List Widget

.

Followers

Thursday, February 26, 2009

GGIFA atau GIVEUP?

Rabu (25/2/2009)
Pagi ni aku bangun pagi dan pegi tenet kat library UiTM.. masuk forum FlyDamnIt.com..
bile baca-baca yang orang ramai-ramai post kat GGIFA tu,
ada orang ni kata yang yuran GGIFA dah bertambah..
berapa agaknya? aku dah pening.. Hmmmm..
Aku terus call GGIFA Bintulu.. then cakap dengan intake officer dia..
aku tanya dia

"Brape GGIFA punyer total fees yang baru?"

Dia bgtau keputusan untuk naikkan yuran tu baru je buat.. Lagi dia kata
"Semalam baru je meeting and confirm pasal kenaikan tu. Yuran GGIFA yang baru
ialah RM255000 SAHAJA
xtermasuk makan dan transport"

Berderau darah aku.. tibe-tibe aku jadi buntu takleh nak pikir..
Bape lagi duit yang nak kena carik ni..?
Campur makan dengan transport lebih kurang 15k-18k.. Terkejut giler..
Lebih Tergezut dari masa kat MARA
yang tengok borang oren banyak-banyak tu..
.
Aku pon cepat-cepat calculate financial yang ada.. Cash, Loan Bank, Loan MARA..
Deduct dengan total amount [RM255000 + RM18ooo (makan dengan transport)]
Xckup lagi 30k-40k.. hmm..
Aku sabar je la.. Umi tak tau lagi, apatah lagi papa..
Aku mesej bgtau kat ain..
Sambil tu terus la baca kat forum tu.. aku ada terbaca kat forum lain..
Ada flying school lain IT&S kat ipoh.. aku pon call and dia bagi info camni..
Deposit RM10k, total fees RM250k..
plus MARA leh bagi pinjaman RM250k..
tapi RM250 total fees tu tak termasuk makan dengan transport..
masuk makan dengan transport RM278000
Aku rasa baik la tukar gi sini jer, sebab MARA leh bagi RM250k..
xbanyak la nak duit nak kena carik compare to GGIFA
Aku jadi berbelah bahagi plus pening kepala nak pikir berenti GGIFA
nak mintak balik deposit, loan bank tak tau brape dapat,
tah bape puluh ribu lagi yang tak cukup.. pening kepala..
bincang-bincang dengan ain.. Aku pon decide nak kuar GGIFA
Bgtau ain, ain kata soh mintak balik deposit RM12740 yang dah bayar kat GGIFA dulu..
pastu call GGIFA Bintulu, kali ni aku cakap terus dengan wife Dato' Morshidi (owner GGIFA)
Bagitau dia masalah aku yang tak dapat nak bayar yuran penuh tu,

datin tu kata
"Yuran baru kita memang RM255000,
tapi you under MARA kan..
So all makan and transportation tu dah include"

maknenye, officer yang bagitau aku pagi tadi tu salah info la,
sebab dia tak bgtau maklumat penuh ni..

Datin tu kata lagi
"You apply dulu MARA, then bile dah confirm
dapat pinjaman MARA tu kita akan tolong you
increase jumlah pinjaman"

"Lagipun GGIFA sendiri memang tengah mintak
increase untuk pinjaman student kita.
You don't worry okay, tunggu mara approve dulu.."

Lega la bila tau camtu, aku pon tak jadik nak kuar GGIFA
Tengahari tu plak dapat call dari Cik Rahah, Agrobank punyer pegawai..
Dia bgtau yang petang ni dah leh datang bank dan sain agreement untuk loan RM50k..
Alhamdulillah, dapat jugak RM50k loan.. leh cover part of GGIFA fees..
So, petang tu pegi AgroBank..
.
Dah sain borang-borang sume, Cik Rahah xplain all the terms and conditions..
Some of the loan kena deduct due to insurance, wasiat, advance payement bulanan, macam-macam la.. Total deduction tu RM5060, banyak gler.. bank lain tak banyak camni pon.. hmm.. Takde choice lain since Agrobank jer yang willing to give out..
So I will get loan (RM50000-Rm5060)
So, papa sign la loan tu, as if papa yang pinjam..
but in reality, monthly installment dibayar guna loan tu sendiri
as long as I am still at GGIFA camtu la caranye nak bayar
monthly installment loan Agrobank tu..

petang tu balik rumah.. kurang la sket pening kepala..
pinjaman bank dah dapat, application mara dh buat..
Thanks to Ain so much, sebab bagi support!!
cuma tunggu untuk interview mara sahaja.



