List Widget

.

Followers

Monday, February 02, 2009

Kisah semasa Cuti Mid Sem (1)



Rabu (28/1/2009)

Hari ni masih lagi cuti mid sem UiTM.. So, nak setelkan pasal penangguhan PTPTN dengan mohon Surat Pelepasan PTPTN. Awal pagi lagi aku dah bangun dah, kuar sekali dengan papa nak pergi kerja lebih kurang kol 7.30pg, papa drop kat Stesen Komuter Shah Alam.. Dari situ naik komuter pergi kat KL Sentral. Pejabat PTPTN OneStop ada kat KL Sentral sejak beberapa tahun yang lalu tapi baru minggu lepas aku tau. Convenience la sket PTPTN ada kat situ, tak payah la nak pergi kat Damansara tu.. Jauh, susah nak pergi, bas pon tak lalu kat situ apatah lagi kapal terbang mahupun helikopter.

Aku sampai je kat PTPTN tu kol 8.20pg, tak ramai orang.. Bagus2, seperti yang dijangkakan.. Sebenarnye aku tak suka berurusan dengan pejabat kerajaan, sebab selalu jer lembab, tak efisyen.. Tapi kat PTPTN ni bagus la, nampakla yang staf dia bekerja dengan cekap, buktinya, masa bekerja takdela yang bersembang, sume yang kerja kat kaunter muka serius je melayan pelanggan yang datang berurusan.. Harap-harap camtu la sentese dan di mana-mana pejabat kerajaan..

Pastu anta Borang Penangguhan dengan Surat Mohon Peepasan PTPTN.. Setel.. Orang tu kata dalam 3 hari surat tu akan siap, dia kata lagi, Jumaat kol 3.3.0ptg datang amek Surat Pelepasan.. Lepas tu aku terus balik umah.. Sampai umah dah kol 10pg..

Kalo ikut plan, arini nak pegi GGIFA bayar deposit yuran.. pastu call papa, papa kata ada kerja.. Kerja ape tah, time ni kan cuti sem, mana ada student..

Pada masa yang sama, spupu aku ni plak kata nak balik Kolej Jati arini, tapi satu barang pon tak kemas lagi.. (spupu aku ni blaja diploma kat uitm shah alam, tumpang duduk kat umah aku stiap kali ada cuti am atau cuti sem).. Alang-alang papa nak balik umah time lunch ni, nak kuar g GGIFA plak, bole la ikut skali nak anta dia kat kolej tu.. Leh plak ngada-ngada nak balik petang.. Kan dah bazir minyak keta nak ulang-alik, buang masa orang lagi nak kena tunggu dia bersiap-siap.. Dah tau nak balik, kemas la barang-barang tu siap-siap kemas-kemas.. Ni tak, bila dia rasa nak balik, baru la nak bgtau papa, baru la nak kemas-kemas.. Macam bos plak nak ikut cakap dia, nak tunggu dia..

Masa lunch tu lebih kurang kol 1.30ptg, papa balik umah, time tu call GGIFA, orang tu kata takleh nak terima bayaran hari ni sebab dah lambat. Kalo pagi dia boleh ar masukkan duit tu dalam Bank, time petang ni dh tak sempat dia kata.. Tak jadi la nak pegi bayar deposit yuran.. So, papa tunggu la spupu aku ni, sampai la dah kol 3 lebeh baru la dia siap kemas.. Kemas la sangat.. barang-barang dia sume dia dah bawak balik.. bilik ni dia tinggal bersepah je, dengan kertas-kertas la, dengan 2-3 cawan tak basuh yang dia bawak minum dalam bilik, tuala lagi, katil tunggang langgang la.. ish.. bengang btol la.. xle ke tak nyusahkan orang.. mak awak pon tak tahan dengan anak sendiri..

Hmm.. Dah takleh nak bayar duit kat GGIFA dok umah jer la tunggu esok pagi plak.. So, papa g la anta spupu aku ni balik kolej.. Dan seperti biasa, aku kena le kemas bilik, umi la yang kena basuh cawan, basuh baju-baju dia yang tertinggal dalam bilik.. Sebab tu la aku tak suka nak melepak umah orang nak tido umah orang sebab takut buat sepah dan menyusahkan tuan rumah.. Kalo la spupu aku ni ada otak kan.. Geram btol buat umi aku camtu..



0 comments:

free counters
Powered by Blogger.