List Widget

.

Followers

Wednesday, December 31, 2008

Ikrar Kepada Ain



Up..! (angkat tangan kanan)

Saya memohon maaf

dari Cik Nurulain Binti Baharuddin
di atas sebab-sebab yang berikut:


Perkara 1 :
Saya telah mengabaikan, yakni tidak memberikan
sepenuh perhatian kepada Cik Nurulain

Perkara 2 :
Saya telah membuatkan Cik Nurulain
terasa hati akibat Perkara 1

Perkara 3 :
Saya juga turut tidak memujuk Cik Nurulain
setelah menyebabkan Cik Nurulain terasa hati

Perkara 4 :
Semalam saya telah mengungkit kesalahan Cik Nurulain yang lalu

Perkara 5 :
Saya tidak memohon maaf kerana Perkara 4


Oleh itu, saya Mohd. Muhaimin Bin Radzuan..
Kad pengenalan bernombor 860503-56-5223
No UiTM 2008392977
ingin memohon maaf dengan setulus hati
dan berikrar..

Akan sedaya upaya,
untuk memperbaiki perangai saya yang tak bagus ini

Akan senantiasa, menyayangi Cik Nurulain

Akan memberikan sepenuh tumpuan,
kepada Cik Nurulain yang sangat comel ini

Akan berusaha bersungguh-sungguh,
untuk memujuk Cik Nurulain sekiranya merajuk


Saya turut memohon agar Cik Nurulain binti Baharuddin
sudi memaafkan saya
dan sudi untuk merajuk dengan saya..

Selain itu, saya juga bersedia
menerima apa sahaja hukuman
kecuali
hukuman yang memburukkan lagi hubungan ini

Down!.. (turun tangan kanan)




Sibuk .. busy..



Semenjak dari kluar result Part 6 aritu sampai la sekarang nih.. memang sangat sibuk..
bila dah kluar result tu sebok la nak print out result nak gune untuk apply tu apply ini..
lepas tu pulak Ain bagitau yang

Surat Tawaran Ijazah UiTM dah dapat..
ingatkan UiTM anta kat rumah.. rupe-rupenye kena
download dan print dari internet..

mula-mula g tengok kat tenet tu okay lagi..
Punye la skit hati bile dah print tu,
kena buat macam-macam..
Medical check-up, bayar yuran, bukak akaun SSPN,
beli nombor pin PTPTN untuk pinjaman,
kena fotostat sijil, surat beranak, slip result,
gaji, Borang J.. Banyak lagi la.. Panas btol la
dengan sistem UiTM ni..


Bengang btol la.. at least bagitau la masa diploma
dulu.. at least masa paper final tu,
bagitau la yang tawaran uitm tu kena
periksa kat tenet.. Ni takde bagitau ape2 pon..
Nasib abik ada Ain, kalo tak aku tak tau ape-ape langsung..
tak sambung ijazah la aku jawabnya..

Terima kasih yer budak comey sebab bagitau saya..!!


So, memang sangat kelam kabut la aku jadinya..
Tambah lagi mirul (adik lelaki aku - 20 tahun)
pon nak beli barang-barang, dia pon nak masuk Sem 6 kat UiTM Pulau Pinang.. kelam kabut jugak tu..
Lagi, Sibuk pulak nak cari sekolah tahfiz untuk Nana (adik pompuan aku - 9 tahun).. Ke hulu (hulu langat) ke hilir (hilir sungai Ulu Yam - Gombak).. sibuknya sume orang..
aku pon pening kepala terkejar-kejar.. Pegi bank,
pegi 2-3 klinik nak wat medica check-up, pegi kedai fotostat..


Bila daftar pulak, faham-faham je la.. beribu orang nak daftar.. beratur panjang, lama giler..
aku cam sangat kurang tidur, hmm..
plus medical check-up untuk pilot
pon termasuk dalam senarai..
(story pasal medical check-up pilot tu kena baca previous posts)


Sampai sekarang ni, pendaftaran kursus masih ada masalah,
tak boleh nak daftar subjek
bahasa Inggeris (BEL 499).. Tapi kelas kalo ikut jadual,
dah mula dah.. Aku still leh tenet, update blog nih pon
sebab aku buat kat ofis papa aku.. kat UiTM ni la..
daripada melangut jer kat bilik tu, baik aku lepak sini,
tunggu Ketua Program siapkan sistem,
baru la leh sambung daftar kursus tu..