Tuesday, February 24, 2009

Lawatan ke AgroBank

.
.
Selasa (24/2/2009)
Pegi Agrobank untuk bukak akaun.. sebab ada buat pinjaman insani-i.. tadi pegi kat bank dia kata loan yang approve adalah 30k daripada 50k yang dipohon.. Tapi takpela nak buat camne, daripada takde langsung, kira okay la jugak that 30k tu.. Datang time lunch pejabat tengah break untuk lunch, tak sempat nak sign agreement..
Petang tu dalam kol 4 petang.. datang lagi sekali kat Agrobank.. Jumpa dengan Cik Rahah.. dia suggest another solution untuk increase jadik 50k.. Tapi dia akan bagi result esok whether boleh atau tak untuk increase loan jadik 50k.. Amek quite sometime jugak la nak discuss dengan Cik Rahah ni..
So, tak jadik sign agreement untuk 30k punyer loan insani-i.. kne tunggu esok punyer result.. harap-harap boleh la dapat 50k.. at least boleh cover part of ggifa yuran..
.
.

Apply Loan MARA

.

Hari Jumaat (20/2/2009), aku pegi ke pejabat MARA kat Kuala Lumpur
untuk anta Borang Application Loan MARA.. Pagi-pagi lagi
dah kuar umah dah.. as early as 7.30 pagi sebab tak nak sangkut dalam traffic..
Papa pegi ofis dulu untuk punch-in keje, alang-alang dah
pegi ofis papa terus je g fotostat dokumen-dokumen tambahan
yang nak tambah kat application Mara tu macam
sijil-sijil skola menengah, sijil-sijil diploma, surat kebenaran DCA..
dan cop pengesaha skali.. Akhirnya, dah dekat kol 9
baru la gerak pegi Kuala Lumpur..

Masa sampai Federal Highway tu, dah jam dah.. tapi takpe la,
bukan nak kejar ape-ape pon.. rileks je la.. Ni kan malaysia,
normal la jam kat highway..

Bila sampai kat Pejabat MARA, rupanya pejabat
Bahagian Penganjuran Pelajaran dah berpindah pergi tingkat 3..
So, terus pegi pejabat tu.. Hantar borang permohonan tu terus
kat pegawai yang in-charge..

Alangkah tergezutnye ati hamba..
bile tengok borang oren (borang nak mintak pinjaman MARA)
teramat la banyak nye depan meja pegawai tu.. ada 30 kotak penuh
borang oren tu.. bila aku serah borang tu kat pegawai dia check terus,
dia belek sehelai-sehelai tengok every single page.. dia kata
.
"borang ni ok, sume dokumen yang diperlukan pon ada..
hmm.. tunggu saya call you okay..
interview bulan April 2009, tapi date tak tau lagi"
.
aku tanya la kat pegawai tu
"Yang banyak-banyak ni sure pening nak pilih kan?"
.
dia reply
"memang pening, sebab ramai yang tau dah tak layak
tapi still nak apply jugak. Ramai yang result spm teruk
still apply.. Yang tu okay lagi sebab at least result U dia bagus.. tapi yang result U pon tak bagus
tapi apply jugak,
tu yang pening.. paling pening, jenis yang result spm pn xok, result U pon tak ok.. tapi apply jugak..
banyak yang apply tapi tak banyak yang layak nak apply pon sebenarnyer..
application awak ni, tak sama kategori dengan dorang nih..
jangan risau k.."

