Ish3.. Tengok enset, ada 6 miskol dari Meeza, 3 mesej dari Meera.. Huhu... (peringatan : jangan tido lepas subuh, nanti terlajak cam aku)..

Meera, sori aku tertido!”

Siap-siap dengan gelabahnya terus kuar rumah.. lebih kurang pukul 9.30pagi.. Meera mesej kata terus pegi kat *&^$ Royal (tak ingat mula-mmula tu sebab dah delete mesej tu).. Kena jalan sket dari Time Square. *&^$ Royal??.. ???.. Mesej tanya kat Ain, tapi ain kata K.Marina (kakak ipar ain queen of shopping) pon tak pernah dengar.. Apsal la asek kena pegi tempat-tempat yang tak pernah dengar je ni.. Oh, how blind I am when it comes to places.. I am bad with directions too.. Naik komuter (shah alam KL Sentral) , pastu naik monorail (KL Sentral Bukit Bintang).. Bila dah sampai sana jalan-jalan cari nama tempat yang ada sebut royal.. Akhirnya ada, Park Royal rupenye nama tempat tu.. punye la tertanya-tanya..

Dah sampai situ, lepak dengan ayah meeza sembang-sembang kejap sebab meera, meeza dan adik meeza tengah shopping.. As early as 10pagi pon shopping.. Memang kuasa sale.

Bila jumpa dengan meeza dan meera tu, memang kena perli je la.. “Thanks min sebab buat aku tunggu selama setengah jam sampai 8.30pagi”.. sabar je la kan, dah salah sendiri..


tiga orang lelaki yang datang gath..

Straight terus kepada gath.. Kitorang sampai kat The Curve, lebih kurang pukul 12.00 tengahari.. Takde sape-sape pon yang sampai lagi.. Kitorang pergi la round-round kat Cineplex tu.. Meeza dengan meera pegi jumpa kawan dorang.. Aku arini officially jadik jurukamera.. Aku amek gambar je.. Kamera yang aku pakai ialah kamera SLR Nikon kelas D.. Meeza yang mintak pinjam dari ayah dia..

memperkenalkan bf eza : paling kanan.. Eza soh panggil NIK.. nasib baik Nik leh masuk dengan kitorang.. kalo tak terpinggir je bile kitorang sembang2


Kitorang gath bukan watpe.. cume sembang2 jer.. lama dh tak jumpa 10Rox!! kitorang ngumpat memang sakan, abis kecoh tempat tu bile ada kitorang.. Teringat zaman-zaman skola dlu la.. ngutuk cikgu (ish3.. tak baik).. ngutuk kengkawan (ish3 tak baik jugak).. ngutuk jer la yang jadik topik.. hehe.. bile pikir2 balik, tiap kali gath menda yang sama jugak yang dibualkan.. ngumpat zaman-zaman skolah kat jasin dlu.. tapi tu la topik yang buat kitorang masih bersama nak jumpa.. hehe.. tapi tak cukup ramai lagi nih.. kalo ramai-ramai lagi mesti happening.. rindu jugak nak tengok kengkawan lama, dah kembang ke, kuncup ke, ada gf baru ke,, dah abis blaja ker.. hehe.. Sampai last nak balik pon pesan-pesan bgtau nak wat gath lagi.. 10ROx!!

harap dapat jumpa lagi sembang2 ngumpat2
Powered by Blogger.