List Widget

.

Followers

Thursday, April 15, 2010

Kenapa aku suka blogging?


ada banyak perkara yan terjadik kat dunia ni.. ada yang hepi dan ada yang sedih.. yang hepi, bile aku baca aku akan doakan supaya aku dapat rasa pengalaman tu sendiri.. dan segala yang sedih pulak, ku doa supaya aku takkan rasa pengalaman tu, cukup la rasa y aku rasa masa membaca blog tu..

so kepada orang yang punya hati.. baca la kisah ini..


Monday, March 22, 2010

perkahwinan wahidin dan ain

21 Mac 2010.. Wedding member sekelas masa kat MRSM Jasin @ member TenRox!! Wedding berlangsung kat Klang, Selangor. Aku pergi konvoi naik keta Palie dgn Meeza.. Sakinah dengan Syikin plak konvoi naik kereta Mai..

Janji berjumpa kat KFC seksyen 7.. Pastu dah pukul 2 petang baru bergerak menuju ke rumah mak ayah wahidin.. Qayyum dengan aifaa gerak lambat sket.. tunggu qayyum balik keje.. So, aku tinggalkan la kad jemputan kat kaunter KFC.. ake pesan "Bang, kalo ada budak muka cam macha muka blur2 masuk cam carik orang, abang bagi je kad ni k"



wedding wahidin 01

wedding wahidin 09

wedding wahidin 09

wedding wahidin 02

Kenduri kahwin wahidin ni boleh dikira sebagai gathering.. Ramai yang dah lama tak jumpa, aku dapat jumpa balik.. sembang-sembang lama giler kat kenduri wahidin ni.. dah buat macam port melepak.. dari kol 3 petang sampai la dekat2 pukul 5 petang menyembang kat situ..

wedding wahidin 03
sakinah "syikin ni, nak je aku tumbuk"
syikin "ada aku kesah?"

wedding wahidin 10

Apa yang paling menarik pasal kenduri ni ialah Apan. Apan rasa tensen je bile tengok Wahidin dan Ain datang dengan baju pengantin.. Tensen sebab dia rasa tertekan, kengkawan dah 2-3 orng dah yang kawendia rasa dia tak kawen-kawen lagi.. sian dia.. Dulu nak title first kawen antara sume budak kelas.. Tapi Yaya dah amek title tu..

wedding wahidin 11

Pastu nak jadik first budak lelaki yang kawen.. Tapi Wahidin plak dah amek title tu.. Tu la yang dia tertekan.. Apan siap tanya kat semua orang mintak tolong carikan kalo ada sesapa kawan pompuan yang bersesuaian dengan dia.. Gelak sakan kitorang tengok reaksi si Apan ni..

wedding wahidin 04
Wahidin dan isterinya.. dah salin pakaian pengantin dah..

wedding wahidin 05
aimi dan tunangnya safwan
wedding wahidin 06

wedding wahidin 08

wedding wahidin 07



Lepas dah amek gambar kat pelamin.. kitorang pon mengundur diri dan pulang..


Friday, March 12, 2010

ADA APA DENGAN THE ROCK?


Aku heran dan semakin heran.. The Rock.. dulu kala, inilah The Rock..


The Scorpion King



tapi waktu telah mengubah segalanya..
kini, inilah The Rock yang kita kenali sekarang..






walopon aku mengata The Rock ni, tapi GamePlan dengan Gridiron Gang is my favorite after all.. aku suke tgk dia berlakon..

kesimpulan yang aku boleh buat.. The Rock ialah seorang yang
muka ganas, tapi kat hati ada taman..

Australia - Part 4



Kali ni nak citer pasal melawat Caversham Wildlife Park.. Datang sini sebab Nana request nak tengok Kangaroo dan Koala.. Perjalanan dari Bandar Perth amek masa dalam 1 jam. Tempat ni agak luar bandar la (takkan Wildlife Park dalam town plak)

Sampai je kat tempat tu, lebih kurang pukul 9 pagi.. Masih awal lagi.. Aku, umi dan Nana adalah antara orang terawal masuk tempat tu.. So, masuk je terus la explore. Kat taman tu ada binatang liar la.. dari burung sampai la ke wombat..

