List Widget

.

Followers

Monday, August 15, 2011

ANONYMOUS akan hack Facebook, 5 November 2011



Hackivist group Anonymous vows to “kill Facebook” on November 5, citing users’ lack of choice in privacy as its reason for attack.
Update: Anonymous confirmed via a tweet that while some of its members are organizing the upcoming attack against Facebook, the hacker organization as a whole does not necessarily agree with the attack.
The group of hackers has claimed participation in just about every recent notable hacking attack of this year and successfully broke into 70 law enforcement websites and took down the Syrian Ministry of Defense website this week alone.
This recent interest in Facebook, despite a slew of privacy concerns raised against the social network since its founding, may be a result of Anonymous’s recent announcement that it plans to create its own social network, called AnonPlus. After the group’s Google+ account, called “Your Anon News,” was banned, it began fleshing out AnonPlus.com, “a new social network where there is no fear … of censorship … of blackout … nor of holding back.”
Below is a video and statement released by Anonymous explaining the reason for its upcoming battle with the world’s largest social network. Let us know your thoughts on the group’s statement in the comments below.



Anonymous Statement



Attention citizens of the world,
We wish to get your attention, hoping you heed the warnings as follows:
Your medium of communication you all so dearly adore will be destroyed. If you are a willing hacktivist or a guy who just wants to protect the freedom of information then join the cause and kill facebook for the sake of your own privacy.
Facebook has been selling information to government agencies and giving clandestine access to information security firms so that they can spy on people from all around the world. Some of these so-called whitehat infosec firms are working for authoritarian governments, such as those of Egypt and Syria.
Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your "privacy" settings, and deleting your account is impossible, even if you "delete" your account, all your personal info stays on Facebook and can be recovered at any time. Changing the privacy settings to make your Facebook account more "private" is also a delusion. Facebook knows more about you than your family.
You cannot hide from the reality in which you, the people of the internet, live in. Facebook is the opposite of the Antisec cause. You are not safe from them nor from any government. One day you will look back on this and realise what we have done here is right, you will thank the rulers of the internet, we are not harming you but saving you.
The riots are underway. It is not a battle over the future of privacy and publicity. It is a battle for choice and informed consent. It's unfolding because people are being raped, tickled, molested, and confused into doing things where they don't understand the consequences. Facebook keeps saying that it gives users choices, but that is completely false. It gives users the illusion of and hides the details away from them "for their own good" while they then make millions off of you. When a service is "free," it really means they're making money off of you and your information.
Think for a while and prepare for a day that will go down in history. November 5 2011, #opfacebook . Engaged.
This is our world now. We exist without nationality, without religious bias. We have the right to not be surveilled, not be stalked, and not be used for profit. We have the right to not live as slaves.
We are anonymous
We are legion
We do not forgive
We do not forget
Expect us

P/S : agree with some of the ideas of these anonymous. to protect personal data from being distributed without our own permission. But we'll see what will happen. All we can do is, be prepared. I guess we have to go back to MiRC and email.. hehehe

Sunday, August 14, 2011

Badminton LightSaber Starwars





ni dah kes takde keje la ni main badminton gune lightsaber. agak-agak kalo terlepas lightsaber tu, terkena umpire. mau putus kepala beliau.


P/S : bile la dapat tengok Malaysia menang Thomas Cup?

Tips Ajar Anak Berpuasa

Ni video dari Wardina untuk ibubapa yang still blur-blur, camne nak ajar anak dorg berpuasa. Disarankan tengok la video ni okay sehinggalah ke minit terakhir..



Moga dapatlah manfaat yang nak disampaikan oleh Wardina ni. 

P/S : kongsi-kongsi la dengan sesape yang anda nak kongsikan okay!

Selain Azan tak payah kuat-kuat..

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. 



Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

azan islam call to prayer
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. 

kaabah mekah islam holycity 080307 large
Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). 

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. 

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

pakistan terror school 071204 badshahi mosque
"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.




Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.


azan call for prayer
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). 

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?



Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.
Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.


artikel oleh : Ustaz Asri

Friday, August 12, 2011

Rupa bentuk iPhone 5

Rumors dah banyak keluar pasal iPhone 5 ni. Ada yang kata iPhone 5 akan release untuk US market akhir tahun 2011. Ada jugak yang kata awal 2012. Tak kesah la bile pon iPhone 5 ni nak release kat market. Tunggu-tunggu pon bukan aku nak beli pon iPhone 5 ni.. iPhone 2G pon tak terbeli.. Cume berminat la nak amek tau hal-hal iPhone ni.