Tapi berat betul la hati nak blaja kat UiTM ni..
rasa tak gembira nak blaja kat sini..
Sangat tak best la environment kat sini..
Kalo kat UiTM penang dulu, berkobar-kobar
nak balik kampus daripada cuti tu.. awal semester
bersemangat nak sambung blaja..


Tak tau la, harap-harap boleh la blaja..
Mungkin sebab kat sini jarang jumpa Ain..
Dari hari pendaftaran aritu sampai sekarang ni sekali jer terserempak dengan Ain..
Papehalpon, mesti kena belajar jugak kan..
.
.

Tuesday, December 30, 2008

Medical Check Up - Fizikal




(Tuesday - 30/12/2008)
Tadi buat medical check up physical plak.. buat kat Klinik Medi-Utama.. Masa tunggu tu memang la ramai orang.. sume pon nak wat medical check up DCA.. Ada yang pilot, ada yang tower, ada yang bahagian control ada yang maintenance.. macam-macam la, tapi sumenye under DCA punye arahan.. masa awal-awal menunggu turn tu aku okay je, tapi bila start dengar dorang nih sembang-sembang buat aku rasa cuak sangat.. sume citer pasal flight dorang la, lesen pilot dah nak mati la, airline dorang tak best la.. sumenye pasal dunia pilot.. ada pulak tu, yang bile abis keluar check up je, doktor kata dia punyer heart rate dah laju sangat la.. ada yang kata, mata kiri dia tak clear lagi la.. hmmm.. risau giler..

Bile sampai turn aku, mula-mula skali aku kena
Audio Test..
kena masuk bilik kedap bunyi, pakai headphone besar, pastu kena pegang trigger..
Nurse tu kata bila dengar bunyi je, tekan trigger tu..

pastu aku dengan konsentrasi 200% mendengar dengan penuh teliti..
bunyi jer aku terus tekan trigger tu..camne ek nak bayangkan bunyi nye.. hmm..
bunyi nye nyaring.. mula-mula kuat makin lama makin perlahan makin perlahan.. pastu dia tukar ton pulak, 4 ton telinga kanan, pastu tukar plak telinga kiri..

Lepas tu, urine test plak.. dah bagi urine kat kaunter tu, tunggu la doktor panggil plak..
Bile doktor panggil ni, dia nak check
X-ray, ECG (Electroc
ardiogram - untuk test jantung punyer beat) dengan Blood Test..


Chest X-ray



ECG (macam mesin nak test orang menipu)

Tapi aku rasa sangat sedih bile dah jumpa doktor tu, dia kata yang x-ray yang aku bawak tu bukan doktor pakar ..
Dia kata tulang aku bengkok..

Dia kena dapat pengesahan doktor pakar sama ada aku still boleh apply pilot nih.. Lepas doktor pakar tulang tu kata okay, baru dia nak proceed dengan medical check up yang lain..

Jadi, aku pon pegi la kat
Darul Ehsan Medical Centre, wat x-ray kat situ..
hari
jumaat ni (2/1/2009) baru dapat jawapan..
aku kena pegi semula kat klinik Medi-Utama untuk tau sama ada lulus atau tak X-ray ni..

Sekarang ni sangat risau, sangat takut kalau tak berjaya..

Becoming a pilot is my dream that I share with Ain..




Kalo tak dapat jadi pilot, tak tau la nak kata ape..

Harap sangat3 lulus
Amin.. Amin.. Amin..


Monday, December 29, 2008

Medical Check Up - Mata




(Jumaat - 26/12/2008) Hari ni buat medical check up mata.. This is the first move untuk apply nak masuk flying school. Minggu lepas dah buat appointment dengan doktor untuk buat medical check up nih.. Buat appointment tu by phone call.

Inilah anatomi mata (courtesy of Tun Hussein Onn National Eye Hospital)

Kena buat medical check up kat


Hospital Mata Tun Hussein Onn, Petaling Jaya.


Appointment dengan

Dr. Pall Singh.

Masa sampai kat hospital tu rasa nervous sangat-sangat. Takut tak lepas check up.. Aku asek terfikir yang tibe-tibe dokto diagnos mata aku ada penyakit. Bukan je tak boleh jadik pilot,

dapat penyakit pulak tu..

Sebab tu la aku takut sangat-sangat.. Mula-mula pikir check up dia mesti la sangat canggih dan banyak peringkat sebab tu DCA (Department of Civil Aviaition) cuma iktiraf hospitalni untuk buat medical check up mata.

