List Widget

.

Followers

Thursday, April 18, 2013

Daftar Untuk Rebat RM200 Smartphone



Kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan rebat RM200 untuk individu yang berpendapatan dibawah RM3,000 dan berumur lebih 21 tahun.

Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima Tiada Had); 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;
Pendaftaran untuk smartphone rebate RM 200
free counters
Powered by Blogger.