List Widget

.

Followers

Saturday, July 25, 2009

BBQ Gathering

.
.
(24 July 2009 - Friday)

BBQ Gathering.. “Pertemuan BBQ”

Actually, this is the first time that we did a BBQ Gathering.. Normally our gathering is all about hanging out minum-minum, makan-makan.. But this time, the organizer Cik Hamizah binti Adnan made a twist by having a BBQ Gathering.. Weeks before the BBQ she told me about it, so what can I do.. As usual I’ll be there where the gathering is.. haha..

Few days before the BBQ, I was officially appointed as the PR... haha.. Meeza told me to invite all TenRox! to come.. so I tried to invite them all.. through phone and Facebook..

Hmm.. The day has come, tonight is the BBQ.. So, in the early morning Hilal called me to pick me up so that we can go to Meeza’s place to marinade the beef and lamb steaks.. But he couldn’t reach me because I was still asleep in the ‘early morning’ at 9.00am.. ‘Early’ la sangat.. lepas tu time Meeza call I was awake and answer her phone call and prepare myself.. Hilal pick me up from UiTM and we went to Meeza’s home at Kelana Jaya.. Meeting Hilal after 3 years, Hilal doesn’t change much.. His hair is still long up to his shoulder.. naturally rebonding.. Haha.. budak2 pompuan makan hati je tengok rambut Hilal lurus macam tu, lagi sakit hati sebab Hilal tak payah g saloon pun.. Baru la perasan, dari tadi speaking omputeh.. Haha.. Bile masuk tenet je ada tendency nak speaking sebab piker semua menda kat tenet ni omputeh.. search pun mostly dalam bahasa omputeh..

Bile sampai rumah Meeza, kitorg pun start la marinade.. hehe.. kitorang la sangat.. Hilal yang marinade, aku tengok jer dia campur ramuan.. Tak tak tak.. Aku pun tolong jugak.. Tolong tengok!!

Dah petang sikit tu kitorang keluar pergi amek Qayyum pulak.. Amek Qayyum kat LRT Taman Bahagia.. Hilal sepanjang masa dari angkat telefon, dia cakap keling dengan Qayyum.. Mentang-mentang la dia tu black color.. haha.. Time amek Qayyum tu, Bajat telefon.. Dia kata dia datang malam, aku suruh dia datang awal..
.
Dia kata “Aku datang lepas Asar..”

Okay.. Bile Qayyum ada, kitorang start susun meja, susun kerusi.. pastu sementara nak tunggu malam, nak tunggu semua orang datang, kitorang tengok movie.. Masa Solat Asar tu nenek Meeza soh Qayyum baca doa selamat lepas Solat Maghrib nanti.. menggelabah Qayyum mintak Yaasin dari Meeza.. Hehe.. Macam la x pernah baca.. Mungkin nenek Meeza yang mintak buatkan dia menggelabah.. Qayyum, Qayyum.. masih ada gelabah-gelabah lagi.. seperti 6 tahun lalu..

Bile dah malam, kitorang mula la nak bakar arang.. start pukul 7.00 malam.. Hilal la head of chefs.. dia pun mula bakar.. Arang tu senang terbakar tapi susah nak jadi bara.. kejap2 terpadam.. Terima kasih ye Encik Hilal sebab bagi idea beli arang yang canggih sangat tu.. Rupe-rupenye arang tu bukan arang kayu tapi arang batu.. (Arang batu ni orang gune nak bakar dalam power generator nak hasilkan tenaga elektrik)
.
"Ko ingat kita nak hidupkan Power generator ke, Hilal??"

Patut la punyer susah nak jadi bara.. bila masak jer, letak daging BBQ pastu tinggal, lepas 10 minit padam.. so, terpaksa la kena letak kipas angin supaya sentiasa je arang tu ada api..
.
BBQ guna arang Batu.. Canggih tak??

kitorang Solat Maghrib.. Al-ustaz Qayyum pon baca do selamat dengan bantuan buku Yaasin..
.
"Ni blom bapak mertua ko suruh baca doa qunut lagi nih"..
.
Lepas habis Solat je, Bajat pun sampai.. ni la yang dimaksudkan
.
“Aku datang lepas Asar”..
.
Hahaha.. Banyak la ko punyer “Lepas Asar”
.
Bila time dah lepas Isyak tu ramai la datang... one by one... mula-mula Pali... pastu yang lain-lain la... paling best, time Delima datang dengan suami dia Yusuf Warda... Delima baru je seminggu akad nikah dan kenduri belah pompuan... kitorang menyakat Qayyum la... Dulu Qayyum pernah ada hati kat Delima... Gitu-gitu je la... No big deal... Tapi untuk kitorang, a small match can spark a big fire... Haha.. point besar la ni.. So keluar la ayat-ayat ni..

“Weh, tu rival ko dah sampai..
Ape lagi belasah ar”

“Ni la time ko tunjukkan cinta sejati ko kat Delima,
ko cerita semua perasaan ko kat Delima.. Mana tau dapat balik ke?”