Masa tunggu turn sebelum check tu, kat waiting area tu memang sangat ramai orang. Sume nyer mesti la yang ada penyakit berkaitan mata, takkan sakit buah pinggang atau kentut berdarah datang hospital mata pulak kan.. Kat situ, dia punyer nurse-nurse walking around dengan lampu picit dan eye-drop.. For every person yang ada illness, dia akan titiskan eye-drop tu.. pastu patient tu asek tutup mata je lepas dah kena titis tu.. Muka macam tahan sakit, dalam hati aku pikir, maybe sebab sakit mata dorg yang buat dorg rasa eye-drop tu pedih. Bayangkan, ada 2-3 orang nurse yang buat kerja tu, everytime setiap sorang nurse tu lalu, dia akan titiskan eye-drop.. Kadang-kadang tu, dalam
5 minit je dekat 7-8 kali
kena titiskan eye-drop tu..

Bile turn aku kena panggil pulak, aku masuk la bilik khas.. Dia suruh duduk

3 meter dari display chart

Lepas tu nurse dia suruh aku baca huruf-huruf yang paling kecik tu.. Aku pon baca la.. Mula-ula kena tutup mata kiri lepas tu kena tutup mata kanan pulak.. Bile dah abis test tu, nurse suruh tunggu luar.. Hmm.. Tunggu lagi..

Pastu kena panggil sekali lagi untuk

Color-blind Test,

nurse tu kuarkan la cam foto album yang ada bintik-bintik warna warni, pastu suruh aku baca nombor yang ada dalam tu bintik-bintik tu.. pastu habis test tu.. Nurse suruh tunggu lagi..

Tunggu punye tunggu, aku tertido.. lambat betul nak habis check up ni.. Bayangkan berapa lama aku tunggu sampai leh tertidur kan.. Akhirnya, nama aku pon dipanggil buat kali ketiga, kali nih Dr. Pall Singh yang akan check mata.

Nih la part yang aku tak suke langusng pasal chechk up

ni, nurse tu sentuh muka aku, sentuh mata.. Nurse tu suruh aku duduk atas kerusi, lepas tu dia cepat-cepat titiskan eye-drop kat dalam mata aku..

Wow! Rasa sangat pedih mata ni..

Rasa macam nurse tu titiskan air limau dalam mata..

Nak tersembul bijik mata, pedih giler! Dia kata menda tu akan besarkan kornea supaya senang doktor nak periksa.. Patut la sume yang kat luar tadi tu muka terseksa je kena bile kena titis.. Lepas tu kena taruk kepala kat mesin check mata tu (lebih kurang yang kat kedai optikal tu punyer mesin).. Mula-mula tu ingatkan dia nak check mata macam kat kedai optikal, tengok imej dalam lubang kecik tu, pastu mesin tu akan diagnos mata.. Tapi yang aku buat nih kan, doktor tu tengok terus kornea mata aku, sambil menyuluh lampu biru yang sangat menyilaukan dalam bijik mata aku, mata pulak dipaksa untuk bukak jer jangan tutup.. Dalam hati aku pikir, terer giler doktor nih terus tengok dalam mata..

Walaupun check mata dengan Dr. Pall Singh tu tak sampai 2 minit, tapi punyer la seksa dan tak sukenya aku rasa.. Kena sentuh dengan nurse, kena titis air limau dalam mata,

kena silaukan mata..

tapi demi nak jadik pilot..

Harap-harap ni la kali terakhir aku kena check mata..
Kuar je dari bilik Dr. Pall Singh tu, dia kata suruh tunggu kejap.. Kejap lagi dia akan bagi result check up tu.. Bila tunggu result pemeriksaan mata tu, rasa berdebar-debar sangat takut tak lulus.. Dalam hati asek cakap,

lulus lulus lulus.. Lulus lulus lulus..

Dan bile dah dapat jer surat result check up tu dalam tangan aku, aku baca dengan excitednya..
LULUS!

Hepi sangat, aku terus nak balik.. Tibe-tibe, nurse tu panggil aku balik, aku terus jadik risau ingatkan sebenarnye result aku fail.. Rupe-rupenyer aku tak bayar bil lagi.. Ish3.. Bil yang aku kena bayar ialah RM60..
Penungguan untuk check up ni lebih kurang 1 jam 30 minit..

Aku pon terus balik..

Makin bertambah yakin aku untuk apply flying school.. Aku bgtau Ain, hepi sangat Ain tau aku lulus..
.
.

