List Widget

.

Followers

Thursday, November 19, 2009

Inspiring Movie/Drama


.
.
Inilah senarai movie/drama yang bagi inspirasi kat aku selama yang aku pernah tonton ni. Jadi kalo yang tak pernah tengok tu, tontonlah yer. Yang penting, belilah yang original, hapuskan cetak rompak. Download itu makruh, mintak kawan itu harus.


Gridiron Gang



Kisah pasal jurulatih sekolah budak jahat yang bersungguh-sungguh train budak-budak jahat supaya ada matlamat untuk berusaha. Dia gunakan American Footbal sebagai medium untuk latih budak-budak jahat. Mula-mula sume berlagak samseng ingat dah bagus sangat, tapi bile in the 1st real game, dorang kalah teruk dan rasa sangat terhina, sume menangis tepi padang dan dari situ barulah dorang sedar untuk berusaha.. Sehinggalah dorang berjaya masuk state league dengan hanya bermula dari imej jahat.

Inspirasi - Budak jahat pon boleh berjaya bila berusaha. aku mesti boleh jugak.


GoodLuck



Kisah seorang pilot muda yang sengal-sengal dan amek mudah kerja pilot. Jumpa pulak dengan senior pilot yang straight giler dan sangat linean dan tak bagi peluang untuk sebarang kesilapan. Dia kena detention keje oleh pilot senior ni, tapi di akhir cerita dia memang mempunyai passion dan attitude seorang pilot yang bagus. Dia berhenti hisap rokok, berhenti minum. Even when it comes to the worst part, dia eksiden masa buat latihan kecemasan. Doktor kata dia tak boleh dah bawak kapal terbang, tapi dia berusaha sungguh-sungguh untuk pulih dan dapat jugak bawak kapal terbang.

Inspirasi - Kalo dah minat sesuatu kena la buat berhabis-habisan sampai berjaya


Pride



Pride ni pulak cite pasal seorang lelaki yang tak amek port pasal perempuan. Dia jugak seorang pemain hoki berbakat besar dalam Liga Hoki Jepun. Dia ni suka-suka je kapel dengan pompuan, just for fun. Dia ni pon layan pompuan pon nak tanak jer.. Xreti la bab-bab cinta, yang dia tau nak main hoki ais jer.. tapi bile dia kapel dengan Aki dia pon
 mula berubah hati. Dia jadik betul-betul sayang kat Aki sebab Aki ni old fashion lady. Jenis yang setia, pendek cite pompuan baik la, banyak ajar dia camne nak layan pompuan baik-baik.. Toward the end of the story, dia memang jatuh cinta habis la dengan Aki, berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkan Aki. Dia siap pukul boifren Aki yang dah cederakan Aki. Memang sayang sangat la time tu, sampai masuk penjara dan menyebabkan karier hoki ais dia berakhir macam tu je.. Tapi sebab sayang dia tak heran pon sume tu.
Last sekali, dia jadik first japanese to play in Canada National Hockey League (NHL). Balik Jepun selepa habis musim, dan officially mintak kapel dengan Aki. di bawah sinaran bunga api.

Inspirasi - kalo dah tak reti bercinta kalo betul-betul sayang, mesti automatik boleh jadi lover.. Provent


1 Liter of Tears



Yang ni pulak bersesuaian dengan tajuk. Memang seliter la air mata yang keluar untuk setiap episod. Mengisahkan seorang anak gadis dari keluarga sederhana yang terkena sejenis penyakit berkaitan sel. Penyakit ni menyebabkan sel makin lama makin lemah, jadik anak gadis ni makin lama makin hilang keupayaan badan dia. mula-mula dia punya refleks jadi lembab, pastu tangan dia dah tak boleh tulis dengan betul.. sampai la kaki dia pon takleh jalan dengan baik. Dia menulis setiap hari dalam diari, tentang kehidupan dia, tentang perasaan dia menghadapi sakit. hasil tulisan diari tu diterbitkan setiap minggu. akhir cerita memang sangat-sangat sedih, dia mati walopon sentisa berusaha untuk pulih dan jalani terapi.. tapi kat kubur dia beribu orang datang untuk bagi penghormatan terakhir.. sedar tak sedar, hasil tulisan dia tu bagi inspirasi kepada ramai orang. 

