List Widget

.

Followers

Thursday, November 19, 2009

Inspiring Movie/Drama


.
.
Inilah senarai movie/drama yang bagi inspirasi kat aku selama yang aku pernah tonton ni. Jadi kalo yang tak pernah tengok tu, tontonlah yer. Yang penting, belilah yang original, hapuskan cetak rompak. Download itu makruh, mintak kawan itu harus.


Gridiron Gang



Kisah pasal jurulatih sekolah budak jahat yang bersungguh-sungguh train budak-budak jahat supaya ada matlamat untuk berusaha. Dia gunakan American Footbal sebagai medium untuk latih budak-budak jahat. Mula-mula sume berlagak samseng ingat dah bagus sangat, tapi bile in the 1st real game, dorang kalah teruk dan rasa sangat terhina, sume menangis tepi padang dan dari situ barulah dorang sedar untuk berusaha.. Sehinggalah dorang berjaya masuk state league dengan hanya bermula dari imej jahat.

Inspirasi - Budak jahat pon boleh berjaya bila berusaha. aku mesti boleh jugak.


GoodLuck



Kisah seorang pilot muda yang sengal-sengal dan amek mudah kerja pilot. Jumpa pulak dengan senior pilot yang straight giler dan sangat linean dan tak bagi peluang untuk sebarang kesilapan. Dia kena detention keje oleh pilot senior ni, tapi di akhir cerita dia memang mempunyai passion dan attitude seorang pilot yang bagus. Dia berhenti hisap rokok, berhenti minum. Even when it comes to the worst part, dia eksiden masa buat latihan kecemasan. Doktor kata dia tak boleh dah bawak kapal terbang, tapi dia berusaha sungguh-sungguh untuk pulih dan dapat jugak bawak kapal terbang.

Inspirasi - Kalo dah minat sesuatu kena la buat berhabis-habisan sampai berjaya


Pride



Pride ni pulak cite pasal seorang lelaki yang tak amek port pasal perempuan. Dia jugak seorang pemain hoki berbakat besar dalam Liga Hoki Jepun. Dia ni suka-suka je kapel dengan pompuan, just for fun. Dia ni pon layan pompuan pon nak tanak jer.. Xreti la bab-bab cinta, yang dia tau nak main hoki ais jer.. tapi bile dia kapel dengan Aki dia pon
 mula berubah hati. Dia jadik betul-betul sayang kat Aki sebab Aki ni old fashion lady. Jenis yang setia, pendek cite pompuan baik la, banyak ajar dia camne nak layan pompuan baik-baik.. Toward the end of the story, dia memang jatuh cinta habis la dengan Aki, berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkan Aki. Dia siap pukul boifren Aki yang dah cederakan Aki. Memang sayang sangat la time tu, sampai masuk penjara dan menyebabkan karier hoki ais dia berakhir macam tu je.. Tapi sebab sayang dia tak heran pon sume tu.
Last sekali, dia jadik first japanese to play in Canada National Hockey League (NHL). Balik Jepun selepa habis musim, dan officially mintak kapel dengan Aki. di bawah sinaran bunga api.

Inspirasi - kalo dah tak reti bercinta kalo betul-betul sayang, mesti automatik boleh jadi lover.. Provent


1 Liter of Tears



Yang ni pulak bersesuaian dengan tajuk. Memang seliter la air mata yang keluar untuk setiap episod. Mengisahkan seorang anak gadis dari keluarga sederhana yang terkena sejenis penyakit berkaitan sel. Penyakit ni menyebabkan sel makin lama makin lemah, jadik anak gadis ni makin lama makin hilang keupayaan badan dia. mula-mula dia punya refleks jadi lembab, pastu tangan dia dah tak boleh tulis dengan betul.. sampai la kaki dia pon takleh jalan dengan baik. Dia menulis setiap hari dalam diari, tentang kehidupan dia, tentang perasaan dia menghadapi sakit. hasil tulisan diari tu diterbitkan setiap minggu. akhir cerita memang sangat-sangat sedih, dia mati walopon sentisa berusaha untuk pulih dan jalani terapi.. tapi kat kubur dia beribu orang datang untuk bagi penghormatan terakhir.. sedar tak sedar, hasil tulisan dia tu bagi inspirasi kepada ramai orang. 

Inspirasi -  Orang yang sakit nak mati pon masih berusaha mengisi kehidupan supaya jadik bermakna.. aku pon nak hidup dengan penuh makna


Hanazakari No Kimitachi e



Drama ni la paling 'menyayat' hati.. Tak kering gusi kalo tengok.. Cerita ni komedi fiksyen, tapi yang membuatkan cite ni menarik ialah mimik muka watak-watak dia. Sume benda dilakukan oleh sume orang dengan gembira dan riang.. Sangat-sangat riang semua watak dalam cite ni. Kalo takde mood je kat bilik (masa diploma dulu) kitorang akan pasang drama ni, then bile sampai je lagu tema dia (Ikenai taiyou - Orange Range).. Maka kitorang akan terus jadi bersemangat dan melalak nyanyi lagu tu.. Aku rasa drama ni memang sentese boost semangat aku untuk sentese ceria dan menceriakan orang lain..

Inspirasi - Kerana kengkawan, aku selalu ceria.. Jadi, aku nak kengkawan aku ceria sebab aku. Ceria bile pikir pasal aku

buat masa ni tu la movie/drama yang aku berjaya pikir. sebenarnye banyak lagi drama yang inspire kehidupan aku ni. tapi tak teingat aku kepada semuanya.. mungkin di lain masa aku ceritakan okay..
.
.
________________________________________________________________

Friday, November 13, 2009

KameraMin

.
.
Announcing the new photography blog by me.
I called it KameraMin..

Why KameraMin?

It's simple, we all know CAMERAMAN, rite?
Put my name MIN instead of MAN.. you'll get KameraMin.. :)

I have been waiting to come out with a blog all
about photography and how much I'm interested in it.




Now, I think it's the best time to launch it.
The blog banner's photo was taken by
Aizzat Othman (Bajat) when we were at KLCC park at 1.00 am.
The park was closed and we have a very minimal light souce,
so he decided to take my picture near a sidewalk light..
Bajat, a friend of mine and also a photographer.
I must say that he's also a mentor
and a big helping hand for me until now.

So, I'm doing photography of several occasions

Wedding
Engagement
Kids
Commersial

with reasonable service charge for everyone.
complete with album in various sizes.
You can even have you own saiz if you wish to have.

Feel free to web through
.
.