Wednesday, December 24, 2008

Rindu awak..


saya rindu nurulain binti baharuddin.. aritu lepas balik jambori date dengan buah ati saya tapi kejap jer sebab date kat midvalley.. banyak habis masa kat dalam tren komuter je.. sekarang nih still rindu lagi kat ain..

Esok nak jumpa ain, g seremban.. harap-harap komuter takde masalah lewat gler macam aritu..

Xsabar2 nak jumpa ain.. Tunggu saya tau sayang.

Jambori Komander 2008


aritu g Jambori Komander Kesatria 2008.. wat kat UiTM Melaka.. dari 13-19 Disember 2008.. kat sana banyak la aktiviti fizikal yang dibuat..

pertandingan kawad kaki
pertandingan prolog
Extreme Outdoor Quest
malam kebudayaan

setiap hari sangat pack aktiviti dia.. kaki aku cam nak tercabut sebab praktis pertandingan kawad.. paki but dekat 7-8 jam.. ish3.. aku siap balut kaki letak sponge sume.. still sakit kaki jugak..

bile dah g jambori tu.. asek penat jer.. ada pluang je aku mesti tido.. tak kire la sandar kat pokok ke, baring atas rumput ke.. memang exhausted btol..

newey.. gambar takde la sebab xbwk kamera.. tapi akan diusahakan.. mintak dari kengkawan..

papehal pon yang penting nih aktiviti komander aku yang terakhir.. senang ati tinggalkan komander penang bile dah contribute sampai la aritu..

10 ROX Gathering..

.

.

10ROX Gathering (29/11/2008)


berdiri dari kiri : muhaimin, bajat, pali
duduk dari kiri : ezatul, zuain, meera, meeza

Sebelum nak cite ape-ape, nak explain sket ape itu 10Rox!!.. 10Rox!! ialah nama gelaran kelas masa sekolah kat MRSM Jasin dulu.. Kelas ke-10.. Since kitorang sekelas dulu sangat suka kecoh-kecoh.. dapat gelaran kelas paling hingar bingar macam konsert rock... So kitorang pon gelar la kelas 10 Rox!! Sehinggalah sekarang nih, nama tu kekal... So, kitorang punyer group meeting pun nama nya 10 Rox..

Aritu setelah lebih kurang setahun aku tak pergi gathering, maka Bajat pon mesej ajak gath. Lepas dah tanya Ain, aku pon decide nak join...

Gath kali nih wat kat The Curve, aku pon xpnah pergi tempat tu... Rupe-rupenye dekat dengan IKEA... Mula-mula plan nak tumpang Meera sebab tak tau camne nak pergi sana dengan public transport. Meera kata datang awal sebelum kol 8.00pagi, dia akan tunggu kat Stesyen KTM Subang... Malam tu dah janji dah dengan Meera... Esoknya bila bangun tido, tengok-tengok jam dah pukul 8.30 pagi.. Ish3.. Tengok enset, ada 6 miskol dari Meeza, 3 mesej dari Meera.. Huhu... (peringatan : jangan tido lepas subuh, nanti terlajak cam aku)..

Meera, sori aku tertido!”

Siap-siap dengan gelabahnya terus kuar rumah.. lebih kurang pukul 9.30pagi.. Meera mesej kata terus pegi kat *&^$ Royal (tak ingat mula-mmula tu sebab dah delete mesej tu).. Kena jalan sket dari Time Square. *&^$ Royal??.. ???.. Mesej tanya kat Ain, tapi ain kata K.Marina (kakak ipar ain queen of shopping) pon tak pernah dengar.. Apsal la asek kena pegi tempat-tempat yang tak pernah dengar je ni.. Oh, how blind I am when it comes to places.. I am bad with directions too.. Naik komuter (shah alam KL Sentral) , pastu naik monorail (KL Sentral Bukit Bintang).. Bila dah sampai sana jalan-jalan cari nama tempat yang ada sebut royal.. Akhirnya ada, Park Royal rupenye nama tempat tu.. punye la tertanya-tanya..

Dah sampai situ, lepak dengan ayah meeza sembang-sembang kejap sebab meera, meeza dan adik meeza tengah shopping.. As early as 10pagi pon shopping.. Memang kuasa sale.

Bila jumpa dengan meeza dan meera tu, memang kena perli je la.. “Thanks min sebab buat aku tunggu selama setengah jam sampai 8.30pagi”.. sabar je la kan, dah salah sendiri..


tiga orang lelaki yang datang gath..

