List Widget

.

Followers

Saturday, July 25, 2009

BBQ Gathering

.
.
(24 July 2009 - Friday)

BBQ Gathering.. “Pertemuan BBQ”

Actually, this is the first time that we did a BBQ Gathering.. Normally our gathering is all about hanging out minum-minum, makan-makan.. But this time, the organizer Cik Hamizah binti Adnan made a twist by having a BBQ Gathering.. Weeks before the BBQ she told me about it, so what can I do.. As usual I’ll be there where the gathering is.. haha..

Few days before the BBQ, I was officially appointed as the PR... haha.. Meeza told me to invite all TenRox! to come.. so I tried to invite them all.. through phone and Facebook..

Hmm.. The day has come, tonight is the BBQ.. So, in the early morning Hilal called me to pick me up so that we can go to Meeza’s place to marinade the beef and lamb steaks.. But he couldn’t reach me because I was still asleep in the ‘early morning’ at 9.00am.. ‘Early’ la sangat.. lepas tu time Meeza call I was awake and answer her phone call and prepare myself.. Hilal pick me up from UiTM and we went to Meeza’s home at Kelana Jaya.. Meeting Hilal after 3 years, Hilal doesn’t change much.. His hair is still long up to his shoulder.. naturally rebonding.. Haha.. budak2 pompuan makan hati je tengok rambut Hilal lurus macam tu, lagi sakit hati sebab Hilal tak payah g saloon pun.. Baru la perasan, dari tadi speaking omputeh.. Haha.. Bile masuk tenet je ada tendency nak speaking sebab piker semua menda kat tenet ni omputeh.. search pun mostly dalam bahasa omputeh..

Bile sampai rumah Meeza, kitorg pun start la marinade.. hehe.. kitorang la sangat.. Hilal yang marinade, aku tengok jer dia campur ramuan.. Tak tak tak.. Aku pun tolong jugak.. Tolong tengok!!

Dah petang sikit tu kitorang keluar pergi amek Qayyum pulak.. Amek Qayyum kat LRT Taman Bahagia.. Hilal sepanjang masa dari angkat telefon, dia cakap keling dengan Qayyum.. Mentang-mentang la dia tu black color.. haha.. Time amek Qayyum tu, Bajat telefon.. Dia kata dia datang malam, aku suruh dia datang awal..
.
Dia kata “Aku datang lepas Asar..”

Okay.. Bile Qayyum ada, kitorang start susun meja, susun kerusi.. pastu sementara nak tunggu malam, nak tunggu semua orang datang, kitorang tengok movie.. Masa Solat Asar tu nenek Meeza soh Qayyum baca doa selamat lepas Solat Maghrib nanti.. menggelabah Qayyum mintak Yaasin dari Meeza.. Hehe.. Macam la x pernah baca.. Mungkin nenek Meeza yang mintak buatkan dia menggelabah.. Qayyum, Qayyum.. masih ada gelabah-gelabah lagi.. seperti 6 tahun lalu..

Bile dah malam, kitorang mula la nak bakar arang.. start pukul 7.00 malam.. Hilal la head of chefs.. dia pun mula bakar.. Arang tu senang terbakar tapi susah nak jadi bara.. kejap2 terpadam.. Terima kasih ye Encik Hilal sebab bagi idea beli arang yang canggih sangat tu.. Rupe-rupenye arang tu bukan arang kayu tapi arang batu.. (Arang batu ni orang gune nak bakar dalam power generator nak hasilkan tenaga elektrik)
.
"Ko ingat kita nak hidupkan Power generator ke, Hilal??"

Patut la punyer susah nak jadi bara.. bila masak jer, letak daging BBQ pastu tinggal, lepas 10 minit padam.. so, terpaksa la kena letak kipas angin supaya sentiasa je arang tu ada api..
.
BBQ guna arang Batu.. Canggih tak??

kitorang Solat Maghrib.. Al-ustaz Qayyum pon baca do selamat dengan bantuan buku Yaasin..
.
"Ni blom bapak mertua ko suruh baca doa qunut lagi nih"..
.
Lepas habis Solat je, Bajat pun sampai.. ni la yang dimaksudkan
.
“Aku datang lepas Asar”..
.
Hahaha.. Banyak la ko punyer “Lepas Asar”
.
Bila time dah lepas Isyak tu ramai la datang... one by one... mula-mula Pali... pastu yang lain-lain la... paling best, time Delima datang dengan suami dia Yusuf Warda... Delima baru je seminggu akad nikah dan kenduri belah pompuan... kitorang menyakat Qayyum la... Dulu Qayyum pernah ada hati kat Delima... Gitu-gitu je la... No big deal... Tapi untuk kitorang, a small match can spark a big fire... Haha.. point besar la ni.. So keluar la ayat-ayat ni..