Thursday, November 12, 2009

Adik dan Harian Metro

.
.
Pagi ni, tengah-tengah facebook dengan Ain, tibe adik buat iklan..

adik kata "Tengok Harian Metro mukasurat 9"

dari pagi terfikir.. ape yang adik suruh tgk dalam paper tu..? google la tenet.. g website Harian Metro.. ada maca-macam cerita, so tak tau nak agak ape yang adik suruh tengok sebenarnya..

Last2 skali time petang tu baru la ada peluang nak baca.. time dekat-dekat kol 6 petang ada pergi kat Seksyen 2 nak amek namecard.. pastu beli la Harian Metro.. bile carik-carik mukasurat 9.. "OOOOHH, Cerita ni rupanya.." akhirnya terjawab jugak teka-teki yang bermain kt kepala aku ni..

Kepada sape yang takde peluang nak baca.. sila la baca dibawah ni yer..



RUGI...Norhafizah di samping dua anak kecilnya menunjukkan laporan polis.



SEREMBAN: “Sebaik pulang, saya dapati dua anak kecil menangis hingga bengkak mata selain keadaan rumah berselerak,” kata seorang jurutera Pertonas yang menjadi mangsa ‘kebas dan cabut’ pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang, Selangor. Norhafizah Baharuddin, 29, berkata bayi lelakinya berusia empat bulan dan anak sulung berusia satu tahun 10 bulan menangis tidak henti-henti ketakutan kerana ditinggalkan bersendirian.



“Keadaan dalam rumah saya pula seperti dimasuki pencuri kerana semua bilik dan almari digeledah dipercayai dilakukan pembantu rumah.

“Selepas diperiksa, saya mendapati beberapa barang seperti telefon bimbit, jam tangan, pakaian dan kamera digital bernilai lebih RM5,000 hilang dan saya mengesyaki perbuatan itu dilakukan pembantu rumah,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang, dekat sini, semalam.



Dalam kejadian 29 Oktober lalu, pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Rika Hardianti, 21, dari Medan, yang baru bekerja tiga hari di rumah mangsa melarikan diri bersama sejumlah barang. Lebih keji apabila wanita itu turut meninggalkan dua anak majikannya bersendirian dalam rumah yang dikunci. Menurutnya, pada hari kejadian, dia meninggalkan rumah bersama suami, Muhammad Yusry Muhamad Najib, 30, untuk keluar bekerja kira-kira jam 7 pagi dan meninggalkan pembantu rumah itu bersama dua anak lelaki.



“Saya bersama suami pulang ke rumah pada waktu makan tengah hari untuk menjenguk anak sebelum terkejut dengan kejadian yang berlaku.



“Dia (pembantu rumah) nampak baik dan kedua-dua anak saya sukakannya dan kami melayannya dengan baik. Tak sangka dia mempunyai niat tersembunyi walaupun baru tiga hari bekerja,” katanya.



Katanya, dia mengambil pembantu rumah itu melalui agensi pembantu rumah dengan bayaran kira-kira RM6,500 dua minggu lalu. Menurutnya, dia dan suami sudah membuat aduan kepada ejen berkenaan dan difahamkan wanita itu baru beberapa minggu datang ke negara ini.



"Saya dan suami berusaha mengesannya melalui nombor telefon bimbit suami yang digunakannya untuk menghubungi seseorang, namun menemui jalan buntu.



“Kami percaya pembantu rumah itu melarikan diri dengan bantuan orang lain,” katanya.



Katanya, semua dokumen termasuk pasport wanita itu ada disimpan agensi pembantu rumah berkenaan.

Berikutan itu, suaminya membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari kejadian bagi memaklumkan perkara itu.

Menurutnya, sebelum ini, seorang pembantu rumahnya juga dari Indonesia yang belum tamat kontrak pulang ke negara asal untuk melihat bapanya yang sakit dan tidak pulang selepas itu.
.
.




Niat baik tapi takde rezeki

.
.
(12/11/2009 - Rabu)

Aku dan Qayyum telah menuju ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekitar jam 6.00 petang. Hospital tersebut sedang menempatkan seorang rakan kami yang terbabit dalam kemalangan pada 10 November 2009. Kami tiba di perkarangan HTAR tepat jam 7.00 malam. Yati yang dari pagi lagi ingin menziarahi Apan tapi tidak dapat berbuat demikian kerana dia datang dari Bangi da tidak akan sempat tiba di HTAR sebelum waktu melawat tamat.

Menurut sumber, Apan (nama timangan mangsa) telah membonceng sebuah motorsikal dan dilanggar  dari belakang oleh sebuah kereta menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 5 meter dari motosikal yang diboncengnya. Keadaan mangsa ketika kami berada di HTAR adalah dalam keadaan stabil. Namun begitu kami tidak dibenarkan melawat mangsa kerana beliau berada dalam Bilik Pembedahan (Operation Theatre). Selain kami, turut berada di HTAR untuk melawat mangsa adalah dua rakan sekolah kami (member MRSM) iaitu Ib (kelas lain) dan Asyikin (TenRox!). Mereka berdua juga turut sama tidak dibenarkan melawat mangsa memandangkan mangsa tiada di wad.

Ib memaklumkan bahawa Apan telah dibedah sekitar jam 4 petang dan pembedahan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam. Waktu melawat pesakit bagi HTAR adalah sehinga jam 7.00 malam sahaja. Jadi, kami berempat telah memutuskan untuk menunaikan solat maghrib di surau yang berdekatan dengan HTAR.

Selesai menunaikan solat, Apan masih lagi belum berada di wad. Kami mengambil keputusan untuk pulang. Jadi, sambil berjalan menuju ke kenderaan kami berbual-bua.. Agak lama aku tak bejumpa denan Asyikin dan Ib.. Lebih 5 tahun agaknya.. Sambil beorak sempat jugak amek gambar sebagai bukti kami telah datang ke HTAR untuk melawat Apan..

Akhir kata, aku doakan Apan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.. Amin..
.
.