Dia dah asingkan yang dapat dengan yang kena rejek..
Antara yang berjaya tu, sure la Ain..
sebab Ain dah terkeluar dari kategori result spm teruk dan
result diploma teruk.. hepi jugak untuk Ain..

lega sikit hati aku bile dah hantar Application loan MARA nih..
.
.

Thursday, February 19, 2009

Placement Letter

o
o
yesterday i got the Placement Letter from Gulf Golden International Flying School (GGIFA)..
A bit tense la nak dapat surat tu.. Actually, I had
settled the deposit payment for enrolment about 3 week earlier,
that was before Chinese New Year.. the officer said that the letter will
be sent home ASAP.. most probably in 3-7 days.. okay fine..
the next week, still no letter.. I call GGIFA again, the officer said,
the letter is on the way.. another 1 more week past, still no letter..
GGIFA said be patient, maybe postage problem..
I had enough, too late la nak tunggu surat tu,
I sent letter to japan just take 8-10 days only.. Ni dalam Malaysia jer, please la.
Then I called directly to GGIFA admin office at bintulu (17/2/2009)..
then another new officer ni told me
"ooo, kita ada surat you kat sini.. nanti kita send okay"
dengan nada riang gembira jer.. murka la aku
"I've been asking for GGIFA to send that letter to me
since 3 weeks ago.. time nak mintak bayar,
suruh orang cepat-cepat, takut xde tempat la ape la..
time dah dapat duit camni plak ye.. "
then officer tu reply
"ok2, this morning saya hantar gune kurier ye"
boleh pon hantar surat tu.. sekejap je pon 1 hari je.. tapi perangai tu,
suka nak delay2, suka nak kena sound baru nak wat keje..
ape la dorang nih..
nak placement letter tu bukannye ape, bila dah ada surat tu
baru la boleh apply loan mara..
disebabkan GGIFA lmbat anta, dah terlepas dah interview Mara last Thursday..
sakitnye ati.. kalo dah ada surat tu sure cepat dapat..
xpela, newey surat tu pon dah ada, tomorrow leh proceed anta kat mara untuk apply loan.. lega la skit.. nak anta dan tunggu mara je la lepas ni..
o
o

Wednesday, February 18, 2009

going to miss ain..

Ain had quit UiTM this morning..
officially she's not UiTM student anymore..
and also she planned on going back home (balik rumah terus) as soon as possible..
meaning that she will not be staying in shah alam anymore..
and..
i don't have the chance to spend some times with her..
event at her last day here..
..sad, very sad for me..

Friday, February 06, 2009

Mohon maaf..

sori ye sayang..
Henset saya takde kredit..
nanti dah ada saya mesej awak kay..
Sori sangat-sangat tau..
Sayang awak, tak lupa pon kat awak..

Thursday, February 05, 2009

photo, picture, gambar



Rindu la nak bergambar dengan Nurulain binti Baharuddin..


gambar nih masa makan kat SushiKing : 1st time makan sushi king
Dulu masa belajar kat penang
boleh dikatakan sangat selalu bergambar dengan ain..

gambar nih masa ada latihan kawad formasi, malam2 buta pon ada kawad..

Average 1 tahun tu almost 100 gambar la..
Tapi sekarang ni start dah abis belajar kat penang tu sampai sekarang..


gambar masa 1st Step : kat Megamall Penang

10 gambar kitorang pon takde..
Hmm.. Really miss those photo moments..
Really appreciate every photo kitorang berdua..

Selamat Tinggal UiTM

.

.


Arini officially aku bukan lagi student UiTM Malaysia..

Sebab aku dah anta borang berhenti belajar dari UiTM ni..

Esok lusa nama aku kne potong la tu dari sistem..

Tapi aku still around kampus ni jugak..

saja nyemak-nyemak, lepak kat library baca buku, main tenet..

hehehe.. Sementara nak mintak kerja,

ni la aktiviti berfaedah yang mampu aku fikirkan..
Ape-ape pon..
UiTM Di Hatiku
.
.

