Photography Experience
Tulisan asal dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah dalam Bahasa Melayu pasar untuk kefahaman yang lebih..
Aku suke kamera yang berat, walopon sakit tangan lepas dah seharian memegang kamera, tapi aku suke berat sebab firm bile nak stay still, masa guna D3000 (beginner / entry level DSLR) dulu rasa ringan sangat. lepas tu gune semi-pro level DLSR..
Aku suke kamera aku attach dengan Battery Grip, selain boleh tambah extra satu lagi bateri dan tambah 2x shooting time. Aku suka ada bateri grip attached sebab rasa berat lagi kamera, dan ada tambahan vertical shutter untuk mudah lagi amek gambar potret. Plus, nampak ala-ala high-end punye body
Aku suke fotografi wedding sebab wedding best! Lengkap dan mencabar. Dalam wedding photography ada emosi, ada banyak mimik muka (hepi, ketawa, baby nangis), ada moment (menda ni la yang paling susah dan mencabar dalam wedding photography) pastu ada portraiture jugak dan paling aku suka ada outdoor. So, basically wedding photographer kena mahir banyak menda la, indoor photoraphy, portraiture dan outdoor photography.
kalo nak tambah kualiti foto, kena master lighting jugak.. on flash lighting, off camera flash, studio flash dan macam-macam lagi la berkaitan pencahayaan dalam fotografi
aku bergerak dalam fotografi under an established company KameraMin Photography (SA0165779-X) dengan brand name KameraMin.
Aku tak suke komen gambar orang, even orang tu suruh aku komen pon. Sebab aku komen ikhlas, nanti orang ingat aku komen sebab gambar aku dah power. Padahal gambar aku hampes je.. kui kui kui. sebab tu tak suke komen, unless kalo sesape yang nak jadik KameraMin Krew. Memang aku tenyeh abis-abis, dan dia pon mesti boleh tenyeh aku habis-habis. Sebab aku masih belajar lagi nak amek gambar superb cun!
Aku suke bile orang jadik hepi tengok hasil kerja aku.
Lagi rasa riak dan takbur bila dipuji berlebihan.. Kui kui kui.. puas hati la berpenat lelah tunggang terbalik time shooting bile client suke..
Lucu dan meggelikan hati bile..
"Bro, kalo sy beli DSLR nnt gambar saya mesti cun
macam ni kan??" kata Encik X
(merujuk kepada gambar yang letop2)
konsep yang salah! camera DSLR enhanced je ability photography.
Kalo professional photog, kalo bagi compact camera dan Encik X
yang beginner guna DSLR high-end. Saya jamin 95%
gambar professional photog lagi bagus dari Encik X.
Cantik tak cantik gambar bergantung pada photog bukan kamera.
Kamera alat bukan bakat.
"Bro, camne nak setting ISO? Nah kamera saya"
"Bro, camne nak setting ISO? Nah kamera saya"
(sambil menghulur kamera Olympus, etc selain Nikon)
bila haku tak tau dan terkial-kial carik mana setting tu..
"Bro, takkan tak reti tukar setting kot"
Aku pengguna tegar Nikon, tapi kalo orang mintak tolong,
aku lebih dari sudi nak tolong. Tapi kena la paham kondisi,
lain brand lain button, lain button lain la function.
Kan kawan-kawan?
Bile aku tengah on job amek gambar jadik OP (Official Photographer),
tengah mengarah subjek untuk posing2.. Datang makhluk Allah..
"Jap-jap, tangan Timah kat telinga Manan.
Kepala dongak sket biar nampak bulu hidung dalam kamera.
Abang cameraman amek la gambar posing camni"
Dah bayar aku biar la aku yang buat kerja,
nanti kalo gambar tak lawa, Mak Melah yang
jadik shooting director tu tak kena marah pon,
encik KameraMin yang kena
Ape-ape pon sume tu pengalaman yang aku dapat setakat ni. Bagi sesapa yang beminat nak join fotografi DSLR, walaupun hanya sekadar main-main cubalah study fotografi sedikit sebanyak supaya impian anda yang inginkan foto berapi menjadi nyata dan bukannya menjadi foto letak tepi.
Sume dialog dan kisah yang dipaparkan adalah rekaan semata-mata.
Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa.
6 comments:
nak jadi krew ko.
hihi bole?
boleh.. :) ada rezeki, mungkin akan ke pahang.. :) sungai lembing, kalo tak silap..
wow.
jauh tuh huhuhu.
:D :D :D
teringin nak bli nikkor 70-300 push pull 2nd hand.
ok x?
jauh la dari kuantan.. hehe.. tapi lebih dekat l berbanding area KL ni..
nak beli 70-300.. bg aku link lens tu.. so far tak pernah come across lens tu..
humm.
xde la plak link.
aku rs best sb tu aku pkai buat pre-weds photoshoot aritu.
bagus untuk outdoor bg aku laa.
sb tu nak cari push pull sb murah hehehe.
aku gune Nikkor 70-300 G lens.. compare dengan nikkor 55-200.. 70-300 tu much better..
aku pon ske yang gune untuk outdoor..
Post a Comment