List Widget

.

Followers

Friday, March 12, 2010

Australia - Part 4



Kali ni nak citer pasal melawat Caversham Wildlife Park.. Datang sini sebab Nana request nak tengok Kangaroo dan Koala.. Perjalanan dari Bandar Perth amek masa dalam 1 jam. Tempat ni agak luar bandar la (takkan Wildlife Park dalam town plak)

Sampai je kat tempat tu, lebih kurang pukul 9 pagi.. Masih awal lagi.. Aku, umi dan Nana adalah antara orang terawal masuk tempat tu.. So, masuk je terus la explore. Kat taman tu ada binatang liar la.. dari burung sampai la ke wombat..

Ni la beberapa gambar yang aku sempat amek..

Photobucket
ni la pintu masuk Caversham Wildlife Park

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Semua kangaroo kat sini memang jinak2.. Kalo kita datang dekat pon dia tak lari, kangaroo sume akan datang kat kita mintak makanan. Kalo takde makanan selagi tu la dia kerumun. bayangkan la kalo ada 10-15 ekor kangaroo keliling kita, cuak jugak rasanye, mana la tau dia mengganas ke tibe.

kangaroo ni selain jinak, dia tak busuk cam sepupu dan kaum kerabatnye iaitu lembu, kerbau mahupun kambing gurun. Maknenye kita takde la rasa tak selesa bile dekat dengan kangaroo.

Photobucket

yang di pegang tu la namanya wombat. binatang ala-ala hamster tapi bersaiz besar dan malas. keje tido je, bangun hanya untuk makan, dan tido balik lepas kenyang, sebaik sahaja abis makan. Maknenye, kat mana tempat dia jumpa makanan, dia makan kenyang2 dan kat situ jugak la dia tido dengan nyenyaknye.. Ish3..

Photobucket

burung hantu ni adalah antara 20 spesis burung yang di pertontonkan.. nampak cam macho je berdiri usha awek lalu.. haha
berikut adalah aksi spontan kanganroo apabila wartawan dan paparazzi ada ditempat kejadian.

Photobucket

Clan taking rest

Smile..

Round-round tempat ni sume, memang memenatkan sebab suhu mencecah 42 darjah Celcius.. cair kepala otak..  tapi Nana boleh requeset nak pegi bagi makan kat kangaroo tu untuk kali kedua.. memang tak penat lansung, energetic je sentese.. aku ni dah berair dah keti.. budak-budak kecik, time-time ni la pon excited nak tengok binatang-binatang, kang dah tua cam aku ni.. takde la teruja pon..

last skali paling tak best sebab tak dapat tengok koala.. sebab koala tinggal dalam sangkar bercermin, koala tak dilepaskan kat open space cam kangaroo.. time tu, plak koala tu tengah tido atas pokok, memang tak nampak la wajah koala tu.. apetah lagi nak dukung koala..  tak dapat koala, kangaroo pon jadik la..

tengok kangaroo memang best sebab jinak dan boleh amek gambar dekat-dekat tanpa diserang..

lepas tu, Amirul dan Alif pon datang amek kitorang.. Makan lunch kat taman permainan bedekatan pastu balik la ke Perth..


0 comments:

free counters
Powered by Blogger.