Monday, February 02, 2009

LoveLife



Lately..
aku dengan buah hati aku asek gado je..
asek trasa hati je.. ada je yang tak kena..
ada je yang nak jadik point untuk kitorang gado.. gado majuk, pujuk..
gado balik.. Macam takkan habis je pasal gado ni..
dalam minggu-minggu lepas..
setiap hari ada je yang nak jadik gado..


Semalam aku terasa ati plak dengan ain.. gado lagi.. hmm..
kalo la leh baik je sentese kan macam yang ain nak..
leh sentese sayang je.. xde gado-gado yang menyakitkan hati ain.. hmm..


tapi aku tetap sayang jugak kat nurulain bt baharuddin..

bukan nak puji sebab ain ni gf.. dia jenis yang tak amek hati sangat la..
cepat je sejuk bile dah gado.. bile dia tutup mata (tido dengan nyenyak)
esoknya bila dah bangun okay la perasaan dia..
dia pon tak suka nak mengungkit..
xde la menyakitkan ati kalo time gado tu tengok muka dia..

paling-paling pon ain ni akan muncung panjang je..
(leh sangkut hanger tau)


Aku sayang sangat la kat ain ni, gado-gado pon,
dia wish aku berjaya jugak, gado-gado pon dia msg jugak dengan aku,
gado-gado pon panggil jugak aku sayang.. bagus la camtu kan..
senang ati la ada ain ni.. xdela jadik beban macam yang orang slalu cite pasal gf dorg..
Aku rasa agak riak dan takbur jugak la ada gf cam ain ni
stiap kali kengkawan cite pasal gf dorg..


Harap awak boleh bersabar dengan kerenah saya ni tau sayang..
Terima kasih sebab sayang saya walopon
selalu buat awak hilang sabar..
bukan selalu la, sentese wat awak hilang sabar..


Papehal pon, aku akan brusaha la nak sayang ain ni..
walopon tak btol cara aku, walopon tak pandai bab-bab ni..
tapi usaha tangga kejayaan..



Nak berusaha untuk seorang yang bernama
NURULAIN BINTI BAHARUDDIN


Kisah semasa Cuti Mid Sem (3)



Jumaat (30/1/2009)

Lepas solat jumaat, pegi PTPTN sekali lagi.. Kali ni untuk amek Surat Pelepasan.. Tunggu komuter dari shah alam tu kol 3 ptg.. Ramainye orang yang naik komuter time-time macam ni.. Bukannye masa peak hour pon..

Bile dah sampai kat KL Sentral, trus g PTPTN OneStop.. Orang agak ramai la.. Tapi xla lama sangat menunggu turn.. Bila tengah orang tu nak pegi amek Surat Pelepasan dari almari dia, ada orang tegur aku.. Rupe-rupenye, Syed.. (Syed – classmate aerospacem echanical masa diploma dlu).. Dia baru nak apply surat pelepasan PTPTN.. Dia cite la yang dia sekarang dah masuk blaja kat MIAT-UniKL.. amek lesen EASA (lesen untuk jadik pembaiki kapal terbang).. Syed kata dlu kat penang masa diploma, aku la ajak ramai kengkawan untuk wat lesen EASA ni.. Beria2.. Aleh-aleh aku pon tak buat lesen tu jugak..

Aku explain la kat dia nape aku tak amek lesen tu.. Baru la dia faham waopon masih tak puas ati aku tak buat lesen tu..

Lepas tu aku terus balik umah..