Thursday, October 29, 2009

Konvo

.
.
Konvo
Semalam (18/10/2009 – Ahad) pegi konvo adik aku, amirul.. dari minggu lepas dia pesan “Abg, hang nanti pakai baju smart2 ok.. Nanti nak tangkap gambar potret hang pakai jubah”.. Dah dekat setengah tahun aku konvo.. masa tu aku takde hati nak konvo pon.. sebab tu aku tak pernah cerita pasal konvo.. tibe2 adik aku bersemangat dan sangat beriye-iye suruh aku amek jugak gambar potret tu..Dia konvo sesi petang.. Pagi-pagi lagi dia dah bangun sebab dia nak amek gambar formal (yang ada rak buku tipu-tipu tu).. Sebelah pagi tak ramai dan tak panas nak menunggu amek gambar tu..
Mohd Amerul Radzuan - Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Masa pagi tu sampai kat ruang legar Bangunan Sultan Abdul Samad orang masih tak ramai kebanyakannya iu bapa yang membeli jambangan bunga untuk para graduan.. Pegi la cari mini studio yang boleh bagi offer yang bersesuaian.. Pusing-pusing, sume studio pon harga yang sama.. macam berpakat je dorang ni sume.. Tapi ada satu studio ni yang ada background yang unik.. Biasanya gambar rak buku la kan.. tu dah terlalu biasa.. Tapi studio ni punye background ialah rak buku jugak, tapi yang uniknye, kedudukan rak tu sebelah jendela.. lain dari yang lain.. belum pernah tgk la senang citer.. maka dengan riak dan takburnya kerana tertawan akan background tipu tu kitorang pon confirm nak shoot gambar kat situ..Ingatkan dah selesai masalah.. tibe2 umi plak nak amek gambar family yang dua2 (aku dan amirul) pakai jubah.. tak ke haru namanya.. mana nak carik jubah lagi satu.. tibe2 ada la kawan amirul y tgh shoot jugak, terus mintak pinjam jubah dan mortar board dia.. bersama0sama jambangan bunga orang tu.. tak cukup dengan itu, bear pon pinjam skali.. nasib baik dia tak pinjamkan kaki dia, kalo tak berbekas perut dengan tapak kasut..
menarik kan background potret ni..
Dah abis photo shoot tu, amirul terus beratur menunggu istiadat bermula.. konvo kali ni aku panggil sebagai “konvo kena kejar dengan kerbau pendek”.. nape? Sebab konvo kali ni takde sebut pon nama graduan yang terima skrol.. ada ke patut.. kuar nama kat Slide, graduan pon jalan dan amek skrol.. Padahal sebut nama tu la yang buatkan majlis tu bermakna.. nak terima sijil anugerah pengawas kat sekolah pon ada cikgu sebut nama.. Ni orang yang dah graduate setelah study bertahun-tahun pon tak sebut nama.. sebenarnye bukan ape.. time aku menunggu turn nak amek skrol tu, memang bosan.. camne nak hilang kan bosan? Dengar la nama-nama yang tak pernah dengar.. Sinut anak Ganti.. bile kuar je nama pelik2, kitorang yang kat bawah ni ketawa la berdekah-dekah.. tak la bosan sgt.. kalo diam je.. mati kutu (tapi bagus la untuk orang yang banyak kutu).. Ape2 pon aku tak setuju istiadat ni tak sebut nama.. kalo nak cepat, nak kejar masa.. tambah la sidang.. sume graduan bayar tau.. lagipon konvo sekali je seumur hidup.. mana ada orang konvo Diploma Kejuruteraan Mekanikal dua kali.. tebiat namanya kalo ada..
Dah, abis cerita pasal istiadat.. Lepas je abis konvo.. amirul dah plan dengan kawan dia untuk amek gambar free lens kat dalam area UiTM ni.. tibe-tibe tak jadik plak, sedih mirul.. demi tak nak menyedihkan dia, aku pon pergi la tanya kat photographer yang byk terdapat di sekitar kawasan tu.. Ada rezeki, sorang budak pomuan ni bernama Ira sudi nak jadik photographer kitorang.. Mula-mula amek gambar kat pentas.. kat situ ada tulis Istiadat Konvokeysen ke-71.. kat situ ramai giler la graduan dan ahli keluarga beratur bersusun nak amek gambar atas pentas tu.. kitang pon beratur la jugak.. Bile sampai turn kitorang, kitorang pon beraksi la atas stage tu.. macam-macam post kitorang buat.. post yang menarik la.. tak main la post jenis bersanding tu.. kitorang bergaya bebas..
Ramai yang tergelak je tengok kitorang satu keluarga beraksi.. lepas kitorang turun je baru le orang lain pon nak buat-buat aksi jugak.. tapi bile namanya pon buat-buat.. tak menjadi la, mereka termalu sendiri.. hehe.. lamajugak kitorang atas pentas tu.. kepada sume yang menungu hari tu, kami sekeluarga memohon maaf.. konvo bukan selalu, lagipon kitorang datang cepat.. tanak tunggu lama, datang awal-awal..
Lepas tu baru la pergi ke kawasan-kawasan sekitar UiTM.. berbagai aksi berbagai gaya.. tah berapa ratus gambar yang telah dirakam sebagai kenangan.. berikut adalah di antara gambar-gambar yang akuras nak masukkan dalam blog ni.. nak letak sume kang amek masa 2 hari nak upload..
dicelahan pokok pon boleh je nak beraksi

Gambar yang belah atas ni amek dekat depan Bangunan Sultan Abdul Samad.. Kat bahagian air pancut tu.. ambar-gambar yang belah bawah ni amek dekat dengan Bangunan Canselori.. Gambar yang kat atas bukit tak sempat nak upload.. lagipon banyak gambar Amirul je.. (jeles)

me and my lovely mom

Habis sesi free lens tu, kitorang pergi makan kat Restoran Syed Seksyen 3.. Restoran ni a yang kitorang akan bertandang sekeluarga, dari kecik-kecik panjat meja, sampai la besar panjang, panjang dari meja.. Amirul pakai jubah dengan mortar tau makan kat restoran tu.. Nampak ape agak-agaknye bile Amirul pakai camtu pergi makan kat restoran? Nampak penipu la..
Jadi hargailah setiap keping gambar yang anda rakamkan.. Sebab saat tu takkan berulang lagi, dan kalo lain kali nak amek gambar camtu jugak.. Tak Dapek La Den Nak Nolong.. takdo laie yo.. .
.

Tuesday, September 15, 2009

Sebelum Ain Terbang..

.
.
(15/10/2009 - Selasa)
.
Hari ni sempat arrange date dengan ain.. Dapat gak jumpa ain.. Setelah lama aku pikir, date sekejap takpe kot, luangkan masa sikit dengan Ain.. Mula-mula sampai tu, Ain dengan maknye jemput..


"Apo yo nak masak ni haa.."

.

Pegi mini market sekejap, mak Ain nak beli barang-barang dapur sikit.. Lupa pulak, Bella pon datang jugak.. Bella ialah kucing Ain (Ain ada byk kucing kat rumah, tapi Bella ni yang paling special sebab Bella je ada authority untuk masuk dalam rumah dan tido dalam rumah)...


..main lawan mata..

.