Ni la beberapa gambar yang aku sempat amek..

Photobucket
ni la pintu masuk Caversham Wildlife Park

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Semua kangaroo kat sini memang jinak2.. Kalo kita datang dekat pon dia tak lari, kangaroo sume akan datang kat kita mintak makanan. Kalo takde makanan selagi tu la dia kerumun. bayangkan la kalo ada 10-15 ekor kangaroo keliling kita, cuak jugak rasanye, mana la tau dia mengganas ke tibe.

kangaroo ni selain jinak, dia tak busuk cam sepupu dan kaum kerabatnye iaitu lembu, kerbau mahupun kambing gurun. Maknenye kita takde la rasa tak selesa bile dekat dengan kangaroo.

Photobucket

yang di pegang tu la namanya wombat. binatang ala-ala hamster tapi bersaiz besar dan malas. keje tido je, bangun hanya untuk makan, dan tido balik lepas kenyang, sebaik sahaja abis makan. Maknenye, kat mana tempat dia jumpa makanan, dia makan kenyang2 dan kat situ jugak la dia tido dengan nyenyaknye.. Ish3..

Photobucket

burung hantu ni adalah antara 20 spesis burung yang di pertontonkan.. nampak cam macho je berdiri usha awek lalu.. haha
berikut adalah aksi spontan kanganroo apabila wartawan dan paparazzi ada ditempat kejadian.

Photobucket

Clan taking rest

Smile..

Round-round tempat ni sume, memang memenatkan sebab suhu mencecah 42 darjah Celcius.. cair kepala otak..  tapi Nana boleh requeset nak pegi bagi makan kat kangaroo tu untuk kali kedua.. memang tak penat lansung, energetic je sentese.. aku ni dah berair dah keti.. budak-budak kecik, time-time ni la pon excited nak tengok binatang-binatang, kang dah tua cam aku ni.. takde la teruja pon..

last skali paling tak best sebab tak dapat tengok koala.. sebab koala tinggal dalam sangkar bercermin, koala tak dilepaskan kat open space cam kangaroo.. time tu, plak koala tu tengah tido atas pokok, memang tak nampak la wajah koala tu.. apetah lagi nak dukung koala..  tak dapat koala, kangaroo pon jadik la..

tengok kangaroo memang best sebab jinak dan boleh amek gambar dekat-dekat tanpa diserang..

lepas tu, Amirul dan Alif pon datang amek kitorang.. Makan lunch kat taman permainan bedekatan pastu balik la ke Perth..


Thursday, March 04, 2010

Hijab, Niqab and Nothing

Watch this video and have some comments and opinions.. i would like to know..




I hate the woman that wears nothing.. She speak as without any basic knowledge of the Quran and Hadith.. In simpler word, she's lack of knowledge.. And even doesn't know what the host was talking about when she express  a verse from Quran about muslim woman having to cover parts of body.. It shows how shallow she know about the issue. I'm not hating her for not wearing hijab. I'm hating her because of her attitude that she refuse to believe what the quran says, and worst, she misinterprate the whole meaning of the verse and telling that her word is correct. So annoying of people with that attitude. Saying you yourself don't wanna wear the hijab is fine, your choice your sin your book. But saying that it (wearing hijab) is not an obligation, was way out of the universe. I wish that she will got hidayah someday. Not hating her in person, just hate her attitude. No knowledge and understanding but bravely making statement. It's like preaching everyone to go to hell, it's a great place but doesn't even know what the word hell mean (and feel so proud doing that)

And very much happy with the both niqab and hijab because they knew why they wear and what they wear. They got the knowledge and real attitude for a muslim, they don't even blame the "nothing" women because they knew that she don't get the hidayah yet. And why quarrel with stupidity?