Dalam perjalanan tu, aku terfikir.. Sepanjang dari aku skola menengah dulu sampai sekarang, brape orang yang aku pengaruh? Masa skola menengah dlu, aku pengaruh Faiz (Pe’e nama panggilan dia – kitorang blaja sekelas masa Form 3 kat SMK Seksyen 18 – dia dok sebelah aku).. Aku pengaruh Faiz untuk amek mechanical engineering.. sekarang ni, dia blaja kat UiTM Shah Alam amek degree mechanical (pure).. Lagi, masa skola kat Jasin, aku pengaruh 2 orang plak.. Hilal dan Qayyum.. dua2 ni masa skola dlu duduk sebaris dengan aku.. pengaruh sampai dorang ni sambung blaja kat ovesi pon amek mechanical engineering.. sorang kat UK sorang kat Kanada.. Lagi masa kat Matriks Perak dlu aku pengaruh kengkawan jadik pilot.. Sorang mamat cina ni sama-sama la dengan aku wat resume la, interview MAS la.. tapi last2 dia yang jadik cadet pilot MAS.. aku tak dapat nak jadik pilot sebab papa tak kasik blaja pilot.. Masa diploma la paling banyak pengaruh orang soh amek lesen EASA tu.. sekarang ni ada la 3 orang yang tengah blaja kat MIAT-UniKL tu.. termasuk la Syed..

Moral of the story, jangan suka pengaruh-pengaruh orang.. iar dorang buat keputusan sendiri.. Jadik sekarang ni, kalo ada sape-sape yang tanya aku ape kerjaya yang bersesuaian dengan dorang, aku tanya dorang ape yang korang btol-btol suka, baru la aku bgtau cara yang bersesuaian nak mengejar cita-cita.. Kalo la menjadik dorang ni, dalam bidang-bidang yang aku pengaruhi, takpe la.. tapi kalo dorang menyesal ke bila dah keje.. aku rasa bersalah sangat..

Ape-ape pon.. Korang buat la keputusan ape-ape pon, baik pasal kerjaya, baik pasal jodoh, baik pasal nak beli ais krim sekali pon, buat la keputusan yang 100% kehendak korang.. walopon dengar macam-macam pendapat orang sekeliling.. Tapi keputusan tu, korang yang punya 100%, sebabnya kalo korang buat keputusan sebab ikut cakap orang, kalo buruk padahnya, korang sendiri yang tanggung, orang yang korang ikut cakap dia tu tak rasa pon ape-ape..

Aku ingat aku ni leh jadik pakar motivasi la.. hehehehe



Kisah semasa Cuti Mid Sem (2)



Khamis (29/1/2009)

Hari ni, pagi-pagi pegi bank dengan umi.. Umi kuarkan ASB dia RM4000.. Nak cukupkan duit untuk bayar deposit kat GGIFA..

Pastu pergi GGIFA bayar deposit yuran tu.. Daripada sume RM12740 yuran tu ni la pecahannya.. RM7000 (Umi gadai barang kemas), RM2000 (MakCik Yan bagi), RM4000 (Umi gune duit ASB)..

Bila pegi bayar tu, orang tu kata yuran keseluruhan dah naik sebab harga minyak naik.. dari RM231740, sekarang dah jadik RM242k.. Tambah lagi RM10k.. Pening kepala.. Mana la nak dapat plak lagi RM10k ni.. Hmm..

Newey, pengajaran nya disini.. Lihat la betapa sayang nya mak kat kita.. Sanggup je kuarkan duit beribu untuk kita blaja.. Padahal blom tentu lagi aku nih blaja rerajin, blom tentu lagi aku nak senangkan dia bila dah keje.. tapi sebab sayang anak, brusaha sungguh-sungguh nak bagi jugak duit untuk blaja..

AKU SAYANG UMI SANGAT3..!!




Kisah semasa Cuti Mid Sem (1)



Rabu (28/1/2009)

Hari ni masih lagi cuti mid sem UiTM.. So, nak setelkan pasal penangguhan PTPTN dengan mohon Surat Pelepasan PTPTN. Awal pagi lagi aku dah bangun dah, kuar sekali dengan papa nak pergi kerja lebih kurang kol 7.30pg, papa drop kat Stesen Komuter Shah Alam.. Dari situ naik komuter pergi kat KL Sentral. Pejabat PTPTN OneStop ada kat KL Sentral sejak beberapa tahun yang lalu tapi baru minggu lepas aku tau. Convenience la sket PTPTN ada kat situ, tak payah la nak pergi kat Damansara tu.. Jauh, susah nak pergi, bas pon tak lalu kat situ apatah lagi kapal terbang mahupun helikopter.