Pastu pegi rumah Ain pastu jumpa Kak Zaza tengah jaga baby Adik kat dapur.. “Eh, camne baby adik ada kat cni..?” baru la teringat Ain bagitau yang Adik dengan BgYusry duduk kat situ sekarang sebab maid dia dah lari.. Mungkin lari pecut agaknya, tak pon lari cross-country.. sampai tak balik-balik dah ni..


"Hai, saya comel kan"

.

Selama ni ingatkan Adik dok umah lama dia kat Seremban, pastu hantar Hadif dengan baby bile dorang pergi keje..

.

“Oh, mesti ada kena mengena dengan cite Adik
dalam blog dia.. Maid Oh Maid”

.

then baru la nampak anak-anak buah Ain.. Anak-anak BgPis.. baru la nampak Hadif... Aah.. hadif memang yang macam Ain ceritakan.. nak didukung sentese..




..landing baik punye..
.
kalo ada sesiapa warga dewasa yang terlintas dihadapan dia, secara spontan Hadif akan kepakkan tangan dia, bukak luas-luas..

“Tong, tong” bahasa Sanskrit hadif untuk perkataan dukung..
.
Aku pon dukung la Hadif.. sebab sebelum-seblum ni memang susah nak dukung Hadif ni.. ada peluang ni dukung la.. makin berat dah sket semenjak last skali jumpa kat Ampang.. Tengok sume anak-anak buah Ain, aku buat kesimpulan yang kanak-kanak zaman sekarang ialah anak-anak techno.. mana tak nye, sorang dengan PSP, sorang lagi main laptop.. (berbanding zaman aku dulu la – kalo ada microgenius pond ah kire canggih).. tak ke ganas namanye budak-budak zaman sekarang nih.. kalo sembang-sembang pon takde la cite pasal "Petang ni nak main nak main kejar-kejar ke".. kalo aku cite kat budak-budak ni yang dulu aku main microgenius tu, mau dorang google tenet dan lepas tu gelakkan aku terguling-guling sebab main game yang “canggih” sangat tu.. bile terfikirkan part gelak terguling-guling tu, aku batalkan niat nak cerita...
.
Lepas solat zohor baru la aku keluar dengan Ain nak pegi date.. Pergi ke Jusco Seremban II.. Jalan-jalan dengan Ain.. masuk kedai ni masuk kedai tu.. Tengok in dan tengok itu.. Ain nak carik jaket katanya..
.
“Yang BgPis bagi tu nipis sangat
tak membantu panaskan badan pon”
.
macam-macam yang di lihatnya.. ada yang warna tak sesuai, design tak cantik.. biasa la orang yang pandai bergaya memilih la sikit.. Cari jaket.. tapi berkenan dengan stoking.. beli.. Sambil jalan sembang-sembang pasal preparation Ain.. Ain kata dh kemas sikit.. tapi banyak sangat barang nak masukkan.. beg tak muat takut-takut overweight.. apa lah agaknya yang Ain bawak sampai xmuat nak masukkan.. pastu jalan-jalan lagi.. suka spend masa dengan Ain, lagi-lagi la aku lama dah tak jumpa Ain dan akan lama lagi tak jumpa Ain.. Dah lama berjalan akhirnya ada jugak jaket yang menyentuh keinginan Ain.. Kat kedai Voir <-- betul ke ni..?? Jaket tu warna hitam.. tebal dan memang warm kalo pakai.. Good for her.. Sweet and nice on her..
.
Dah pegi Jusco tu, pegi umah KakLong.. Kat umah KakLong ada anak-anak dia yang empat orang tu.. Ada jugak anak-anak BgPis.. Dan dorang main PSP bersama-sama sambil memberi tunjuk ajar antara satu sama lain.. Tah ape game yang dorang main, aku pon tak tau.. KakLong mengomplen.. kata beliau dipetik dari Reuters
.
"BgPis ni kalo nak tinggalkan budak-budak ni
kat sini at least call la.. KakLong tak kesah je kalo KakLong free
tapi KakLong ni pon ada hal nak kuar ni"
.
Lepas dari rumah KakLong pergi pulak Terminal One.. Ain nak beli tudung.. tengah berjalan-jalan ada pulak orang call Ain.. Ain jawab.. Beapa terernye Ain ni, sambil bersembang dia sekaligus membelek-belek macam-macam tudung dan sempat fikir
.
"Tudung ni matching dengan baju..
Yang ni pulak dengan baju tu.. Okay.. okay"
.
Aku nampak gaya dia je la, befikir (kerut-kerut dahi) dan angguk-angguk.. Dialog to rekaan je.. sume tu sambil bersembang sakan dalam telefon.. Sedar tak sedar, ada 6 helai tudung Ain beli..
.
"Kat sana takde jual tudung sebab tu kena beli banyak"
.
Lepas dari rumah KakLong pergi pulak Terminal One.. Ain nak beli tudung.. tengah berjalan-jalan ada pulak orang call Ain.. Ain jawab.. Beapa terernye Ain ni, sambil bersembang dia sekaligus membelek-belek macam-macam tudung dan sempat fikir
.
"Tudung ni matching dengan baju..
Yang ni pulak dengan baju tu.. Okay.. okay"
.
Ye baiklah Cik Nurulain, aku pon ikut je la gelagat Ain ni.. hehe.. Selalunye camtu la, kalo nak beli ape-ape yang dia memang dah berkenan.. Ada la sebab-sebab yang memunasabahkan dia untuk beli.. Tapi yang ni memang betol la.. Teringat yang dulu-dulu masa kat Penang tu, kalo nak beli kasut, ada je alasan akan timbul.. Kasut ni selesa la, kasut yang lagi satu tu tak matching tudung la.. hehe.. jangan marah ye sayang.. ni cume komen bukan komplen tau.. beli janji pakai, jangan simpan je sampai rosak..
.
Pastu Ain hantar aku kat Komuter Seremban.. Lebih kurang pukul 6.00 petang.. Walopon sekejap, berbaloi dapat spend masa dengan Ain.. Tengok mata ain, tengok pipi ain.. Simpan dalam memori.. Sedih la bile pikir nak berjauhan dengan Ain.. Selama ni senang je nak contact, leh msg sentese, leh jumpa kalo ada masa.. Tapi nanti tak leh dah buat sume tu..

"Saya sayang Nurulain Binti Baharuddin..
Saya tunggu awak balik k sayang..
Awak jaga diri baik-baik.."
.
.

Monday, September 07, 2009

A week before Ain Fly..