In conclusion, wearing hijab, niqab, purdah, scarf or even "tudung siti".. is all about how much do you really know about what quran says about it. and what the hadith that follows the quranic verse..


At the end, iman speaks louder through actions..

2cent advice : study what you are doing (especially something related to religion) rather than talking your native and cracked brain out.

Tuesday, March 02, 2010

Jalan-jalan kat Galeri UiTM

Friday, February 19, 2010

Australia - Part 3



aritu ada sebut pasal Crabbing kat Australia - Part 2.. Camne crabbing tu sebenarnye.. Meh nak story..

Crabbing..
crab = ketam..
exp : run = lari..
running = berlari..
so, crabbing = berketam la..
hahaha..




awal pagi kitorang dah bergerak menuju tempat berketam.. tempat tu namanya Mandurah.. kebanyakan dorang ni dah pernah berketam dah.. tinggal aku dan adam je y baru first time, aku terpikir la dari malam masa amirul ajak tu..


Photobucket
kodok yang bersemangat samil dengar ipod dia

Photobucket
adam tengah buat yoga kot..

Photobucket


Photobucket
 
betapa awalnye kitorang sampai, mambang pon masih berkeliaran lagi..


cemana berketam ni? dalam kepala otak ni aku pikir, berketam tu kat laut ke? kat sungai ke? kalo kat laut, kena tempat dalam, memang tak selamat ar aku.. kalo kat paya berselut, memang habis la kamera aku kalo jatuh.. berketam oh berketam.. camne la rupa mu..

akhirnya smpai jugak kat tempat berketam tu.. oo.. begini rupa tempat ketam australia tinggal.. aku menunggu yang lain bersiap nak berketam.. aku cuma berkaki ayam je la masuk ke paya tu.. rupa paya tu tak la seperti yang korang gambarkan, takde la selut hitam legam dalam citer Predator 1.. takde jugak batu tajam cam tempat terumbu karang tu.. tair dia setinggi paras dada bayi berusia 9 bulan.. separas lutut je.. pastu byk lumut hijau..

maka bermulalah sesi berketam.. susah jugak nak notice ketam ni.. kena jalan perlahan-perlahan.. mata kena sharp giler.. sebab ketam ni cam samar-samar je dgn background..
Photobucket

masa mencari2 tu aku ada beberapa kali kena ketip dengan ketam ni.. ape lagi melompat ar aku macam nampak lipas.. tapi dalam reramai tu, mata aku la paling sharp, aku paling banyak notice kehadiran ketam..

pastu nak tangkap ketam ni pulak ada caranye, ketam kan berjalan sideway.. So, tahan alat penangkap ketam tu kat salah satu bahagian, samada kanan atau kiri ketam.. pastu halau la dia ke arah alat tu.. kalo orang lain halau mesti ketam tu masuk perangkap.. klo aku try halau, mesti ketam tu lari arah aku, maka melompatlah aku lagi..
Memang thrill la masa dapat tangkap ketam tu, kecoh gile.. haha..
Photobucket

Nak tangkap tu dah memang susah, pastu bile dapat plak, kena ukur lebar ketam tu, yang kurang dari 13cm kena lepaskan balik.. kalo tak renjer boleh saman.. hehe.. "kita kena jaga kemandirian spesies ketam"

Photobucket





Banyak jugak la ketam yang berjaya ditangkap.. 10-12 ekor jugak la.. tapi ada y kena lepas sebab kecik sangat.. makan pon tak berbaloi.. takde isi pon.. tapi memang enjoy berketam, aku tak berketam pon.. cume amek gambar je.. hehe..
Photobucket

ni je lah yang berjaya aku tangkap.. sepit ketam yang terputus.. hahaha.. sian ketam yang kudung tu.. tu la, lenkali jangan suka sepit-sepit.. nnt terputus sendiri yang susah..

aksi-aksi pengetam-pengetam



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Asek cite pasal berketam je lupa nak bagitau yang cuaca time berketam tu, walopon disimbahi cahay matahari.. angin ang bertiup sangat sejuk dan terasa sangat selesa nak berketam sepanjang hari pon.. Tapi kitorang tak la lama sangat berketam.. mula kol 6.30 camtu habis kol 8 la lebih kurang.. sempat plak kitorang sarapan kat McD..