Aku sampai je kat PTPTN tu kol 8.20pg, tak ramai orang.. Bagus2, seperti yang dijangkakan.. Sebenarnye aku tak suka berurusan dengan pejabat kerajaan, sebab selalu jer lembab, tak efisyen.. Tapi kat PTPTN ni bagus la, nampakla yang staf dia bekerja dengan cekap, buktinya, masa bekerja takdela yang bersembang, sume yang kerja kat kaunter muka serius je melayan pelanggan yang datang berurusan.. Harap-harap camtu la sentese dan di mana-mana pejabat kerajaan..

Pastu anta Borang Penangguhan dengan Surat Mohon Peepasan PTPTN.. Setel.. Orang tu kata dalam 3 hari surat tu akan siap, dia kata lagi, Jumaat kol 3.3.0ptg datang amek Surat Pelepasan.. Lepas tu aku terus balik umah.. Sampai umah dah kol 10pg..

Kalo ikut plan, arini nak pegi GGIFA bayar deposit yuran.. pastu call papa, papa kata ada kerja.. Kerja ape tah, time ni kan cuti sem, mana ada student..

Pada masa yang sama, spupu aku ni plak kata nak balik Kolej Jati arini, tapi satu barang pon tak kemas lagi.. (spupu aku ni blaja diploma kat uitm shah alam, tumpang duduk kat umah aku stiap kali ada cuti am atau cuti sem).. Alang-alang papa nak balik umah time lunch ni, nak kuar g GGIFA plak, bole la ikut skali nak anta dia kat kolej tu.. Leh plak ngada-ngada nak balik petang.. Kan dah bazir minyak keta nak ulang-alik, buang masa orang lagi nak kena tunggu dia bersiap-siap.. Dah tau nak balik, kemas la barang-barang tu siap-siap kemas-kemas.. Ni tak, bila dia rasa nak balik, baru la nak bgtau papa, baru la nak kemas-kemas.. Macam bos plak nak ikut cakap dia, nak tunggu dia..

Masa lunch tu lebih kurang kol 1.30ptg, papa balik umah, time tu call GGIFA, orang tu kata takleh nak terima bayaran hari ni sebab dah lambat. Kalo pagi dia boleh ar masukkan duit tu dalam Bank, time petang ni dh tak sempat dia kata.. Tak jadi la nak pegi bayar deposit yuran.. So, papa tunggu la spupu aku ni, sampai la dah kol 3 lebeh baru la dia siap kemas.. Kemas la sangat.. barang-barang dia sume dia dah bawak balik.. bilik ni dia tinggal bersepah je, dengan kertas-kertas la, dengan 2-3 cawan tak basuh yang dia bawak minum dalam bilik, tuala lagi, katil tunggang langgang la.. ish.. bengang btol la.. xle ke tak nyusahkan orang.. mak awak pon tak tahan dengan anak sendiri..

Hmm.. Dah takleh nak bayar duit kat GGIFA dok umah jer la tunggu esok pagi plak.. So, papa g la anta spupu aku ni balik kolej.. Dan seperti biasa, aku kena le kemas bilik, umi la yang kena basuh cawan, basuh baju-baju dia yang tertinggal dalam bilik.. Sebab tu la aku tak suka nak melepak umah orang nak tido umah orang sebab takut buat sepah dan menyusahkan tuan rumah.. Kalo la spupu aku ni ada otak kan.. Geram btol buat umi aku camtu..