Straight terus kepada gath.. Kitorang sampai kat The Curve, lebih kurang pukul 12.00 tengahari.. Takde sape-sape pon yang sampai lagi.. Kitorang pergi la round-round kat Cineplex tu.. Meeza dengan meera pegi jumpa kawan dorang.. Aku arini officially jadik jurukamera.. Aku amek gambar je.. Kamera yang aku pakai ialah kamera SLR Nikon kelas D.. Meeza yang mintak pinjam dari ayah dia..

memperkenalkan bf eza : paling kanan.. Eza soh panggil NIK.. nasib baik Nik leh masuk dengan kitorang.. kalo tak terpinggir je bile kitorang sembang2


Kitorang gath bukan watpe.. cume sembang2 jer.. lama dh tak jumpa 10Rox!! kitorang ngumpat memang sakan, abis kecoh tempat tu bile ada kitorang.. Teringat zaman-zaman skola dlu la.. ngutuk cikgu (ish3.. tak baik).. ngutuk kengkawan (ish3 tak baik jugak).. ngutuk jer la yang jadik topik.. hehe.. bile pikir2 balik, tiap kali gath menda yang sama jugak yang dibualkan.. ngumpat zaman-zaman skolah kat jasin dlu.. tapi tu la topik yang buat kitorang masih bersama nak jumpa.. hehe.. tapi tak cukup ramai lagi nih.. kalo ramai-ramai lagi mesti happening.. rindu jugak nak tengok kengkawan lama, dah kembang ke, kuncup ke, ada gf baru ke,, dah abis blaja ker.. hehe.. Sampai last nak balik pon pesan-pesan bgtau nak wat gath lagi.. 10ROx!!

harap dapat jumpa lagi sembang2 ngumpat2

Monday, November 24, 2008

Credit to Photoshop CS3

l Mo-ain l Mo-min l

Ain's 21 Card




Ni la kad birthday yang aku buat untuk ain..
lama jugak amek masa nak buat..
Gune Adobe Photoshop CS3..


in muka depan dan blakang
"otanjobi omedetou : Selamat Hari Lahir"
A I N 21



ucapan dan gambar



khas untuk budak comey ni..

Satu dalam dunia, xde kat kedai tau..
Susah, tapi berbaloi..



How do you view your life?

Birthday bidadari saya.. Ain..




(22/11/2008)

Pegi seremban, nak date dengan ain..
Hari ni besday ain..
Dari semalam tak tido takut terlajak tido.. Nak kuar umah awal..
Tibe2 lepas subuh, papa ajak sume pegi sarapan kat mamak..
Papa ajak pegi sarapan pagi lepas subuh.. ???..
Xpnah pon papa ajak pegi sarapan pagi2 camni..
Pegi la sarapan, umi, nana dengan Syuk sume pelik
nape la papa tetiba ajak pegi sarapan.. Umi kata

“Dah tua2 ni macam tu la”..

Ske ati je nak komen cam tu.. Bila dah sarapan tu, jadik lambat la..
Bila dah nak gerak, tengok jam kat restoran mamak tu kol 7.52pagi..
Dah lambat dah nak siap..
Dalam keta, syuk plak kata nak cucuk duit kat ATM Bank Islam..
Nak kena pegi UiTM plak.. Nih dah leh jadik lagi lambat..
Xle jadik nih.. Kena guna taktik ni, kena blakon ni

“Papa, sakit perut giler nih.. Nak pegi toilet sangat ni”

So, papa pon tinggalkan kat simpang umah jer.. Hehe.. Berjaya!

Balik umah lari-lari, mandi, pakai baju, siap-siap terus pegi komuter..
Kol 8.15 dah ni.. Sempat tak sampai sebelum kol 11 pagi..
Berlari-lari la kat KL sentral tu dengan kotak adiah ain,
nak kejar train pegi seremban..
Nak jadik cerita, tiba-tiba terasa macam ada benda yang shaking
kat dalam kotak tu.. Brenti kejap bukak kotak..
Tengok-tengok isi kad dengan kulit kad tu dah tertanggal..
Hish.. Time ni la nak jadik pon..
Terus, lari pegi bookstore, beli gam and then gam kad tu..
Pastu terus lari pegi platform KTM Seremban..
Naik ketapi.. Lega sket..
Dari tadi lari sana lari sini macam Amazing Race plak..
Cuma takde kamera yang follow jer..

