Papa-dom (macam king-dom).. takpon boleh di definisikan papadom (makanan yang dimakan bersama-sama nasi kandar - sedap, rangup, masin, layan...)
aku rasa kebanyakan orang dah pon tengok citer ni.. aku baru je dapat peluang tengok citer.. storyline citer ni sangat simple. Kisah seorang bapak yang sangat-sangat nak menjaga anak perempuan tunggalnya. Dari sekolah sehinggalah sampai ke universiti. Walopon secara logiknya takde la pon sesiapa akan buat ape yang Encik Saadom ni buat, tapi attention yang dia bagi kat anak perempuannya Miasara sangat la tinggi.
Bayangkan ada bapak yang jadik bodygurad yang sentese jaga 24/7 dan amek tahu semua hal-hal peribadi anak sendiri. Ikut anak pergi sekolah, hantar sampai masuk dalam kelas, time recess pon bawak bekal nasi kandar temankan makan. Time dah masuk U plak, ikut anak pergi dating. Siap tau jadual kelas Mia, ish3 impressive betol. For some people, it maybe a horror situation tapi kalo pikir side Encik Saadom ni memang la patut buat camtu. Anak dah la satu, isteri dah takde. Kalo ape2 jadik, nyesal tak sudah.
5 minit terakhir cite ni memang sangat mangharukan. akhirnya Mia boleh terima hakikat yang ayah dia ni syg sangat2 kat dia sebab tu sampai macam tu jadinya. Anak buat filem pendek untuk bapak.
Bak kata Mat : "Wajib Tayang"
dan aku pulak kata "Wajib Tonton"
Berbaloi filem ni menang Festival Filem Malaysia