List Widget

.

Followers

Thursday, November 19, 2009

Inspiring Movie/Drama


.
.
Inilah senarai movie/drama yang bagi inspirasi kat aku selama yang aku pernah tonton ni. Jadi kalo yang tak pernah tengok tu, tontonlah yer. Yang penting, belilah yang original, hapuskan cetak rompak. Download itu makruh, mintak kawan itu harus.


Gridiron Gang



Kisah pasal jurulatih sekolah budak jahat yang bersungguh-sungguh train budak-budak jahat supaya ada matlamat untuk berusaha. Dia gunakan American Footbal sebagai medium untuk latih budak-budak jahat. Mula-mula sume berlagak samseng ingat dah bagus sangat, tapi bile in the 1st real game, dorang kalah teruk dan rasa sangat terhina, sume menangis tepi padang dan dari situ barulah dorang sedar untuk berusaha.. Sehinggalah dorang berjaya masuk state league dengan hanya bermula dari imej jahat.

Inspirasi - Budak jahat pon boleh berjaya bila berusaha. aku mesti boleh jugak.


GoodLuck



Kisah seorang pilot muda yang sengal-sengal dan amek mudah kerja pilot. Jumpa pulak dengan senior pilot yang straight giler dan sangat linean dan tak bagi peluang untuk sebarang kesilapan. Dia kena detention keje oleh pilot senior ni, tapi di akhir cerita dia memang mempunyai passion dan attitude seorang pilot yang bagus. Dia berhenti hisap rokok, berhenti minum. Even when it comes to the worst part, dia eksiden masa buat latihan kecemasan. Doktor kata dia tak boleh dah bawak kapal terbang, tapi dia berusaha sungguh-sungguh untuk pulih dan dapat jugak bawak kapal terbang.

Inspirasi - Kalo dah minat sesuatu kena la buat berhabis-habisan sampai berjaya


Pride



Pride ni pulak cite pasal seorang lelaki yang tak amek port pasal perempuan. Dia jugak seorang pemain hoki berbakat besar dalam Liga Hoki Jepun. Dia ni suka-suka je kapel dengan pompuan, just for fun. Dia ni pon layan pompuan pon nak tanak jer.. Xreti la bab-bab cinta, yang dia tau nak main hoki ais jer.. tapi bile dia kapel dengan Aki dia pon
 mula berubah hati. Dia jadik betul-betul sayang kat Aki sebab Aki ni old fashion lady. Jenis yang setia, pendek cite pompuan baik la, banyak ajar dia camne nak layan pompuan baik-baik.. Toward the end of the story, dia memang jatuh cinta habis la dengan Aki, berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkan Aki. Dia siap pukul boifren Aki yang dah cederakan Aki. Memang sayang sangat la time tu, sampai masuk penjara dan menyebabkan karier hoki ais dia berakhir macam tu je.. Tapi sebab sayang dia tak heran pon sume tu.
Last sekali, dia jadik first japanese to play in Canada National Hockey League (NHL). Balik Jepun selepa habis musim, dan officially mintak kapel dengan Aki. di bawah sinaran bunga api.

Inspirasi - kalo dah tak reti bercinta kalo betul-betul sayang, mesti automatik boleh jadi lover.. Provent


1 Liter of Tears



Yang ni pulak bersesuaian dengan tajuk. Memang seliter la air mata yang keluar untuk setiap episod. Mengisahkan seorang anak gadis dari keluarga sederhana yang terkena sejenis penyakit berkaitan sel. Penyakit ni menyebabkan sel makin lama makin lemah, jadik anak gadis ni makin lama makin hilang keupayaan badan dia. mula-mula dia punya refleks jadi lembab, pastu tangan dia dah tak boleh tulis dengan betul.. sampai la kaki dia pon takleh jalan dengan baik. Dia menulis setiap hari dalam diari, tentang kehidupan dia, tentang perasaan dia menghadapi sakit. hasil tulisan diari tu diterbitkan setiap minggu. akhir cerita memang sangat-sangat sedih, dia mati walopon sentisa berusaha untuk pulih dan jalani terapi.. tapi kat kubur dia beribu orang datang untuk bagi penghormatan terakhir.. sedar tak sedar, hasil tulisan dia tu bagi inspirasi kepada ramai orang. 

Inspirasi -  Orang yang sakit nak mati pon masih berusaha mengisi kehidupan supaya jadik bermakna.. aku pon nak hidup dengan penuh makna


Hanazakari No Kimitachi e



Drama ni la paling 'menyayat' hati.. Tak kering gusi kalo tengok.. Cerita ni komedi fiksyen, tapi yang membuatkan cite ni menarik ialah mimik muka watak-watak dia. Sume benda dilakukan oleh sume orang dengan gembira dan riang.. Sangat-sangat riang semua watak dalam cite ni. Kalo takde mood je kat bilik (masa diploma dulu) kitorang akan pasang drama ni, then bile sampai je lagu tema dia (Ikenai taiyou - Orange Range).. Maka kitorang akan terus jadi bersemangat dan melalak nyanyi lagu tu.. Aku rasa drama ni memang sentese boost semangat aku untuk sentese ceria dan menceriakan orang lain..

Inspirasi - Kerana kengkawan, aku selalu ceria.. Jadi, aku nak kengkawan aku ceria sebab aku. Ceria bile pikir pasal aku

buat masa ni tu la movie/drama yang aku berjaya pikir. sebenarnye banyak lagi drama yang inspire kehidupan aku ni. tapi tak teingat aku kepada semuanya.. mungkin di lain masa aku ceritakan okay..
.
.
________________________________________________________________

1 comments:

therosputih said...

sume citer berepisod, panjang2...selamat menambah lagi koleksi cite peberet...

free counters
Powered by Blogger.