.
Lagi seminggu ain nak fly.. aku masih xtau nk jumpa ain bile..
start dari mula berpuasa aritu, walopon cume duduk rumah..
aku masih ada perkara-perkara yang kena buat.. nak kena pergi repair rumah seksyen 18.. tukang rumah tak berlesen, walopon xtau tapi
a man has to do a man’s job..
sape la yang karang falsafah yang menyukarkan aku ni..
nahas kalo aku jumpa kat mana-mana.. tukar pintu rumah, tak banyak 4 helai pintu jer..
cat rumah pon tak byk jugak ‘cume’ kena habiskan baki cat
7 liter yang baru dibeli jer.. lagi plak kena cat pintu yang baru tu,
yang ni plak kena buat 3 layer jer sampai nampak licin cat tu takde kasar2..
itulah antara kerja-kerja yang utama selain keje sambilan
membetulkan wiring, wayar antenna, cat frame tingkap, dll..
Maka, kena la buat sikit-sikit.. memandangkan bekerja dalam bulan ramadhan ni..
.
Kat umah plak keep on repair laptop.. so far so good..
cume time tido tak menentu la.. kena plak kalo ada customer
yang gile gaban, anta kol 10 malam lepas dia abis kelas
dan nak pagi sebelum kol 10 pagi.. Walaupun kadang-kadang
pikir dorang nih takde otak ke? Orang lain pon nak tido macam manusia jugak..
Takpelah, piker positif je la.. manalah tau dia akan amaze ke
dengan service yang cepat dan diluar dugaan..
.
Masih tak dapat cari masa nak kuar dengan ain..
minggu lepas dah mula ada sinar nak kuar denan ain..
lately ain spent time dengan emaknya ke mana-mana..
ain selalu spent masa dengan emaknye.. aku nak kuar dengan ain,
tapi much better kalo ain spent masa dengan emaknye kan..
as her lover, I will be missing ain so much bile ain dah fly..
measure this, what would her mother feels?
It will not be so much but very very very much missing ain..
ain anak bongsu and helps out on everything sejak 6-7 bulan lalu..
Tak sampai hati aku nak amek masa ain dan emaknya..
tambah plak aritu ain datang sini dok semalam kat
umah Awin dan intan pon mak dia tak bagi lama-lama..
Tersepit antara kehendak sendiri dan rasa kesian kat mak ain..
.
At one time tu ain kata kawan2 dia yang nak fly sume
bf dorang teman beli barang2.. boifren dorg teman dorang
dan spend banyak masa sebelum girlfriend dorg fly.. and for that
“I am really sorry that I am not kind of man..
I am really sorry sayang”..
Kalo takleh nak jadik sebaik bf orang lain tu, at least aku cube la jadik yang termampu..
So consider tanak amek masa ain dan emaknya..
aku pikir boleh la pegi jumpa ain, tapi jgn la lama2 sgt.. So, ak rasa aku pegi seremban la jumpa ain.. xyah ain overnite kat cni..

Nanti aku cakap dengan ain..
.

Wednesday, August 26, 2009

Babies Do Speak

.
.
Believe it or not..
babies really do speak through their cries..
It sounded stupid and not in logic..
But truely babies are speaking of the same
language worldwide regardless theis race..

The sound they made are very natural but one should
pay a good attention to the sound babies made when they cry..

The sound can be divided into several sounds.. and those sounds are

EH - Burp me

NEH - I'm so hungry!

HEH - Change me

OWH - I'm sleepy

EAIRH - I have wind



Lesson 1
NEH - I'm so hungry
.
.
I'm writing this post because I think it might help parents to understand their baby needs.. Reducing tension for parent for not knowing what happen to the baby..
Expressing this blog entry specially for Adik & BgYusry and also for KakMarina & BgTapa..
.
.

Sunday, August 02, 2009

Wedding Delima

.
.

Hari ni (2 Ogos 2009 - Ahad)

.
Wedding Delima Radzwa
.
Hari ni ialah hari perkahwinan Delima dan Yusuf Warda (sebelah lelaki).. Wedding tu diadakan kat Precint 1, Wetland, Putrajaya.. Camtu la address yang aku berjaya faham.. So, aku plan nak tumpang Meera dari Subang Jaya.. Aku pon bertungkus lumus la berusaha nak bangun awal.. Semalam, mintak tolong dari Ain untuk kejutkan pagi tadi takut terlambat.. Ain pon kejutkan dengan menghantar 3 mesej.. Haha.. Takpe je pon, cume teringat satu citer tu.. Laki bini gaduh, pastu malam tu laki dia soh isteri dia kejut dari tido sebab laki dia nak naik flight.. Bini dia pon kejutkan la husband dia, gune nota taruk tepi laki dia.. "Bang, bangun bang, awak ada flight pagi ni".. jawabnya laki dia terlepas flight la.. haha.. (aku takde la gado dengan Ain pon.. tapi sequence citer tu cam sama je.. tergelak aku masa mandi bile terpikir..) Nasib baik sempat siap..

Dari KTM Padang Jawa kol 9.35 pagi, terus pergi KTM Subang Jaya.. Jumpa Meera kat situ jam 10.05pagi terus Meera bawak pergi rumah Meeza.. kat rumah Meeza, Bajat pon datang skali.. Meeza kata gerak dalam kol 10.30 naik satu kereta je.. Meeza nak gerak cepat sket sebab dia kata

.

“Nak pergi kenduri kawen kakak hilal, dulu baru la pergi kenduri Delima plak..”



Oooo.. Cakap je la



“Nak pergi kenduri KAKAK IPAR aku dulu”..



Nak guna ayat-ayat berselindung pulak dia.. Pastu aku dengan bajat plak plan nak beli hadiah on the way nak pergi kenduri Delima.. Meeza kata tak sempat..

.

“Korang Doakan kebahagiaan Delima dan Yusuf je la yer.. Partition Lahanat takyah bagi hadiah”..

.

Hambek kau bajat (dan aku jugak).. Tu la nak beli last-last minit konon, nak bincang dan pilih sama-sama la.. Haaa, langsung takyah bagi terus.. Bagi duit je la.. Tapi takpe, nanti kita bagi jugak hadiah daripada Partition Lahanat..

Tunggu Qayyum dekat 40 minit baru dia sampai kat LRT Taman Bahagia.. So, baru la kitorang gerak amek Qayyum pastu terus pergi kenduri kat rumah Hilal.. jam dah pukul 11 lebey Meeza dah tensen jer sepanjang kitorang menunggu kat rumah dia tadi..

