List Widget

.

Followers

Thursday, November 13, 2008

Hari Rabu (13/11/2008)

.

.

Dari paper aritu Aircraft Structures (9/11/2008), aku hanyalah buat ape yang tak patut dibuat..pagi bangun lambat.. kol 11 paling awal.. bangun guling2 atas katil.. tibe2 Junaidi datang bawak sarapan pagi.. hehe.. sebungkus nasik goreng ada telur mata dan sos cili.. hehe.. punye la pemalasa aku nih nak makan.. sampai orang belikan.. ish3... tu dah kira lapar gler pon masih malas nak pegi beli makanan sendiri.

hmm.. sebelum makan tu plan nak mandi bile dah abis makan.. tapi bile dah makan tu.. mata jadik berat.. anggota badan xmampu lagi di angkat.. maka terdamparlah aku kekenyangan.. masa pon berlalu.. dan terus berlalu..

aku bangun, mandi.. sebelum tu basuh baju.. 5 helai sumenyer.. malas btol nak carik spot untuk sidai.. asek penuh jer tempat sidai baju tu.. kemas2 katil sket.. akhirnya baru la ada peluang nak bukak buku dan study.. kuarkan nota.. pastu download final year punyer exam... tengah2 download tu aku dengar suara..



"Oiii, Min.. Kalo yer pon nak tido kemas la ni..

Polisterin yang dah kosong nih buang la..

Aah, jap lagi mak aku nak datang sini kemaskan untuk ko.."



Rupa-rupanya aku dibuai mimpi indah (indah la sangat).. Suara jantan, Md. Nor telah mengganggu aku semasa menjalankan "aktiviti harian" aku.. siot btol.. Maka, aku pon bangun dan buang polisterin tu.. Kemudian, aku sambung tido.. Hmm.. Tido lagi.

Oi.. Bile nak study nih.. ada 5 hari lagi nak paper last (Aircraft Systems)(18/11/2008)..

Ape yang akan terjadi adalah.. Bile esoknya adalah hari nak exam.. aku pon mula la study macam orang giler.. habis suma nota aku baca tanpa henti (subjek nih subjek baca, hafal dan faham).. sehelai pon aku tak tinggal (takut sehali yang tertinggal tu la yang kuar exam).. g toilet pon bawak notes.. hafal tak kira masa.. dan masa memang xckup dah masa tu.. maka aku akan cakap


"Kalo la aku study dari awal, at least 4-5 hari,
mesti aku sempat hafal sumer nih"


Malam ni aku tido dengan azam yang baru, esok bangun pagi-pagi aku nak mandi dan terus study dan hafal.. Mesti cukup masa untuk cover sume tajuk.. Percaya tak aku akan berjaya untuk menjadikan esok lebih berisi dari hari ni? Percaya tak?




1 comments:

~ain~ said...

sayang.. jgn laa malas syg..
study awal2 k.. xmo laa mcm tu.. hidup x terurus je..

free counters
Powered by Blogger.