Bila dalam train tu ain kata nak tengok muvi Igor,
macam best je ain kata tengok poster dia..
Sampai jer kat Seremban, ain amek dan terus pegi tengok Muvi..
Ucap


"Selamat Ha
ri Jadi ke-21.. Sayang awak.."


Suke tengok wajah ain..


Momo Manje and kad birthday Ain ke-21

Lepas tengok muvi, Ain kata lapar sangat..

“Kalo lapar saya xde tenaga nak bawak keta”..

So, pegi la makan nasik lemak kat OldTown kat Jusco Seremban..
Ain makan dengan penuh selera..

On the way nak pegi umah Ain, rasa sangat takut..
Takut nak jumpa papa Ain.. Tak tau nape takut..
Tapi takut la.. Soh Ain anta pegi komuter je..

“Tu la, semalam nak sangat jumpa family saya kan. So, jumpa je la”..

Bila sampai umah, ada papa, mak, adik, bg yusry, hadif and bibik.
Sume orang dah makan laksa dah sebab tunggu aku lama sangat..
Gomenne minna (sori yer sume)..
Bile sampai tu salam sume orang, lagi takut..
Duduk-duduk sembang2, sume nyer jadik ok balik..
Aku dah OK!! Tak akut lagi dah..

Makan laksa, masa nak pegi basuh pinggan tu
sempat cium pipi hadif lama-lama..


dari kiri : adik, hadif dan bg yusry
(kalo la adik tau aku taruk gambar ni.. Sori adik.. Pic ni je yang ain bg)


(hadif ialah anak lelaki sulung adik dan bg yusry)..
Berpeluh-peluh hadif ni, comey sangat..
tapi hadif ni susah nak dukung.. bukan susah la..
aku nak dukug tapi hadif tak bese lagi..



“Tak pernah tengok pon awak ni! Sape ni? Kalo nak dukung saya kena jadik kawan saya”

camtu la yang hadif cakap lepas dah translate..
The whole time kat rumah ain sembang-sembang
dengan family ain which I like so much..
Spend time dengan family ain..

Ain asek kena jer.. pemalas la, susah nak wat keje la..

"Nasib la Muhaimin datang, baru la dapat makan macam-macam ni. Kalo tak kosong je bekas –bekas kerepek ni sume”

Sian awak sayang, tapi dah memang camtu kan.. Nak wat camne..

Petang tu pegi umah kaklong plak..
bg rahman tak balik ujung minggu nih sebab pegi Dubai ada keje..
tinggal la kaklong dengan 4 orang anak-anak lelakinya..
Aish, Amr, Nazif dan Adam.. kaklong nampak kepenatan
melayan 4 orang anak-anaknya tu.. Dengan perangai masing-masing..
bila aku datang pandai plak ye dorang nih blakon
jadi budak-budak yang behave..
compare dengan budak-budak nih yang ain cite..
memang la sangat hyperaktif.. hehehe..
duduk-duduk jap tetido kat riba aish..
kaklong masakkan untuk kitorang makan.. lepas makan
sembang-sembang dengan kaklong, tetido kat bahu amir plak..
huhu.. tetido lagi.. Ain kejutkan soh solat
and then pegi city park..

Sampai kat city park tu, dah penuh dah keta..
Ain belikan layang-layang SpongeBob dengan makanan ikan..
Main layang-layang denga budak-budak tu.. aku yang main,
dorang tengok jer.. Ish ish ish..


adam asek dongak je nak tengok layang-layang


dari kiri : Aish, amir, aku dan adam.. layang-layang SpongeBob..

tak pernah main layang-layang la katakan.. excited..
pastu baru bagi budak-budak tu main.. kitorang lari-lari
nak naikkan layang-layang tu.. tinggi layang-layang tu naik..
adam nak try main jugak.. dukung adam bagi dia capai tali tu..
kecik je adam, kurius.. asek cium adam jer bila dah dapat dukung..



bila dah takde angin, kitorang pegi pulak kat tasik..
Nak bagi makan ikan.. Adam sangat-sangat la excited..
Nasib je dukung kuat-kuat.. dia nak bagi makan jugak kat ikan-ikan tu..
Sangat banyak ikan kat dalam tasik tu.. besar-besar plak tu..


tengah dukung adam yang comal ni.. ikan yang sangat banyak kan


rasanya satu lori makanan pon tak cukup
kalo nak bagi makan sume ikan tu.. sangat-sangat banyak..
Main-main denga budak-budak memang xtrikut la..
penat tapi seronok melayan budak-budak..
Sekejap je dah kol 7 malam, terpaksa balik..
Balik umah kaklong jap, anta budak-budak pastu
ain anta aku pegi KTM Seremban..