Bile dah gerak ni okay la sket mood Meeza.. Tambah plak kitorang tiga orang kat belakang (aku, Bajat dan Qayyum) asek buat lawak je dari tadi.. Pecah perut siot.. Meeza bape kali terbabas sebab asek tergelak.. nasib baik tak terbabas masuk longkang..
.
Sampai je kat rumah Hilal, Meeza pesan
.
“Jaga imej aku okay, jangan buat perangai”..
.
kitorang pon behave la baik-baik.. Xbuat lawak, sopan santun jer.. Sehinggalah minit ke-5, pastu lupa daratan la.. Mula la wat lawak pecah perut.. gelak sakan macam kenduri sendiri je.. Makan kat kenduri rumah Hilal sedap.. Macam-macam lauk ada, lauk sotong sambal, acar, ayam pedas, daging rending, buah, nasik minyak, nasik putih, kerepek, keropok, kek coklat, banyak gler lauk.. Tapi Qayyum cume letak nasik minyak dengan ayam seketul jer dalam pinggan aku.. Tensen btol aku, aku soh dia amek balik lauk-lauk sume.. haha.. Ingat dia sorang je yang nak makan sedap.. Hilal pon jumpa la dengan Meeza.. Borak-borak sket.. Meeza tanya pasal direction nak ke Putrajaya daripada Banting, Klang tu.. Hilal takleh pergi rumah Delima sebab kena jadi photographer untuk wedding kakak dia ni.. patut la.. Dah mintak diri tu, kitorang tunggu Meeza.. Tunggu Meeza yang pergi berjumpa dengan Mak Mertua dia..
.
“Ada la tu pesanan dari Mak Mertua untuk menantu“..
.
Lepas tu kitorang terus menghala ke Putrajaya.. Dalam perjalanan tu Meeza tah brape kali cakap
.
“Korang, tolong tengok direction ni.. Aku tak perasan sangat ni..”
.
Tapi kitorang memang ‘tengok’ direction.. Hahaha.. Tu je la yang kitorang buat sepanjang jalan.. Ameera je yang tengok direction walopon tergelak-gelak.. Kitorang tiga orang asek buat lawak jer.. Tergelak nak pecah kereta.. Bila dah sampai kat Putrajaya, sampai kat Wetland tu dah nampak khemah kawen.. dengar pulak lagu kawen, sah-sah la ada majlis kawen takkan kenduri khatan pulak kan kalo yang kuar tu lagu kawen.. dengan konfiden kitorang pon terus je masuk.. Senang pulak nak cari, ingatkan nak kena sesat dulu.. (selalu kan camtu)..
.

pakcik kepada Yusuf yang amek video wedding ni
.
Wedding Delima buat ala-ala garden wedding.. Ada curve flags all the way dari jalan nak masuk.. macam pintu gerbang je rupan dia, walopon simple efek dia sangat cantik dan menarik.. kat bahagian kiri dan kanan khemah tetamu.. straight ahead (belakang kamera) adalah khemah pengantin dan VIP.. Kemas susunan khemah.. Kat bahagian entrance tu la ada khemah karaoke dengan DJ skali.. Ada muzik, meriahlah majlis kawen camni..
.

gerbang yang simple tapi menarik

...

Sampai je tempat Wedding tu, kitorang jumpa Eza dengan Nik.. Dorang dah datang awal sket.. Duduk diam jer dua ekor tu.. kitorang pon cop la meja tu.. Kalo dah sebut cop meja, memang 1-2 jam la melekat kat situ.. kitorang sembang-sembang la sementara tunggu Pali dengan Sakinah datang.. Nik dah jadik “DR. HOUSE”.. Sebab dia pakai tongkat cam Dr. House pastu sebab kaki dia medical complication.. Cam ligament terputus la.. sebab tercedera masa main futsal.. jalan pon susah.. Dan dan tu jugak dapat gelaran Dr. House.. takde kesian-kesian..

.

eza dan nik.. bajat dan pali??

.

Bile Pali sampai dalam pukul 2 tu, bertambah havoc la kitorang gelak.. Pali diam jer mula-mula, pastu tak ingat dunia punya ketawa.. Takut mengganggu orang sebelah menyebelah, kitorang hanya bercakap bila lagu dimainkan, sebab bila ada lagu yang kuat bunyinye, tak dengar la kitorang gelak sakan tu.. Selang lepas Paliu sampai, Sakinah pon sampai jugak.. Pompuan sume pakai baju yang base merah.. laki plak pakai baju kemeja yang base biru.. cam dah berpakat pulak pakai baju camtu..
.
Sakinah sedang makan dengan enaknya
.

Pali dah jadik mat bunga setelah menghadiri majlis

.

Setiap2 kali lagu habis je, semua akan jadik senyap.. bunyi je muzik terus bising balik.. hahaha.. macam-macam lagu la yang DJ tu mainkan, dari lagu Melayu sampai la omputeh.. Mawai, Sweet Charity, Micheal Learn To Rock.. Habis sume lagu dia sebat.. Lagu ni je takde " Bila Izrail Datang Memanggil".. Qayyum leh plak ajak aku menyanyi karaoke.. kang kalo aku nyanyi kang, dari orang ramai-ramai ni tinggal kerusi dengan meja je kang.. orang sume lari terjun tasik tak sanggup dengar aku nyanyi..

Cikgu Khairiah pon datang jugak time wedding ni, datang dengan husband dia.. Kitorang pon amek peluang sembang-sembang dengan Cikgu Khairiah.. Iklan jap : Cikgu Khairiah ni cikgu Bahasa Melayu masa kat sekolah dulu.. Garang dalam kelas, takleh tido dalam kelas dia.. Aku pernah kena marah (selalu je sebenarnya – tapi yang ni yang paling besar la)..


Cikgu Khairiah (mesti la yang sebelah kiri)
..
Cikgu kata “Awak ingat awak dh terer selama ni dapat A tapi kali test dengan exam, ni (trial MRSM) tak dapat pon A.. Xyah nak blagak-blagak terer..” Padahal aku rasa yang lain pon tak dapat jugak.. Insaf aku, lima minit la.. Pastu gelak2 balik.. Hehe.. Masa kat kenduri Cikgu mintak tiket free bile aku jadik pilot nanti.. Amin.. tu doa tu.. Amin.. “Nanti saya jadi pilot boleh punya cikgu, takde hal”Pastu makan-makan.. Kenduri kawen Delima ni byk jugak masakan.. Tapi sebab dah kenyang makan kat kenduri rumah Hilal tadi, aku jamah je la sume makanan yang ada.. Jamah-jamah pon penuh pinggan la jugak.. Sebu perut makan byk sangat.. Tapi aku tengok Qayyum yang keping ni, makan tak berenti lagi.. tak faham aku, makanan dia pegi mana..


Zuain pulak sampai dengan boifren dia.. Nama bf Zuain ialah Otai.. kecik jer orangnye.. gelap-gelap sket, cam Qayyum dan Bajat.. Okay-okay aku jugak.. (tak masuk kang dorang berdua ni tak puas ati)..



