.
.
(12/11/2009 - Rabu)
Menurut sumber, Apan (nama timangan mangsa) telah membonceng sebuah motorsikal dan dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 5 meter dari motosikal yang diboncengnya. Keadaan mangsa ketika kami berada di HTAR adalah dalam keadaan stabil. Namun begitu kami tidak dibenarkan melawat mangsa kerana beliau berada dalam Bilik Pembedahan (Operation Theatre). Selain kami, turut berada di HTAR untuk melawat mangsa adalah dua rakan sekolah kami (member MRSM) iaitu Ib (kelas lain) dan Asyikin (TenRox!). Mereka berdua juga turut sama tidak dibenarkan melawat mangsa memandangkan mangsa tiada di wad.
Ib memaklumkan bahawa Apan telah dibedah sekitar jam 4 petang dan pembedahan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam. Waktu melawat pesakit bagi HTAR adalah sehinga jam 7.00 malam sahaja. Jadi, kami berempat telah memutuskan untuk menunaikan solat maghrib di surau yang berdekatan dengan HTAR.
Selesai menunaikan solat, Apan masih lagi belum berada di wad. Kami mengambil keputusan untuk pulang. Jadi, sambil berjalan menuju ke kenderaan kami berbual-bua.. Agak lama aku tak bejumpa denan Asyikin dan Ib.. Lebih 5 tahun agaknya.. Sambil beorak sempat jugak amek gambar sebagai bukti kami telah datang ke HTAR untuk melawat Apan..
Akhir kata, aku doakan Apan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.. Amin..
.
.
0 comments:
Post a Comment