Selamat tinggal sayang..


ain dengan adam.. dua-dua comey

Harap dapat jumpa lagi dengan ain, dengan family ain..

Nape mesti nak jumpa family ain..?
Boleh je kalo date dengan ain sepanjang hari ni..
Jawapannye sebab nak rapat dengan family ain..
Ske nak jumpa anak-anak buah ain..
Jumpa adik-beradik ain jugak..
Tak nak rasa janggal dengan family ain..
Rasa comfort bile around family ain tau,
supporting, tak la rasa macam outsider
bila sembang-sembang.. That’s good..
Hopefully leh jumpa lagi dengan family ain..
Sebab tu aku tak date berdua je dengan ain
walopon rindu sangat sangat sangat kat budak comey nih..

Satu hari yang menyeronokkan..
jumpa famiy ain..
Dapat wish birthday ain..
Macam aku yang punyer birthday plak.. dapat hadiah camni..



rentetan peristiwa penting!!



Masih dalam minggu-minggu peperiksaan
kepala pening ni pikir exam.. sangat banyak yang tak tau
cuba jugak baca and hafal notes yang lecturer bagi
tapi
bile pikir birthday ain..
hmmm.. nak buat ape ek untuk birthday ain??..


(7/11/2008 - Jumaat)
Beli hadiah
patung lembu comey
beli kat Perangin Mall, Penang
dah lama dah tengok patung lembu nih
masa sem lepas lagi..
time tu repair hardisk rosak
masa pergi tu hopefully masih available la patung ni
bile pergi dan masih ada lagi patung lembu comey tu
terus je beli..
(epi..!!)


(9/11/2008 - Ahad)
Arini ain balik.. dekat-dekat kol 11 pagi ain bgtau dah kuar kampus..
tak sempat pon nak jumpa.. sempat
call jer..
sebab ada paper petang nanti and sangat banyak tak study lagi..
sedih.. sangat sedih sebab dah last-last ni pon xdapat nak jumpa..

macam shoutout dalam friendster aku
"hope time can run slower or stop.."
kalau la boleh terjadi kan bagus

baru 10 minit dah
rindu kat ain
betapa xbestnye dok kat uitm penang ni lagi


(13/11/2008 - Khamis)
Lagi 4 hari ada paper terakhir
dari aritu pikir nak wat ape..
macam-macam plan ada dalam kepala nih..
lepas difikir-fikirkan
dari
sesudah paper KJT 371 (Propulsion) aritu

sehinggalah hari ini
maka dah berjaya decide nak wat ape

Nak
design card birthday khas untuk ain
xtau la lawa ke tak..
tapi cube wat yang terbaik..
berusaha! berusaha!


(14/11/2008 - Jumaat)
Hari ni cari bahan untuk buat design kad..
surf internet, amek gambar2 dari laptop member
tengok2 majalah, siap download software wat card lagi (tak guna pon)
demi mendapatkan
idea.. idea.. idea..


(15/11/2008 - Sabtu)
Mula membuat design kad ialah wat kulit dulu..
potong gambar ni tampal kat situ, adjust position dia sket,
edit tulisan
, tukar warna background dan lain-lain lagi
maka setelah seharian hampir 15 jam duduk depan laptop
mencuba beberapa design maka siaplah kulit kad
itu baru kulit.. nak buat tu x la lama
nak pikir idea tu yang amek masa
lagi pulak laptop
TARGA ni cuma ada RAM 256MB laju sket je dari lipas kudung
bile guna Photoshop CS3 maka kelajuannya adalah
sepantas seekor siput sedut
buku jauh sekali dariku.. tak terpikir pon..
punyer la bersungguh-sungguh (puji diri) sampai makan pon xbeli
nasibla Junaidi tolong belikan makanan


(16/11/2008 - Ahad)

Buat isi plak..
Buat ucapan..
Ni yang paling susah nih.. nak wat ayat..
setelah
bersusah payah menyusun kata dan bermadah puisi..
ucapan yang tertulis cuma beberapa ayat simple je..
tak berbunga, tidak juga puitis, hanya ucapan setulus hati
dah karang dah ucapan..
nak design plak ucapan tu dalam kad..
lagi la pening.. amek masa lama lagi..
study tolak tepi dulu..
(tak patut contohi sikap ini - sepatutnye selak la jugak sambil2)

kembali kepada design ucapan
tengah2 buat, laptop plak penuh memori
kena plak
transfer data pegi kat hardisk

dah tu, virus plak ada.. kena format laptop..
sabar.. sabar..
ujian ilahi

akhirnya setelah
kira-kira 8 jam
(tak termasuk masa untuk format dan transfer data
bahagian isi kad siap pukul 4 pagi.. yeah!!
baru terasa penat dah tak cukup tido..
tido kejap esok
kol 11 pegi wat printing..


