List Widget

.

Followers

Thursday, October 29, 2009

Konvo

.
.
Konvo
Semalam (18/10/2009 – Ahad) pegi konvo adik aku, amirul.. dari minggu lepas dia pesan “Abg, hang nanti pakai baju smart2 ok.. Nanti nak tangkap gambar potret hang pakai jubah”.. Dah dekat setengah tahun aku konvo.. masa tu aku takde hati nak konvo pon.. sebab tu aku tak pernah cerita pasal konvo.. tibe2 adik aku bersemangat dan sangat beriye-iye suruh aku amek jugak gambar potret tu..Dia konvo sesi petang.. Pagi-pagi lagi dia dah bangun sebab dia nak amek gambar formal (yang ada rak buku tipu-tipu tu).. Sebelah pagi tak ramai dan tak panas nak menunggu amek gambar tu..
Mohd Amerul Radzuan - Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Masa pagi tu sampai kat ruang legar Bangunan Sultan Abdul Samad orang masih tak ramai kebanyakannya iu bapa yang membeli jambangan bunga untuk para graduan.. Pegi la cari mini studio yang boleh bagi offer yang bersesuaian.. Pusing-pusing, sume studio pon harga yang sama.. macam berpakat je dorang ni sume.. Tapi ada satu studio ni yang ada background yang unik.. Biasanya gambar rak buku la kan.. tu dah terlalu biasa.. Tapi studio ni punye background ialah rak buku jugak, tapi yang uniknye, kedudukan rak tu sebelah jendela.. lain dari yang lain.. belum pernah tgk la senang citer.. maka dengan riak dan takburnya kerana tertawan akan background tipu tu kitorang pon confirm nak shoot gambar kat situ..Ingatkan dah selesai masalah.. tibe2 umi plak nak amek gambar family yang dua2 (aku dan amirul) pakai jubah.. tak ke haru namanya.. mana nak carik jubah lagi satu.. tibe2 ada la kawan amirul y tgh shoot jugak, terus mintak pinjam jubah dan mortar board dia.. bersama0sama jambangan bunga orang tu.. tak cukup dengan itu, bear pon pinjam skali.. nasib baik dia tak pinjamkan kaki dia, kalo tak berbekas perut dengan tapak kasut..
menarik kan background potret ni..
Dah abis photo shoot tu, amirul terus beratur menunggu istiadat bermula.. konvo kali ni aku panggil sebagai “konvo kena kejar dengan kerbau pendek”.. nape? Sebab konvo kali ni takde sebut pon nama graduan yang terima skrol.. ada ke patut.. kuar nama kat Slide, graduan pon jalan dan amek skrol.. Padahal sebut nama tu la yang buatkan majlis tu bermakna.. nak terima sijil anugerah pengawas kat sekolah pon ada cikgu sebut nama.. Ni orang yang dah graduate setelah study bertahun-tahun pon tak sebut nama.. sebenarnye bukan ape.. time aku menunggu turn nak amek skrol tu, memang bosan.. camne nak hilang kan bosan? Dengar la nama-nama yang tak pernah dengar.. Sinut anak Ganti.. bile kuar je nama pelik2, kitorang yang kat bawah ni ketawa la berdekah-dekah.. tak la bosan sgt.. kalo diam je.. mati kutu (tapi bagus la untuk orang yang banyak kutu).. Ape2 pon aku tak setuju istiadat ni tak sebut nama.. kalo nak cepat, nak kejar masa.. tambah la sidang.. sume graduan bayar tau.. lagipon konvo sekali je seumur hidup.. mana ada orang konvo Diploma Kejuruteraan Mekanikal dua kali.. tebiat namanya kalo ada..
Dah, abis cerita pasal istiadat.. Lepas je abis konvo.. amirul dah plan dengan kawan dia untuk amek gambar free lens kat dalam area UiTM ni.. tibe-tibe tak jadik plak, sedih mirul.. demi tak nak menyedihkan dia, aku pon pergi la tanya kat photographer yang byk terdapat di sekitar kawasan tu.. Ada rezeki, sorang budak pomuan ni bernama Ira sudi nak jadik photographer kitorang.. Mula-mula amek gambar kat pentas.. kat situ ada tulis Istiadat Konvokeysen ke-71.. kat situ ramai giler la graduan dan ahli keluarga beratur bersusun nak amek gambar atas pentas tu.. kitang pon beratur la jugak.. Bile sampai turn kitorang, kitorang pon beraksi la atas stage tu.. macam-macam post kitorang buat.. post yang menarik la.. tak main la post jenis bersanding tu.. kitorang bergaya bebas..
Ramai yang tergelak je tengok kitorang satu keluarga beraksi.. lepas kitorang turun je baru le orang lain pon nak buat-buat aksi jugak.. tapi bile namanya pon buat-buat.. tak menjadi la, mereka termalu sendiri.. hehe.. lamajugak kitorang atas pentas tu.. kepada sume yang menungu hari tu, kami sekeluarga memohon maaf.. konvo bukan selalu, lagipon kitorang datang cepat.. tanak tunggu lama, datang awal-awal..
Lepas tu baru la pergi ke kawasan-kawasan sekitar UiTM.. berbagai aksi berbagai gaya.. tah berapa ratus gambar yang telah dirakam sebagai kenangan.. berikut adalah di antara gambar-gambar yang akuras nak masukkan dalam blog ni.. nak letak sume kang amek masa 2 hari nak upload..
dicelahan pokok pon boleh je nak beraksi

Gambar yang belah atas ni amek dekat depan Bangunan Sultan Abdul Samad.. Kat bahagian air pancut tu.. ambar-gambar yang belah bawah ni amek dekat dengan Bangunan Canselori.. Gambar yang kat atas bukit tak sempat nak upload.. lagipon banyak gambar Amirul je.. (jeles)

me and my lovely mom

Habis sesi free lens tu, kitorang pergi makan kat Restoran Syed Seksyen 3.. Restoran ni a yang kitorang akan bertandang sekeluarga, dari kecik-kecik panjat meja, sampai la besar panjang, panjang dari meja.. Amirul pakai jubah dengan mortar tau makan kat restoran tu.. Nampak ape agak-agaknye bile Amirul pakai camtu pergi makan kat restoran? Nampak penipu la..
Jadi hargailah setiap keping gambar yang anda rakamkan.. Sebab saat tu takkan berulang lagi, dan kalo lain kali nak amek gambar camtu jugak.. Tak Dapek La Den Nak Nolong.. takdo laie yo.. .
.

2 comments:

therosputih said...

cantik2 ah gambar sume...suke y part bile mother and father buat aksi sama2 ngan anak...wish congrate kat adiknye ye...

Unknown said...

i guess berbaloi la amek photographer.. once in a lifetime..

our parent memang supporting la buat aksi2 camtu.. hehe.. sekali sekala.. jadik center of attention..

dah ucap dah tahniah tu..

free counters
Powered by Blogger.