List Widget

.

Followers

Wednesday, April 22, 2009

First Wedding of Ten ROX!!

Hari ni Ahad (19/4/2009) pegi wedding Yaya.. Yaya ialah kawan yang kenal masa skola kat MRSM Jasin dlu.. Rakan kelas 10 atau TEN ROX!! Yaya ni jugak ialah teammate masa buat tesis.. Hari ni Yaya punyer wedding day belah suami dia, Hafizal.. Wedding day belah Yaya ialah ahad minggu lepas, tapi tak jadi pergi sebab sume yang plan nak pegi, Meeza dengan Bad ada masalah masa last2 minute.. So kitorang tak jadik la pegi.. Sian Yaya, tertunggu-tunggu kitorang minggu lepas.. Rasa bersalah tak pergi wedding Yaya since Yaya ialah first classmate yang kawen.. She broke the nutshell of marriage for TEN ROX!!.. Hehe..

Actually, dulu-dulu ada jugak bersembang-sembang dalam kelas.. Sape yang akan kawen first antara kitorang sume.. Mula-mula yang Nampak akan kawen dulu ialah Bad, sebab Bad ni playboy.. Asek awek je.. Time tu nama glamer awek dia ialah Fantagiro (watak dalam muvi Cave of Golden Roses)… Lain dari Bad, kitorang rasa Ezatul Hamtaro pon boleh jadik calon.. Sebab Eza ni, dia ni time tu ada hati nak kawen dengan anak owner Habib Jewel.. Kui kui kui.. Tapi, aleh-aleh Yaya yan kawen dulu.. tak sangka langsung sebab Yaya ni pendiam jer kat kelas dulu, tak banyak cakap.. Even masa sembang-sembang time buat tesis pon tak banyak cakap jugak.. Friendly, periang.. camtu la.. Tak sangka plak Yaya yang kawen dulu..

Hari ni datang wedding Yaya ni dah kire mesti la, kire peluang kedua, sebab aritu dah tak jadik.. So, plan la reramai, tapi aku dengan Bajat je yang free dan boleh datang.. Akhirnya ahli Partition Lahanat (Min dan Bajat) yang masih bersama-sama dan bersatu hati nak pergi wedding Yaya.. Kitorang pon datang la.. Sebelum sampai tu sesat, agak sejam jugak la sesat.. Aku jadik navigator dan Bajat bawak keta.. Akhirnya sampai jugak, sesudah encik polis yang bagi tunjuk arah.. (kesimpulannya : tak tau jalan.. terus tanya encik polis, jangan tunjuk terer).. Time sampai tu pulak ujan lebat giler.. Sampai pengantin pon kena tempias hujan.. Dan masa tu la Bajat soh aku tuliskan kad ucapan untuk pengantin.. Baik Bajat ni, tuliskan mewakili sume kawan-kawan yang tak dapat datang.

Salam keluarga pengantin laki dan jumpa suami Yaya.. Hmmm.. Leh tahan, hensem, tinggi, smart (aku bukan gay).. Padan sangat dengan Yaya.. Nampak soft spoken.. Dapat la sembang2 kejap dengan Yaya dan Hafizal walopon kelam kabut dalam hujan tu.. Hmmm.. Hopefully dapat trime kitorang sume yang havoc dan giler2 ni.. Tanya2 camne dorang leh jumpa.. Hmm. Menarik2 cara dorang berkenalan.. Nak tau kena tanya Yaya sendiri la.. takleh bagitau sebab mahal story ni..

Lama giler tak jumpa Yaya ni, since lepas SPM dulu.. Ada la dalam 5-6 tahun.. Tapi bile tengok Yaya arini, teringat zaman skola dlu2.. Teringat kisah cinta Yaya masa kat skola, teringat kisah2 buat tesis dulu.. Hehe.. Sronok dapat jumpa kawan lama.. Tapi rasa rugi tak datang wedding kat umah Yaya minggu lepas, sebab ramai kawan-kawan skola datang jugak masa tu.. Clasmate kitorang yang ada masa kenduri umah Yaya 2, Syikin, Aimi dengan Sakinah..

Kenduri belah Hafizal ni temanya ialah peach.. Yaya pakai baju warna peach… hafizal plak pkai baju melayu warna putih, tengkolok dengan sampan warna peach.. sedondon.. Yaya pakai mahkota dengan rantai panjang jugak.. Hmm.. Raja sehari yang sama cantik sama padan..

Bajat sebelum balik dari kenduri tu sempat lagi soh aku tapau ayam seketul.. Tapi Bajat yang kelaparan tu, mesti la tak cukup seketul.. Ikut hati nak amek je ayam goreng satu tray terus bawak masuk keta, tapi memandangkan kenduri masih berlangsung dan orang ramai masih makan lagi, maka tak jadik nak amek satu tray.. amek tiga ketul jer.. Bajat bawak keta jauh sket, pastu makan ayam goreng tapau tu..

Lepas balik dari kenduri, aku dan Bajat pegi dating berdua kat Mines Shopping Mall.. Kitorang jalan2 sembang2.. Kalo dah kitorang ni berjumpa, citer pasal kisah lama je la.. hehehe.. best je sembang-sembang.. cite pasal recent life.. Lepak minum2 kat kopitiam.. Dah malam, Bajat hantarkan aku balik sampai umah.. First time Bajat hantar sampai rumah, sebelum ni dia selalu hantar sampai Kl Sentral je.. Rajin plak bajat ni..

Tak tau nak kata camne perasaan tengok kawan dah kawen.. Rasa epi, rasa bertuah dapat tengok kawan kawen.. Rasa epi tengok Yaya dah jumpa teman hidup dia.. Rasa part of my dream dah tercapai.. Impian nak tengok kawan2 bahagia..

Selamat Pengantin Baru YAYA dan HAFIZAL!!


0 comments:

Powered by Blogger.