Laluan ke Angkasaraya



Post yang ni saja jer buat.. untuk sesiapa yang nak tau camne nak jadik pilot.. Ni yang sehabis detail yang aku leh bgtau.. Ni adalah cara-cara untuk jadik pilot persendirian (bukan tajaan airlines MAS ke AirAsia ke atau ape-ape je la)


Niat
Jangan nak jadik pilot sebab mak bapak, atau siapa-siapa pon suruh. Jangan jadik sebab pikir gaji dia mahal (Jadi businessman lagi kaya tau)


Faham
Faham btol2 kerjaya ni, kelebihan kerjaya pilot, kekurangan kerjaya pilot. Faham jugak risiko yang akan ditanggung. Contohnya, terpaksa extend masa belajar (dah kena tambah duit beberapa ribu ringgit). Contoh lain, jadi pilot ni katakanlah ter’eksiden’, putus tangan, dah tak bole nak jadik pilot (ada tak kerjaya lain yang boleh back-up)


Kelayakan
Sekurang-kurangnye keputusan SPM dapat kredit (6C) dalam subjek Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Proses 1
Tulis surat kepada Department of Civil Aviation (DCA) dalam bahasa Inggeris. Bagitau pihak DCA yang anda amat berminat nak belajar pilot dan nak mohon masuk sekolah penerbangan.
Maklumat yang perlu dilampirkan bersama surat:
Salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM (yang disahkan)
Kalo hantar by-hand kat pejabat DCA kat Putrajaya, amek skali senarai nama sekolah penerbangan yang ada kat Malaysia ni supaya senang nak pilih.

Proses 2

Bila DCA dah balas surat anda dan dapat kebenaran. Cari sekolah penerbangan yang anda ingin sertai. Mula-mula cari kat internet, tengok gambar sekolah tu dulu.. cantik ke, selesa ke tempat belajar dia, tempat tinggal pulak macamane rupe dia.. bila dah berkenan di hati, tepon ke HQ dan tanya mengenai perkara berikut:

Hal-hal pasal duit
Deposit
Yuran pendaftaran
Jumlah yuran keseluruhan
Bayaran tambahan (untuk beli uniform, buku-buku, headgear, etc)
Surcharge minyak kapal terbang (yang ni mesti ada punye sebab dia ikut harga minyak semasa, dan biasanya harga minyak jarang turun)
Kemungkinan kalo terpaksa extend belajar, kena bayar lagi tak?
Camne cara pembayaran yuran
Mana nak dapatkan sumber kewangan?
(PAMA – PAPA n MAMA) (MARA) (KWSP mak ayah)

Pendaftaran
Bila korang boleh mendaftar?
Kekerapan pengambilan pelajar
Berapa orang sekali in-take?

Pasal belajar
Tempoh belajar
Ape menda yang korang akan belajar (tapi yang ni leh tengok kat website je)

Keperluan
Uniform
Buku-buku rujukan
Tempat tinggal
Makan Minum
Aksesori penerbangan (contohnya: pilot head phone)

Make sure mesti buat perbandingan antara semua sekolah-sekolah penerbangan tu.. Bandingkan yuran keseluruhan dan bandingkan cara pembayaran, tu la yang paling penting rasanya. Decide yang paling bersesuaian dengan kemampuan dan keinginan

Proses 3
Dah decide sekolah, print borang kemasukan dari website dan isi. Lengkapkan semua yang diperlukan. Lain sekolah lain yang dia nak. Call sekolah tu, buat appointment bagitau yang korang nak masuk sekolah tu dan nak datang hantar borang.
Jangan lupa!! Bawak skali salinan surat kebenaran DCA dan pergi kat HQ dengan semua dokumen dan borang kemasukan. Bila HQ dah keluarkan Letter of Acceptance (surat tawaran) – maknenye korang dah ditawarkan untuk belajar kat sekolah tu tapi tempat korang untuk blaja blom ada lagi selagi korang tak bayar deposit.
Kalo dah bayar deposit, korang akan diberikan Letter of Placement (Surat Kemasukan). Surat ni menandakan korang dah ada tempat untuk blaja kat sekolah penerbangan tu. Dia dah reserve tempat la.