Inspirasi -  Orang yang sakit nak mati pon masih berusaha mengisi kehidupan supaya jadik bermakna.. aku pon nak hidup dengan penuh makna


Hanazakari No Kimitachi e



Drama ni la paling 'menyayat' hati.. Tak kering gusi kalo tengok.. Cerita ni komedi fiksyen, tapi yang membuatkan cite ni menarik ialah mimik muka watak-watak dia. Sume benda dilakukan oleh sume orang dengan gembira dan riang.. Sangat-sangat riang semua watak dalam cite ni. Kalo takde mood je kat bilik (masa diploma dulu) kitorang akan pasang drama ni, then bile sampai je lagu tema dia (Ikenai taiyou - Orange Range).. Maka kitorang akan terus jadi bersemangat dan melalak nyanyi lagu tu.. Aku rasa drama ni memang sentese boost semangat aku untuk sentese ceria dan menceriakan orang lain..

Inspirasi - Kerana kengkawan, aku selalu ceria.. Jadi, aku nak kengkawan aku ceria sebab aku. Ceria bile pikir pasal aku

buat masa ni tu la movie/drama yang aku berjaya pikir. sebenarnye banyak lagi drama yang inspire kehidupan aku ni. tapi tak teingat aku kepada semuanya.. mungkin di lain masa aku ceritakan okay..
.
.
________________________________________________________________

Friday, November 13, 2009

KameraMin

.
.
Announcing the new photography blog by me.
I called it KameraMin..

Why KameraMin?

It's simple, we all know CAMERAMAN, rite?
Put my name MIN instead of MAN.. you'll get KameraMin.. :)

I have been waiting to come out with a blog all
about photography and how much I'm interested in it.




Now, I think it's the best time to launch it.
The blog banner's photo was taken by
Aizzat Othman (Bajat) when we were at KLCC park at 1.00 am.
The park was closed and we have a very minimal light souce,
so he decided to take my picture near a sidewalk light..
Bajat, a friend of mine and also a photographer.
I must say that he's also a mentor
and a big helping hand for me until now.

So, I'm doing photography of several occasions

Wedding
Engagement
Kids
Commersial

with reasonable service charge for everyone.
complete with album in various sizes.
You can even have you own saiz if you wish to have.

Feel free to web through
.
.

Thursday, November 12, 2009

Adik dan Harian Metro

.
.
Pagi ni, tengah-tengah facebook dengan Ain, tibe adik buat iklan..

adik kata "Tengok Harian Metro mukasurat 9"

dari pagi terfikir.. ape yang adik suruh tgk dalam paper tu..? google la tenet.. g website Harian Metro.. ada maca-macam cerita, so tak tau nak agak ape yang adik suruh tengok sebenarnya..

Last2 skali time petang tu baru la ada peluang nak baca.. time dekat-dekat kol 6 petang ada pergi kat Seksyen 2 nak amek namecard.. pastu beli la Harian Metro.. bile carik-carik mukasurat 9.. "OOOOHH, Cerita ni rupanya.." akhirnya terjawab jugak teka-teki yang bermain kt kepala aku ni..

Kepada sape yang takde peluang nak baca.. sila la baca dibawah ni yer..



RUGI...Norhafizah di samping dua anak kecilnya menunjukkan laporan polis.



SEREMBAN: “Sebaik pulang, saya dapati dua anak kecil menangis hingga bengkak mata selain keadaan rumah berselerak,” kata seorang jurutera Pertonas yang menjadi mangsa ‘kebas dan cabut’ pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang, Selangor. Norhafizah Baharuddin, 29, berkata bayi lelakinya berusia empat bulan dan anak sulung berusia satu tahun 10 bulan menangis tidak henti-henti ketakutan kerana ditinggalkan bersendirian.



“Keadaan dalam rumah saya pula seperti dimasuki pencuri kerana semua bilik dan almari digeledah dipercayai dilakukan pembantu rumah.

“Selepas diperiksa, saya mendapati beberapa barang seperti telefon bimbit, jam tangan, pakaian dan kamera digital bernilai lebih RM5,000 hilang dan saya mengesyaki perbuatan itu dilakukan pembantu rumah,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang, dekat sini, semalam.