Otai dan Zuain
.
Tak banyak cakap dengan boifren Zuain.. kitorang masih bersembang hal-hal kitorang (hal-hal sejarah lama).. baru-bau jumpa tak tau kitorang nak bukak cite camne nak ajak Otai bersembang..

Dah kenyang makan baru la pergi jumpa Delima dan Yusuf.. bukan tak nak jumpa awal-awal tadi tapi awal-awal datang tengok ramai sangat kerumun Delima dengan Yusuf.. Bile takde orang kitorang plak nak bergambar dengan pengantin.. Sweet tengok Delima pakai gaun putih dengan lace atas kepala.. yusuf plak pakai baju coklat.. Padan dua orang ni, yusuf dan Delima.. Bahagia je tengok dorang ni..Delima pegi mana-mana pon pegang sejambak bunga..Dari awal datang jumpa Delima, Eza la yang paling ketara teruja dengan menda-menda wedding, wedding cake, wedding ‘gate’, wedding chair.. paling tak tahan dia boleh plak ‘request’ nak Delima punye bunga sejambak yang Delima pegang tu..


Aksi luar dugaan dari pengantin
.

Sampai tinggal Nik yang ‘tempang’ tu kat bawah terik mentari.. Tinggal Nik tu berdiri, orang tu dah la camtu tinggal suruh berdiri pulak tu.. Kalo duduk boleh tahan lagi la.. Ish3.. Pastu amek la gambar..

qayyum, pali dan aku : layan jer la..

.

Macam-macam aksi.. Kalah pengantin.. Sempat jugak kitorang amek group photo..


pasangan pengantin dan kami semua
.

Dorang yang perempuan nak buat plak gambar campak-campak bunga.. photographer tu layan jer la.. Bajat pon layan je la amek jugak foto dorang sambut bunga..



Pali : harap-harap Delima campak kat sini..

Qayyum : Aku pon harap camtu gak Pali..

.

1.. 2.. 3..


Lepas tu, kitorang pon mintak diri dan beransur pulang.. Masa balik tu sempat pulak meera nak candid celah pokok.. Aku plak amek gambar "Dr. House"… Qayyum masa nak balik ni sempat ajak Nik..
.
"Nik, aku ingat nak ajak ko main futsal.. antime aku takde hal punyer"
.
sambil lompat-lompat warming up badan tepi Nik..


kiri : meera disebalik pokok.. kanan : Dr. House (usha tongkat mahal tu)
.
Camtu la kisah wedding Delima yang simple dan best.. A sweet memory la wat wedding kat tempat yang rare macam tu.. Kalo tak buat wedding kat Dewan OrangRamai.. Takpon depan rumah.. kadang-kadang tempat camtu pon boleh ubah mood jugak.. .
..
"Paling best ialah aku perasaan aku yang hepi tengok Delima pakai baju wedding.. Rasa happy tengok Delima bahagia.. Moga cepat-cepat habis belajar dan ada Delima and Yusuf Juniors.."
.
.

Saturday, July 25, 2009

BBQ Gathering

.
.
(24 July 2009 - Friday)

BBQ Gathering.. “Pertemuan BBQ”

Actually, this is the first time that we did a BBQ Gathering.. Normally our gathering is all about hanging out minum-minum, makan-makan.. But this time, the organizer Cik Hamizah binti Adnan made a twist by having a BBQ Gathering.. Weeks before the BBQ she told me about it, so what can I do.. As usual I’ll be there where the gathering is.. haha..

Few days before the BBQ, I was officially appointed as the PR... haha.. Meeza told me to invite all TenRox! to come.. so I tried to invite them all.. through phone and Facebook..

Hmm.. The day has come, tonight is the BBQ.. So, in the early morning Hilal called me to pick me up so that we can go to Meeza’s place to marinade the beef and lamb steaks.. But he couldn’t reach me because I was still asleep in the ‘early morning’ at 9.00am.. ‘Early’ la sangat.. lepas tu time Meeza call I was awake and answer her phone call and prepare myself.. Hilal pick me up from UiTM and we went to Meeza’s home at Kelana Jaya.. Meeting Hilal after 3 years, Hilal doesn’t change much.. His hair is still long up to his shoulder.. naturally rebonding.. Haha.. budak2 pompuan makan hati je tengok rambut Hilal lurus macam tu, lagi sakit hati sebab Hilal tak payah g saloon pun.. Baru la perasan, dari tadi speaking omputeh.. Haha.. Bile masuk tenet je ada tendency nak speaking sebab piker semua menda kat tenet ni omputeh.. search pun mostly dalam bahasa omputeh..

Bile sampai rumah Meeza, kitorg pun start la marinade.. hehe.. kitorang la sangat.. Hilal yang marinade, aku tengok jer dia campur ramuan.. Tak tak tak.. Aku pun tolong jugak.. Tolong tengok!!

Dah petang sikit tu kitorang keluar pergi amek Qayyum pulak.. Amek Qayyum kat LRT Taman Bahagia.. Hilal sepanjang masa dari angkat telefon, dia cakap keling dengan Qayyum.. Mentang-mentang la dia tu black color.. haha.. Time amek Qayyum tu, Bajat telefon.. Dia kata dia datang malam, aku suruh dia datang awal..
.
Dia kata “Aku datang lepas Asar..”

Okay.. Bile Qayyum ada, kitorang start susun meja, susun kerusi.. pastu sementara nak tunggu malam, nak tunggu semua orang datang, kitorang tengok movie.. Masa Solat Asar tu nenek Meeza soh Qayyum baca doa selamat lepas Solat Maghrib nanti.. menggelabah Qayyum mintak Yaasin dari Meeza.. Hehe.. Macam la x pernah baca.. Mungkin nenek Meeza yang mintak buatkan dia menggelabah.. Qayyum, Qayyum.. masih ada gelabah-gelabah lagi.. seperti 6 tahun lalu..

Bile dah malam, kitorang mula la nak bakar arang.. start pukul 7.00 malam.. Hilal la head of chefs.. dia pun mula bakar.. Arang tu senang terbakar tapi susah nak jadi bara.. kejap2 terpadam.. Terima kasih ye Encik Hilal sebab bagi idea beli arang yang canggih sangat tu.. Rupe-rupenye arang tu bukan arang kayu tapi arang batu.. (Arang batu ni orang gune nak bakar dalam power generator nak hasilkan tenaga elektrik)
.
"Ko ingat kita nak hidupkan Power generator ke, Hilal??"