Cool dan lebih simple dari iPhone 4



 yang ni designer compare-compare dengan iPhone 4.. dan iPhone 5 Mini?




 aku paling suke design ni. Tapi macam terlalu advance, ada ke teknologi ni sekarang?



 Dua design terakhir ni lebih realistik dan rekabentuk pon lebih kurang dengan iPhone 4


yang pasti, ni bukanlah rupa iPhone 5 nanti. Dah macam zaman pra-sejarah HP la pulak kan..? siap ada antenna. ntah-ntah design ni, bunyi dia polyphonic kot.


kalo Apple buat design macam ni, mau berdarah hidung kalo tercucuk antenna tu.. haha.. design ni mesti teaser saje-saje nak membahan iPhone 5.

P/S : Ape-ape pon teknologi setiap hari makin canggih. Kalo nak ikut trend asek nak beli yang canggih je. Membazir la pulak. Biar la beli tu, pakai sampai lebam. Gune semua function yang HP tu ada.. baru la menang membeli menang memakai!

Thursday, August 11, 2011

Murtad dalam tong sampah?


Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.
Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?
Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.
Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit  Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan  untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.
Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.
“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.
“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.
“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar ”

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.
Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.
“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).
Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.
“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.
Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
sumber : FreeMalaysiaToday
P/S : kepada muslimin dan musliman, jangan la kita berbuat begini okay. kalo tak kita sama je cam orang kafir ni.

Student Malaysia kena Pukul di UK

Memang memeranjatkan bile tengok video ni.


Kesian kat Asyraf Hazlan, sebab kena pukul.
Kesian kat penduduk Eropah yang takde tamadun.


Ni video student Malaysia kat London yang kuar nak beli makanan sahur. but then, dia kena rompak. dah la kena romapk pastu kena pukul pulak tu.




Dari sumber yang diketahui ramai, student ni cedera teruk kat muka.. Rahang patah, gigi tercabut. Bukan takat itu je, wallet dengan barang-barang peribadi dia pon kena tibai jugak. Asyraf Hazlan yang mengalami kecederaan yang teruk di bahagian rahang, sekarang ni dapat rawatan kat Hospital Royal London. Ya Allah, cepatkanlah Asraf ni sembuh dan kembali macam biasa.




To be honest, even orang luar lebih takde tamadun dari kita. "rusuhan" bersih tu takde sape pon orang awam yang hilang selipar sekalipon. "perusuh-perusuh" tu tak kacau orang awam, jentik pon idak.. Ini kat luar yang selama ni kita anggap bertamadun, rupa-rupanya takla bertamadun sangat.

P/S : Janganlah diagungkan orang Barat. Mereka pandang rendah je kita ni, dan dorang pon rendah je sebenarya. peace malaysia!

Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim Hangat Bercinta !

Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim Hangat Bercinta !




Tak sangka Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim nie betul² serius bercinta. Baru je diorang berkenalan kurang daripada 6 bulan yang lalu. Tapi kini, kedua²nya dah terang² akui diorang sedang menjalinkan hubungan yang serius.



Fida dah la comel ! Mamat pulak pandai buat kelakar ! Memang sepadan la! Hubungan mereka berdua bermula sebagai kawan rapat setelah sama² mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang KL. Ketika itu Mamat Sepah masih belum menyertai Maharaja Lawak lagi. Namun lama kelamaan, hubungan setakat kawan biasa bertukar menjadi lebih serius. Lebih² lagi mereka berdua saling senang dan menyukai dengan sifat yang ada pada diri masing².



Sumber: Murai.com.my

P/S : Sama la kita doakan mereka ni smpai ke jinjang pelamin!

Babi di dalam menu bufet Ramadhan






KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. 

Sumber: Bernama



P/S : wat ape2 pon kena la peka dengan persekitaran..

PUASA DAN MAKAN!!

Sekarang ni bulan ramadhan. Hampir setiap hari pegi bazar ramadhan. Berduyun-duyun la orang pegi bazar ramadhan untk beli juadah berbuka puasa. Senang je, tunjuk, bayara bawak balik. Takyah nak pikir masak ape, balik tunggu ngap je.