Proses 3A (Sekiranya takde duit nak bayar deposit)
Kalo takde duit nak bayar deposit.. sekolah penerbangan akan bagi Letter of Acceptance (surat tawaran).. Dengan surat tawaran ni, leh la pegi buat pinjaman kat AgroBank, pinjaman insani nama dia.. Leh buat pinjaman sampai RM100k..
Bila buat pinjaman AgroBank ni, ingat yang korang ni pinjam kat bank, bukan kat PTPTN.. Korang kena bayar balik sebaik sahaja pinjaman 2 korang dapat.. Takde penangguhan bayaran (tangguh bayar pinjaman selepas habis belajar).. Lagi plak, kena ada penjamin kalo nak buat pinjaman tu.. Carik la sape-sape yang sudi nak jadik penjamin.. Bila pinjaman dah diluluskan, korang gne la duit tu untuk bayar Deposit..
Bila dah bayar deposit tu, nanti dapat la Letter of Placement (Surat Kemasukan)

Proses 4
Dengan Letter of Placement (Surat Kemasukan) tu, korang pegi pulak kat Pejabat MARA kat Kuala Lumpur amek borang pinjaman pelajaran. Isi borang tu dengan lengkap skali dengan dokumen-dokumen yang dia nak. Kalo dia tanya, Jangan bagitau korang ada dapat bantuan kewangan dari tempat lain okay (contohnya, korang guna KWSP untuk bayar yuran ke, tengah dapat biasiswa JPA ke, diam-diam je)
Hantar borang tu untuk diproses. Tunggu panggilan interview. Masa interview, jangan bagitau yang korang sedang belajar.. Bagitau yang korang tak buat ape-ape just tengah apply nak masuk sekolah penerbangan je. Lepas interview, dia bagi keputusan. Kalo MARA kata dia akan bagi pinjaman. Leh la setelkan yuran pendaftaran kat HQ.
Biasanya MARA akan bayarkan semua yuran-yuran tu.. Jadi Janganlah digusarkan.. Tapi monitor betul-betul la, make sure MARA bayar yuran tu semua on time.. Nanti kalo MARA bayar lambat, karang sekolah tu ingat korang yang tak bayar, terus kena reject plulak..
Sepanjang proses, dari mula hantar borang kepada MARA, mesti selalu call dan tanya pasal permohonan.. Biasa la, bila dah government yang uruskan mesti la tak cekap dan efisyen.. benda yang boleh siap 2 minggu jadik 2 bulan.. So, sentiasa la contact dengan pegawai yang berkenaan, biarlah diorang sakit ati ke tertekan ke, yang penting permohonan diuruskan dan diluluskan secepat mungkin.

Proses 5
Medical Check-up
Ni la yang penting jugak. Medical check-up ni bukan medical check-up biasa. Hanya tempat yang tertentu je yang DCA approve. Nak tau mana tempat dia, tanya DCA.. Hmm.. Kat website Asia Pacific Flight Training ada jugak list tu..
Pegi sume proses check-up tu.. antara yang akan di check-up ialah:
Eye Test
X-Ray
Physical Test (weight and height)
Audio Test
ECG (Electrocardiogram – ujian degupan jantung)
Blood Test
Urine Test
Bila dah lulus semua medical check-up, doctor akan bagi sijil kelulusan iaitu kertas bersaiz 10cmX10cm.. Kecik tapi bermakna..

Proses 6
Berkemas-kemaslah untuk berangkat menuju sekolah penerbangan dan mendaftar sebagai cadet pilot.

Semua Proses 1-6 ni adalah proses yang perlu dilalui kalo korang nak belajar pilot secara persendirian (bukan tajaan MAS, AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan). Actually, ada step yang boleh dibuat serentak, contohnye, sambil tunggu surat DCA tu, leh la wat medical check-up dan cari sekolah yang bersesuaian.
Terima Kasih kepada mereka-mereka yang telah membantu aku untuk jadik pilot ni..Yang tunjukkan camne nak apply sampai boleh belajar pilot. Antaranya ialah Ihram, ayah Ain, orang-orang kat forum FLYDAMNIT.COM.. kat Ain jugak sebab bagi moral support yang paling banyak.

Ada
ape-ape nak tanya contact
019-4
797139
Muhaimin86@gmail.com
Powered by Blogger.