Patut la punyer susah nak jadi bara.. bila masak jer, letak daging BBQ pastu tinggal, lepas 10 minit padam.. so, terpaksa la kena letak kipas angin supaya sentiasa je arang tu ada api..
.
BBQ guna arang Batu.. Canggih tak??

kitorang Solat Maghrib.. Al-ustaz Qayyum pon baca do selamat dengan bantuan buku Yaasin..
.
"Ni blom bapak mertua ko suruh baca doa qunut lagi nih"..
.
Lepas habis Solat je, Bajat pun sampai.. ni la yang dimaksudkan
.
“Aku datang lepas Asar”..
.
Hahaha.. Banyak la ko punyer “Lepas Asar”
.
Bila time dah lepas Isyak tu ramai la datang... one by one... mula-mula Pali... pastu yang lain-lain la... paling best, time Delima datang dengan suami dia Yusuf Warda... Delima baru je seminggu akad nikah dan kenduri belah pompuan... kitorang menyakat Qayyum la... Dulu Qayyum pernah ada hati kat Delima... Gitu-gitu je la... No big deal... Tapi untuk kitorang, a small match can spark a big fire... Haha.. point besar la ni.. So keluar la ayat-ayat ni..

“Weh, tu rival ko dah sampai..
Ape lagi belasah ar”

“Ni la time ko tunjukkan cinta sejati ko kat Delima,
ko cerita semua perasaan ko kat Delima.. Mana tau dapat balik ke?”

“Habis la ko, suami Delima tu mesti nak sekeh ko
sebab ada hati dengan bini dia..
kitorang tolong tengok je kalo ko kena”
.
.
Delima yang pakai baju kotak-kotak dan sebelah dia tu la Yusuf Warda..
saja soh dorang duduk berdua camtu.. sebab kitorang ada sesi soal jawab..
.
Delima dengan Yusuf adalah center of attention la untuk gathering kali ni.. Sebab masa dorang kenduri kawen kat Taiping, ramai yang tak dapat pergi sebab jauh.. Gathering kali ni nak bagi peluang Delima introduce Yusuf.. Yusuf ni mix Melayu dengan English.. Aku dah risau pikir nak speaking omputeh ni.. tapi Yusuf fluent cakap Melayu sebab masa umur 10 tahun dia dok Malaysia dan belajar kat SBP.. Hmm.. Sweet je delima dan yusuf.. malu-malu kucing nak bercinta depan kitorang semua..

makan-makan, ngumpat-ngumpat, gelaaaaak... tak ingat dunia..
.
Yang datang gath malam tu.. Aku, Meeza, Meera, Delima dan Yusuf, Apan, Pali, Bajat, Hilal, Qayyum, Sakinah, Zuain.. lebih dari 12 orang.. Makan BBQ banyak gler.. tapi lebih makanan dari orang yang datang.. Time BBQ tu makan sambil menyembang sambil gelak-gelak tak ingat dunia.. Siap ada kereta polis lalu lagi.. ingatkan polis dah ronda-ronda semua orang akan jadi kurang bising.. rupenye, polis datang tu, tolong tambah bising.. lagi menjadi gelak ketawa semua orang.. Sori yer jiran-jiran tetangga Hamizah.. Actually rumah Hamizah tu corner lot, ada tanah lapang.. sebelah rumah jalan, pastu sebelah jalan tu, ialah jalan besar.. bising pun taklah sampai ganggu (pendapat aku la)

So, camne nak habiskan.. lepas pukul 11 malam Delima, Zuain, Meera dah balik.. Delima keesokannya nak kena bertolak pergi Taiping. Zuain nak kena pergi jumpa kawan dia.. Meera kena pulang ke rumah sebab dia janji sampai pukul 9.30 je dia ada kat rumah Meeza.. So, kitorang kemas-kemas kat luar rumah.. Dan yang masih tak balik tu, kitorang lepak kat bilik home theatre.. Kitorang borak2 sembang2.. sambil makan ape yang masih ada lagi..

nak amek gambar beramai-ramai.. tapi gambar tu ada kat hilal tak sempat upload..

Kat dalam tu sempat pulak nak wat mini klinik... Mula-mula Meeza keluarkan Stetoskop dia.. Apan try nak dengar bunyi jantung dia, pastu sorang2 soh Meeza atau Bajat check kadar denyutan jantung.. pastu dorang bagi komen.. pastu bermulalah sesi mini klinik.. soalan pasal healthcare mencurah2 semua nak tanya pasal penyakit ni la.. penyakit tu la.. operation ni la.. operation tu la.. haha.. beria-ia je bertanya.. Dr. Bajat dan Dr. Hamizah bertungkus lumus berbincang dan menjawab soalan yang ditanya.. Maka keluar la semua bahasa-bahasa medic.. Aku dan yang lain-lain nganga je la bile dengar dorang cakap..
.
Then aku akan tanya
“Boleh tak cakap dalam bahasa rakyat jelata”

Dekat-dekat pukul 2 masing-masing still tak nak balik lagi.. hmmm.. Kali ni tengok video Vacation Pengkalan Balak.. Vacation ni kitorang buat masa Form 5 kat Jasin.. Kitorang plan untuk overnight kat Pengkalan Balak, Melaka.. Tengok la video tu, happening je semua orang time tu.. Masing-masing tak percaya bile tengok perangai masa zaman sekolah.. hahaha..

Salah satu aksi ketawa yang tak terkawal..

Sepanjang video tu semua keje nak hepi jer.. takde langsung pikir pasal masa depan, pikir pasal belajar sungguh-sungguh.. pikir nak seronok jer zaman sekolah dulu.. hahaha.. esok exam pon gelak sakan lagi..
Teringat zaman sekolah, budak lelaki dengan hobi buat bising, nyanyi dalam kelas, buli Apan, buli Amir Faruqi (budak kelas sebelah yang sentiasa melepak kelas kitorang lepas habis prep).. Mengutuk Odeen (hot stuff).. Hahaha..

Bile dah habis tengok video tu.. jam dah dekat 4 pagi.. baru la kitorang semua beransur pulang.. Sakinah yang kata xle stay lama-lama pun leh tersangkut.. Camtu la penangan TenRox! Actually, ni third time Sakinah datang gath..

Dulu dia dok Pahang susah sket nak datang.. Sekarang dia praktikal kat area KL, leh la datang gath.. Aku dengan Qayyum tumpang tido kat rumah Hilal.. Nak masuk UiTM pukul 4 pagi, mau pak guard halau.. hehe.. Tido la rumah Hilal.. Hilal bawak keta leh tahan jugak lajunye.. Tak sampai pukul 5 dah sampai rumah Hilal kat area Klang..

Begitulah kisah BBQ TenRox!..
.
.
Powered by Blogger.