(17/11/2008 - Isnin)
Seperti yang dijanjikan Junaidi mengejutkan aku pagi ni
bila
dah pinjam motor, dah cucuk duit, dah burn design dalam cd..
lupa plak nak bgtau.. dah siap mandi pakai baju sume
Hujan pon turun dengan jayanya.. mula-mula renyai
nak redah je.. bila habis jer cakap nak redah je
Hujan pun turun dengan lebatnya..
sama lebat macam masa print kad 2nd Step aritu..
dah atas motor baru lebat masa tu..
aku dan Dolah dikuyupkan dek ujan

Tunggu punyer tunggu.. printing cam dah nak tutup je..
redah jugak la hujan pon
dah sampai kedai tu print la kad tu..
masa printing tu boleh plak staf yang print tu komen plak pasal kad tu
mana blaja bahasa jepun.. promote plak tu suruh tempah kek birthday dari jiran dia
dah abis print tu siap
tunjuk kat pekerja lain soh baca isi kad tu
sempat jugak la dengar ape yang dorg cakap kat belakang tu
(bangga sebenarnya, sebab tu citer)
sabar je la.. Print 2 keping jer..
tapi dah
dekat sejam kat kedai printing ni..

akhirnya selesai jugak kad tu.. lega sangat sangat sangat..
masterpiece
untuk ain comey..

baru la balik tu leh pegang buku
dan study untuk final esok

Tunggu nak bagi je.. harap ain suka..


18/11/2008

Hari ni pekse paper last skali KJT 367 (Aircraft Maintenance)..

Paper nih waktu pagi. 0900-1200

Bile pekse dah start sume org cepat giler siapkan.. 45minit dah ada yang kuar..

Ish3.. Aku jugak yang last sakli kuar..

Dah abis exam, ingat nak balik jer.. tapi esok baru boleh balik..

Hepi nak balik sebab makin dekat dengan ain...



19/11/2008

Hari ni bangun lambat.. semalam kemas-kemas barang sampai tetido..

Pagi bangun terus sambung kemas barang.. Khubaib call kata nak balik kol 2.00ptg..

Xsabarnye nak balik.. sangat tak sabar nak balik..

Kol 2.00 petang gerak kuar dari UiTM..

Tido semalaman kat umah Chai

Kat umah Chai, YM dengan ain..

ain kata aku xde blog yang ada cite ape2 pasal ain pon.. tapi kata rindu..

(ada, ni la dia.. tapi blog ni takleh nak update kat blogspot sebab rahsia)

Ain majuk.. Hmm.. Sori sayang..


20/11/2008

Hari ni on da way nak balik.. Singgah kejap umah nenek Safwan..

Sampai KL anta Safwan then baru Khubaib anta aku balik umah..

Dekat kol 9.00 malam baru sampai umah..

Dah sampai umah, terigt kat ain jer..


21/11/2008

Esok nak kuar dengan ain.. So bgtau ain nak kuar date..

Pastu ain kata bole.. nak call mak ain bgtau tapi xleh la..

2-3 kali try tak dapat.. Esok nak kuar.. So, prepare la ape2 yang patut..

pilih baju, pilih kasut ape sume.. workout bile tak buat ape2, gosok sluar.. balut adiah, last touch la katakan..

Must be perfect.. Prepare punya prepare, tak tido sampai la ke pagi..

Seronok dan excited nak jumpa ain.. nak jumpa family ain jugak..


: Moral of the story :
Berusahalah
bersungguh-sungguh
untuk buat orang yang tersayang rasa dihargai
Kad tu tak sehebat kad yang dibeli kat kedai
kad tu
takde bunyi2, takde sampul, takde kata-kata romantik
cuma ada hati pembuatnya


Nak tengok kad tu?
Tanyalah pada pemiliknya kerana sudah diberikan




free counters
Powered by Blogger.