“Weh, tu rival ko dah sampai..
Ape lagi belasah ar”

“Ni la time ko tunjukkan cinta sejati ko kat Delima,
ko cerita semua perasaan ko kat Delima.. Mana tau dapat balik ke?”

“Habis la ko, suami Delima tu mesti nak sekeh ko
sebab ada hati dengan bini dia..
kitorang tolong tengok je kalo ko kena”
.
.
Delima yang pakai baju kotak-kotak dan sebelah dia tu la Yusuf Warda..
saja soh dorang duduk berdua camtu.. sebab kitorang ada sesi soal jawab..
.
Delima dengan Yusuf adalah center of attention la untuk gathering kali ni.. Sebab masa dorang kenduri kawen kat Taiping, ramai yang tak dapat pergi sebab jauh.. Gathering kali ni nak bagi peluang Delima introduce Yusuf.. Yusuf ni mix Melayu dengan English.. Aku dah risau pikir nak speaking omputeh ni.. tapi Yusuf fluent cakap Melayu sebab masa umur 10 tahun dia dok Malaysia dan belajar kat SBP.. Hmm.. Sweet je delima dan yusuf.. malu-malu kucing nak bercinta depan kitorang semua..

makan-makan, ngumpat-ngumpat, gelaaaaak... tak ingat dunia..
.
Yang datang gath malam tu.. Aku, Meeza, Meera, Delima dan Yusuf, Apan, Pali, Bajat, Hilal, Qayyum, Sakinah, Zuain.. lebih dari 12 orang.. Makan BBQ banyak gler.. tapi lebih makanan dari orang yang datang.. Time BBQ tu makan sambil menyembang sambil gelak-gelak tak ingat dunia.. Siap ada kereta polis lalu lagi.. ingatkan polis dah ronda-ronda semua orang akan jadi kurang bising.. rupenye, polis datang tu, tolong tambah bising.. lagi menjadi gelak ketawa semua orang.. Sori yer jiran-jiran tetangga Hamizah.. Actually rumah Hamizah tu corner lot, ada tanah lapang.. sebelah rumah jalan, pastu sebelah jalan tu, ialah jalan besar.. bising pun taklah sampai ganggu (pendapat aku la)

So, camne nak habiskan.. lepas pukul 11 malam Delima, Zuain, Meera dah balik.. Delima keesokannya nak kena bertolak pergi Taiping. Zuain nak kena pergi jumpa kawan dia.. Meera kena pulang ke rumah sebab dia janji sampai pukul 9.30 je dia ada kat rumah Meeza.. So, kitorang kemas-kemas kat luar rumah.. Dan yang masih tak balik tu, kitorang lepak kat bilik home theatre.. Kitorang borak2 sembang2.. sambil makan ape yang masih ada lagi..

nak amek gambar beramai-ramai.. tapi gambar tu ada kat hilal tak sempat upload..

Kat dalam tu sempat pulak nak wat mini klinik... Mula-mula Meeza keluarkan Stetoskop dia.. Apan try nak dengar bunyi jantung dia, pastu sorang2 soh Meeza atau Bajat check kadar denyutan jantung.. pastu dorang bagi komen.. pastu bermulalah sesi mini klinik.. soalan pasal healthcare mencurah2 semua nak tanya pasal penyakit ni la.. penyakit tu la.. operation ni la.. operation tu la.. haha.. beria-ia je bertanya.. Dr. Bajat dan Dr. Hamizah bertungkus lumus berbincang dan menjawab soalan yang ditanya.. Maka keluar la semua bahasa-bahasa medic.. Aku dan yang lain-lain nganga je la bile dengar dorang cakap..
.
Then aku akan tanya
“Boleh tak cakap dalam bahasa rakyat jelata”

Dekat-dekat pukul 2 masing-masing still tak nak balik lagi.. hmmm.. Kali ni tengok video Vacation Pengkalan Balak.. Vacation ni kitorang buat masa Form 5 kat Jasin.. Kitorang plan untuk overnight kat Pengkalan Balak, Melaka.. Tengok la video tu, happening je semua orang time tu.. Masing-masing tak percaya bile tengok perangai masa zaman sekolah.. hahaha..