Photobucket

Lepas sarapan kitorang terus balik rumah, dan tido tak ingat dunia.. Dalam perjalanan pulang, aku dan amitul memekak-mekak dalam kereta.. Sian kat Kdok dengan Fairuz yang terpakse dengar..

Ada rezeki, jom berketam lagi.. ketam.. ketam.. ketam..


Monday, February 01, 2010

Australia - Part 2



Sebenarnye yang Part 1 dah siap tapi gmbr tak upload lagi.. so aku story part 2 la dulu k.. hehe.. terblaik plak.. Ni anggap je la macam tgk StarWars okay.. tunggang terbalik..
Aku sekarang stay kat rumah kawan lama yang dah 5-6 tahun tak pernah jumpa.. Amirul Azhar Zulkifli. Dia ni belajar kat University of Western Australia (UWA). Aritu sebelum datang Perth ni, time beli tiket AirAsia kat Plaza Alam Sentral tu, terserempak la dengan Amirul ni. Sembang-semabgn pastu keep in touch la bile dah sampai kat Perth ni.. Jadik boleh la stay rumah dia.. Rumah sewa dia la..



Kat rumah dia ni la ku jumpa kengkawan dia, kebanyakannya student malaysia yang belajat kat Perth.. Meh aku perkenalkan dorang ni sume..


Photobucket
Hilmy @kodok, Amirul @quros dan aku
masa ni kat Perth City. Dorang ni nak beli game tak silap aku.


kebanyakannya student UWA dan lepasan graduate UWA.. tapi still dok kat autralia mencari peluang bekerja kat sana..


Photobucket


Photobucket


beberapa keping gambar di perth city. bandar ni kalo nak dibagi bandingan, lebih kurang Bandar Shah Alam.. Kecik jer, jalan kaki pon dah leh cover seluruh bandar, tapi kaki besi la..

Photobucket
gambar street la..

Photobucket
berbasikal macam ni masih lagi dipraktikkan oleh Oz


Photobucket
basking macam ni kat perth perlukan lesen.. tahukah anda?


Photobucket
ni cathedral ke church aku pon tak tau..


DSC_6858
time for crabbing : kodok, quros, dila (bertudung la),
adam, nad, fairuz dan alip



mula-mula quros ajak aku dia kata
"Weh, jom pergi crabbing"
"Ape, clubbing!"
"Crabbing la sengal, pergi tangkap ketam, bukan cucuk langit"
"Ooo, crabbing.. Okay je cam menarik"


selain crabbing aku pergi jugak tepi pantai.. pantai dia angin betiup kencang, dan angin sangat sejuk yer, takde berair ketiak langsung.. sempat gak snap gambar.. gambar orang tepi pantai aku tak amek la.. mau kena pukul nanti..


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



buang tebiat melompat tgh2 pantai.. Quros pon join jugak.. haha

aku tak lama pon duduk dengan dorang ni, tapi aku terharu sangat sebab dorang layan aku cam kawan lama je.. sume try to entertain aku dan bawak pergi jenjalan sana sini, belanja makan.. bayangkan camne orang yang tak pernah kenal tapi willing to let me stay.. tapi dorang sume ni memang supportive to each other, suka tolong menolong dan tak kedekut harta mahupun masa dan tenaga.. kagum la dengan survival student mesia kat sini..

cume terima kasih je yang aku leh cakap kat dorang sume ni.. terima kasih untuk memori indah kat Australia dan bersahabat dengan aku..


free counters
Powered by Blogger.