Dalam kejadian 29 Oktober lalu, pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Rika Hardianti, 21, dari Medan, yang baru bekerja tiga hari di rumah mangsa melarikan diri bersama sejumlah barang. Lebih keji apabila wanita itu turut meninggalkan dua anak majikannya bersendirian dalam rumah yang dikunci. Menurutnya, pada hari kejadian, dia meninggalkan rumah bersama suami, Muhammad Yusry Muhamad Najib, 30, untuk keluar bekerja kira-kira jam 7 pagi dan meninggalkan pembantu rumah itu bersama dua anak lelaki.



“Saya bersama suami pulang ke rumah pada waktu makan tengah hari untuk menjenguk anak sebelum terkejut dengan kejadian yang berlaku.



“Dia (pembantu rumah) nampak baik dan kedua-dua anak saya sukakannya dan kami melayannya dengan baik. Tak sangka dia mempunyai niat tersembunyi walaupun baru tiga hari bekerja,” katanya.



Katanya, dia mengambil pembantu rumah itu melalui agensi pembantu rumah dengan bayaran kira-kira RM6,500 dua minggu lalu. Menurutnya, dia dan suami sudah membuat aduan kepada ejen berkenaan dan difahamkan wanita itu baru beberapa minggu datang ke negara ini.



"Saya dan suami berusaha mengesannya melalui nombor telefon bimbit suami yang digunakannya untuk menghubungi seseorang, namun menemui jalan buntu.



“Kami percaya pembantu rumah itu melarikan diri dengan bantuan orang lain,” katanya.



Katanya, semua dokumen termasuk pasport wanita itu ada disimpan agensi pembantu rumah berkenaan.

Berikutan itu, suaminya membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari kejadian bagi memaklumkan perkara itu.

Menurutnya, sebelum ini, seorang pembantu rumahnya juga dari Indonesia yang belum tamat kontrak pulang ke negara asal untuk melihat bapanya yang sakit dan tidak pulang selepas itu.
.
.




Niat baik tapi takde rezeki

.
.
(12/11/2009 - Rabu)

Aku dan Qayyum telah menuju ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekitar jam 6.00 petang. Hospital tersebut sedang menempatkan seorang rakan kami yang terbabit dalam kemalangan pada 10 November 2009. Kami tiba di perkarangan HTAR tepat jam 7.00 malam. Yati yang dari pagi lagi ingin menziarahi Apan tapi tidak dapat berbuat demikian kerana dia datang dari Bangi da tidak akan sempat tiba di HTAR sebelum waktu melawat tamat.

Menurut sumber, Apan (nama timangan mangsa) telah membonceng sebuah motorsikal dan dilanggar  dari belakang oleh sebuah kereta menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 5 meter dari motosikal yang diboncengnya. Keadaan mangsa ketika kami berada di HTAR adalah dalam keadaan stabil. Namun begitu kami tidak dibenarkan melawat mangsa kerana beliau berada dalam Bilik Pembedahan (Operation Theatre). Selain kami, turut berada di HTAR untuk melawat mangsa adalah dua rakan sekolah kami (member MRSM) iaitu Ib (kelas lain) dan Asyikin (TenRox!). Mereka berdua juga turut sama tidak dibenarkan melawat mangsa memandangkan mangsa tiada di wad.

Ib memaklumkan bahawa Apan telah dibedah sekitar jam 4 petang dan pembedahan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam. Waktu melawat pesakit bagi HTAR adalah sehinga jam 7.00 malam sahaja. Jadi, kami berempat telah memutuskan untuk menunaikan solat maghrib di surau yang berdekatan dengan HTAR.

Selesai menunaikan solat, Apan masih lagi belum berada di wad. Kami mengambil keputusan untuk pulang. Jadi, sambil berjalan menuju ke kenderaan kami berbual-bua.. Agak lama aku tak bejumpa denan Asyikin dan Ib.. Lebih 5 tahun agaknya.. Sambil beorak sempat jugak amek gambar sebagai bukti kami telah datang ke HTAR untuk melawat Apan..

Akhir kata, aku doakan Apan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.. Amin..
.
.
free counters
Powered by Blogger.