Salah satu aksi ketawa yang tak terkawal..

Sepanjang video tu semua keje nak hepi jer.. takde langsung pikir pasal masa depan, pikir pasal belajar sungguh-sungguh.. pikir nak seronok jer zaman sekolah dulu.. hahaha.. esok exam pon gelak sakan lagi..
Teringat zaman sekolah, budak lelaki dengan hobi buat bising, nyanyi dalam kelas, buli Apan, buli Amir Faruqi (budak kelas sebelah yang sentiasa melepak kelas kitorang lepas habis prep).. Mengutuk Odeen (hot stuff).. Hahaha..

Bile dah habis tengok video tu.. jam dah dekat 4 pagi.. baru la kitorang semua beransur pulang.. Sakinah yang kata xle stay lama-lama pun leh tersangkut.. Camtu la penangan TenRox! Actually, ni third time Sakinah datang gath..

Dulu dia dok Pahang susah sket nak datang.. Sekarang dia praktikal kat area KL, leh la datang gath.. Aku dengan Qayyum tumpang tido kat rumah Hilal.. Nak masuk UiTM pukul 4 pagi, mau pak guard halau.. hehe.. Tido la rumah Hilal.. Hilal bawak keta leh tahan jugak lajunye.. Tak sampai pukul 5 dah sampai rumah Hilal kat area Klang..

Begitulah kisah BBQ TenRox!..
.
.

Tuesday, July 21, 2009

LAPTOP FORMAT SERVICE





Too cheap compare to
any computer shop, rite?

Frequently Ask Questions (FAQ)

Why so cheap?
What's the catch for the cheap price..
One thing for sure, there is no hidden cost..
It's cheap because I don't work at any computer shop..
No shop rental, less price for you all..

How long can the format be done?
normally it would take only 2-3 hours.. Maximum 2 days..
More than 2 days, it will be TOTALY FREE..

Where to send my laptop?
Call me up and we'll arrange a meeting..
You have to send the computer to me.. that's all..
by the way, I am around Shah Alam..

How should I know that my laptop in done?
I call you as soon as the laptop is done..
then you pick it up..

Do I have to pay any deposit?
No.. pay when you receive the laptop..
It's a risk free service..

I have another question..
Call me please..

Or SMS will do..
NAME (space) LAPTOP BRAND (space) MODEL
send to
017-2054041

NEW!!
The service is extended to Kajang area..
contact Razwan 0192723384



Sunday, July 19, 2009

Jalan-jalan Ke Ampang..



Hari ni Sabtu (18/7/2009)..

Pergi rumah Adik (kakak Ain) nak tengok baby yang baru lahir.. nama nya Hariz Haikal..Since aku baru pindah ke UiTM Shah Alam, aku tak tau nak agak masa untuk naik public transport dari UiTM ni ke rumah Adik yang berada di ampang tu..

Mula-mula Ain kata nak tumpangkan kalo kebetulan sempat singgah.. Sebab ain datang pagi tu dari Seremban dengan emaknye...

Dalam msg “Turun kat AMPANG k”

So, aku pun naik la Putra LRT dari KL Sentral pergi Ampang.. Bile sampai je kat situ, msg Ain bagitau.. rupenyer AMPANG yang dimaksudkan ialah STAR LRT Ampang.. Pengajarannya di sini, kalo nak berjanji jumpa kat mana-mana LRT, sila pastikan Putra ke, Star ke.. kalo tak.. sorang kat sini, sorang kat sinun.. Hehe.. Masa tau tu kelakar jer rasanya.. dengan konfiden dan yakin diri je pergi kat Stesen Putra Ampang.. Nasib baik tak sesat ke tempat lain..

Dah tersalah tu, coverline terus tanya camne nak g kondo Adik dari situ.. So, naik teksi bagitau soh pergi Chancellor Condominium..

Leh tak orang teksi tu tanya aku

mana kondo tu? tau tak jalan nak pergi kondo tu?


“Kalo saya tau bang, dah lama saya bawak teksi ni”

dalam hati je la aku cakap..

Telefon Adik lepas tu Adik yang explain, terus je teksi tu hantar pergi rumah Adik.. Bile sampai kat Condo tu.. tak tau nak g mana.. telefon Ain dan Ain soh naik lif pergi tingkat 9.. sampai a rumah Adik.. BgYusry yang keluar rumah sambut..