“Habis la ko, suami Delima tu mesti nak sekeh ko
sebab ada hati dengan bini dia..
kitorang tolong tengok je kalo ko kena”
.
.
Delima yang pakai baju kotak-kotak dan sebelah dia tu la Yusuf Warda..
saja soh dorang duduk berdua camtu.. sebab kitorang ada sesi soal jawab..
.
Delima dengan Yusuf adalah center of attention la untuk gathering kali ni.. Sebab masa dorang kenduri kawen kat Taiping, ramai yang tak dapat pergi sebab jauh.. Gathering kali ni nak bagi peluang Delima introduce Yusuf.. Yusuf ni mix Melayu dengan English.. Aku dah risau pikir nak speaking omputeh ni.. tapi Yusuf fluent cakap Melayu sebab masa umur 10 tahun dia dok Malaysia dan belajar kat SBP.. Hmm.. Sweet je delima dan yusuf.. malu-malu kucing nak bercinta depan kitorang semua..

makan-makan, ngumpat-ngumpat, gelaaaaak... tak ingat dunia..
.
Yang datang gath malam tu.. Aku, Meeza, Meera, Delima dan Yusuf, Apan, Pali, Bajat, Hilal, Qayyum, Sakinah, Zuain.. lebih dari 12 orang.. Makan BBQ banyak gler.. tapi lebih makanan dari orang yang datang.. Time BBQ tu makan sambil menyembang sambil gelak-gelak tak ingat dunia.. Siap ada kereta polis lalu lagi.. ingatkan polis dah ronda-ronda semua orang akan jadi kurang bising.. rupenye, polis datang tu, tolong tambah bising.. lagi menjadi gelak ketawa semua orang.. Sori yer jiran-jiran tetangga Hamizah.. Actually rumah Hamizah tu corner lot, ada tanah lapang.. sebelah rumah jalan, pastu sebelah jalan tu, ialah jalan besar.. bising pun taklah sampai ganggu (pendapat aku la)

So, camne nak habiskan.. lepas pukul 11 malam Delima, Zuain, Meera dah balik.. Delima keesokannya nak kena bertolak pergi Taiping. Zuain nak kena pergi jumpa kawan dia.. Meera kena pulang ke rumah sebab dia janji sampai pukul 9.30 je dia ada kat rumah Meeza.. So, kitorang kemas-kemas kat luar rumah.. Dan yang masih tak balik tu, kitorang lepak kat bilik home theatre.. Kitorang borak2 sembang2.. sambil makan ape yang masih ada lagi..

nak amek gambar beramai-ramai.. tapi gambar tu ada kat hilal tak sempat upload..

Kat dalam tu sempat pulak nak wat mini klinik... Mula-mula Meeza keluarkan Stetoskop dia.. Apan try nak dengar bunyi jantung dia, pastu sorang2 soh Meeza atau Bajat check kadar denyutan jantung.. pastu dorang bagi komen.. pastu bermulalah sesi mini klinik.. soalan pasal healthcare mencurah2 semua nak tanya pasal penyakit ni la.. penyakit tu la.. operation ni la.. operation tu la.. haha.. beria-ia je bertanya.. Dr. Bajat dan Dr. Hamizah bertungkus lumus berbincang dan menjawab soalan yang ditanya.. Maka keluar la semua bahasa-bahasa medic.. Aku dan yang lain-lain nganga je la bile dengar dorang cakap..
.
Then aku akan tanya
“Boleh tak cakap dalam bahasa rakyat jelata”

Dekat-dekat pukul 2 masing-masing still tak nak balik lagi.. hmmm.. Kali ni tengok video Vacation Pengkalan Balak.. Vacation ni kitorang buat masa Form 5 kat Jasin.. Kitorang plan untuk overnight kat Pengkalan Balak, Melaka.. Tengok la video tu, happening je semua orang time tu.. Masing-masing tak percaya bile tengok perangai masa zaman sekolah.. hahaha..

Salah satu aksi ketawa yang tak terkawal..

Sepanjang video tu semua keje nak hepi jer.. takde langsung pikir pasal masa depan, pikir pasal belajar sungguh-sungguh.. pikir nak seronok jer zaman sekolah dulu.. hahaha.. esok exam pon gelak sakan lagi..
Teringat zaman sekolah, budak lelaki dengan hobi buat bising, nyanyi dalam kelas, buli Apan, buli Amir Faruqi (budak kelas sebelah yang sentiasa melepak kelas kitorang lepas habis prep).. Mengutuk Odeen (hot stuff).. Hahaha..

Bile dah habis tengok video tu.. jam dah dekat 4 pagi.. baru la kitorang semua beransur pulang.. Sakinah yang kata xle stay lama-lama pun leh tersangkut.. Camtu la penangan TenRox! Actually, ni third time Sakinah datang gath..

Dulu dia dok Pahang susah sket nak datang.. Sekarang dia praktikal kat area KL, leh la datang gath.. Aku dengan Qayyum tumpang tido kat rumah Hilal.. Nak masuk UiTM pukul 4 pagi, mau pak guard halau.. hehe.. Tido la rumah Hilal.. Hilal bawak keta leh tahan jugak lajunye.. Tak sampai pukul 5 dah sampai rumah Hilal kat area Klang..

Begitulah kisah BBQ TenRox!..
.
.

0 comments:

Powered by Blogger.