Untuk orang bujang cam aku nih, lagi la mengharap bazar. kat umah dah terkulai layu je menunggu waktu berbuka, apetah lagi nak masak.. masak megi pon terasa cam masak kawah kat kenduri punye la liat time2 ramadhan.. (sila jangan contohi okay)

So macam-macam la makanan yang dijual kat bazar ramadhan. Tengok sure terliur punye. Dari masakan, minuman sampai la kuih muih sumenye ada la kat bazar ramadhan tu kan. Bile lapar ni, sume menda nak makan. Nafsu dah macam gajah jadinye. 




Kalo puasa, tapi time buka tu makan tak ingat dunia tak guna jugak kan. Maka berbukalah dengan makanan yang tak terlalu mengenyangkan. Supaya boleh la terawih.

kalo tak, di akhir ramdhan camni la jadinye.. puasa ke mana perut ke mana? hehe..

Tips paling berkesan nak beli juadah time berbuka
1) Bawak duit ngam-ngam je. (Nasik rm4 + Air rm1) 
takde duit, takde la nak beli lebih-lebih.
2) Beli time-time dah dekat nak bebuka. Haha. dah tau nak berbuka sure jalan laju punye kan.. takde la masa nak kaji lauk pauk yang ada kat bazar tu. mana sempat je yang wajib-wajib la yang akan dibeli.
3) "Esok pon boleh makan lagi..!" pikir la camni tiap kali terliur tu.. hehe.. moga-moga berjaya beli makanan yang cukup-cukup je bukan ikut nafsu!

cuba la tips2 ni.. untuk aku, rasanya dah berjaya kot.. hahaha.. cuba la kome-kome try pulak yer.. mana tau menjadi.. barulah ramadhan tu lebih kepada ibadah dari makan..

Selamat berpuasa okay!

Thursday, May 26, 2011

LIKE.. LIKE.. LIKE..

VOTE for this photo.. 
LIKE this link

thanks a lot for you supports..! Appreciate it so much!



It was the picture I shoot during Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74. A graduate jumping happily!

Saturday, May 21, 2011

Udey dan Kukubesi

Hari ni aku telah melapangkan diri untuk menghadiri kursus editing yang diajar oleh Kukubesi..Kursus start dari kol 9.00 pagi - 1.00 petang.. Memang sangat berbaloi la menghadiri kursus ni.. berbaloi dari segi harga (cuma MYR99 >> normal MYR250).. Lag pulak, modul yang diajar standard modul intermediate Kukubesi.. Which is SOOOOO WORTH IT!!! Dalam event tu jugakada ramai fotografer ternama akan datang untuk bagi talk. Tapi dorang akan datang esok la (ahad 22/05/2011).. tapi esok aku akan ke sekolah lain untuk belajar fotografi..


Kukubesi mengajar dengan cara yang fun dan really want the students to understand everything he teaches..Setiap soalan yang ditanya akan dijawab sampai faham.. Bagus! thumbs up..!! In the end, aku banyak belajar menda baru dalam editing Kukubesi style!

Sambil jalan2 kat booth-booth yang ada, terjumpa pulak booth Udey Ismail.. One of my favorite wedding photographer.. dia menjual buku nya "a picture worth thousand words".. normal price MYR100 tapi dia jual MYR80.. Aku beli satu dan mintak Udey tandatangan.. lagi pulak, bersembang dengan Udey, tanya pasal karier dia.. dan life dia.. Next year Udey nak kawen katanya, tapi taktau la bile.. dan taktau la sape yang shoot dia wedding.. Aku tanya "boleh tak nak tag-along dengan Udey".. tapi Udey kata dia tak buat camtu, ape yang dia boleh bagi ialah, dia dan Mukhriz akan buat TT dan discuss tentang fotografi as a businessman and photographer.. looking forward for that.. So, Udey amek necessary details untuk contact for the TT..





Berjumpa jugak dengan Alif dan Fixell.. sembang2 sampai ke malam.. pasal fotografi dan videografi.. KameraMin, Passionphoto dan Chateau Vids akan berkolaborasi sekali lagi untuk projek video.. maybe dalam 1-2 bulan ni la.. Can't wait for it..

Hari ini penat, tapi dapat banyak input untuk bawa KameraMin ke tahap yang lebih tinggi.. yeah!!

Thursday, May 12, 2011

Wawancara Sultan Kelantan ke-29


SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

■Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

■Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik.. Insya-Allah.

■Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

■Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah."

■Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

■Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

■Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

■Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

■Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara.

■Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

■Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

■Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

----------------

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.

free counters
Powered by Blogger.