Masuk-masuk jer Adik tunjukkan Hariz Haikal.. Ooo.. tengah tido yer.. hehe.. lepak2 duduk dulu.. sembang-sembang dengan BgYusry sume.. Hari ni BgYusry tak sehat, that answers my question “Nape rambut BgYusry messy hari ni?”.. Tapi still nak menyembang lagi..

Time lunch, makan Mi Kungfu.. First time makan Mi Kungfu ni.. sebelum cuma pernah tengok Ain yang makan.. tak pasti la ape.. Tapi masa kat Penang dulu Ain pernah order la something2 yang Kungfu jugak .. Ni baru nak merasa.. Ooo.. Makan dia dengan Mi kering yang kena rendam dalam kuah.. Rendam sampai kembang baru la makan, Tapi rasanya aku prefer mi tu tak kembang, sebab rasa nye crunchy.. lagi sedap..

Lepas makan tu baru la dapat datang dekat dengan Hariz Haikal.. sentuh pipi dia, sentuh hidung dia.. Ada respon, Hariz Haikal senyum.. lebar senyuman dia.. Pastu cium..


senyuman Hariz.. time ni dah abis senyum baru Ain amek gambar..


Hmmm… Bau baby.. Tak tau nak kata sedap ke tak sedap.. Tapi aku suka bau baby.. Actually hari tu masa Adik (kakak Ain – mak kepada Hariz Haikal) baru jer lahirkan Hariz, aku nak pergi tengok la.. Nak cium bau baby yang baru lahir.. Ni dah dekat dua minggu dah baru ada peluang nak tengok dan cium.. Adik kata ada lagi bau lahir tapi tak kuat sangat la.. Okay la tu kan..

Lepas tu dah petang dekat-dekat pukul 6 petang g rumah BgTapa.. Rumah BgTapa ni blok lain je tapi kondo yang sama.. kat rumah BgTapa ada makan-makan.. sempena menyambut hari lahir BgTapa..

Kek birthday BgTapa..

BgTapa kata ni sume idea Kak Marina yang nak sambut-sambut birthday ni.. BgTapa kata dah tua-tua ni mana ada orang sambut birthday..

Kak Marina menyalakan lilin

( setelah berhempas pulas menahan Marissa dan Mikael dari menyentuh kek)


Haha.. Masuk je rumah BgTapa dh Nampak toys banyak giler.. Buat masa ni BgTapa dengan Kak Marina ada dua anak, Marissa dan Mikael.. Tapi tengok basikal yang ada kat luar rumah, macam ada 5-6 orang anak.. Bak kata Kak Marina, rumah ni dah macam nursery dah, penuh dengan mainan.. Tengok kat bilik Marissa lagi la, penuh dengan mainan.. sumenya BgTapa dengan Kak Marina belikan.. Sayang anak, sume mak ayah beli selagi mampu kan.. makan mi kari kat rumah BgTapa.. Marissa ni punya la energetic, lari sana sini.. tambah pulak ada sepupu datang.. lagi sakan la dia melompat.. Haha.. patut la BgTapa tensen je dengan Marissa kat rumah Adik tadi..Kat umah Adik, marissa ni puinye la pendiam.. Makan pon nak bersuap.. Duduk sopan santu tepi BgTapa all the time.. tapi di rumah sendiri, dia lah raja..

Malam tu dekat-dekat Maghrib Kak Oce dengan BgSyaril datang rumah BgTapa.. tapi tak sempat nak sembang lama-lama.. sebab aku dah kena balik dah.. BgSyaril tolong anta aku g kat Stesen LRT STAR AMPANG.. Ain pun teman sekali masa hantar tu..

Hari ni pergi Ampang dapat jumpa family Ain.. Firstly, kurang rasa takut dengan BgTapa.. Sebab BgTapa ske wat lawak, tak la seserius dan garang yang aku pikirkan.. Tu yang paling penting.. Lagi, dapat tengok baby Hariz.. Dapat tengok Hadif yang ulang-alik nak tengok Hariz walaupun tak nampak.. (sebab tempat baby tu lagi tinggi dari Hadif)..

Hadif yang nak tepuk Hariz kalo Hariz menguek


Tengok Kak Marina yang sarat mengandung tapi still aktif melayan tetamu, layan dua-dua anak lagi.. Walaupun tak lama tapi best.. Getting closer dengan family Ain.. Good Feeling.. Kejap je sembang dengan Ain sebab banyak sembang dengan family Ain.. Sori yer budak bucuk..


Looking forward nak pergi kenduri rumah Ain 15 Ogos 2009..



Powered by Blogger.