List Widget

.

Followers

Saturday, January 03, 2009

LULUS!

.
.
(2/1/2008 - Jumaat)
.
Aku pergi untuk sambung medical check up pilot.. hari ni pergi klinik Medi-Utama ni sangat berdebar-debar dan takut jugak.. Sebab last time datang sini, doktor kata x-ray xlulus.. Sebagai preparation nakdatang ni.. dari hari tu punyer medical check up dan re-x-ray.. aku mintak sume orag yang sempat aku contact untuk mendoakan agar aku punyer x-ray hari ni lulus.. Mintak Ain doakan, Ihram, mintak ain mintakkan mak dia doakan, mintak umi doakan jugak..
Nape nak mintak doa orang lain?
sebab aku rasa doa aku nih xcukup ikhlas
(sebab hadis kata orang bujang nih ibadat dia
kurang ikhlas sebab jiwa kacau - lebih kurang cmtu la yang aku faham)
hari ni tunggu kat klinik tu tak ramai orang, maybe sebab dah tahun baru, sume mintak cuti kot.. huhu. aku teka je lah tu.. bila time giliran aku, aku pon masuk la bilik check-up.. doktor tu selak la selai-selai dokumen check-up tu.. bile sampai part x-ray dia stop.. aku dengan penuh gabra nye menunggu jawapan dari doktor tu.. doktor tu kata,
"x-ray awak tak lulus.."
sedih giler bile dengar.. dia kata lagi..
"itu x-ray yang lama.. yang hari tu awak bawak.."
baru la dia tunjuk report x-ray yang baru tu..
huh.. lega gler aku tau doktor ni saja je wat suspen..
hampir-hampir je kakiku singgah di hidung sebelah kanan dia..
(padahal dah nak nangis dah sebenarnye)
Lepas tu doktor tu suruh bukak baju dan baring..
dia nak wat ECG Test (test jantung)..
Mula-mula dia taruk gel.. taruk kat buku lali kaki,
kat pergelangan tangan kat dada sebelah kiri..
Pastu dia bawak alat yang rupe dia macam penyepit baju
tapi yang saiz jumbo punyer.. dia kepit la kat tempat-tempat yang dia taruk gel tadi..
paling banyak dia kepit kat dada.. Tak silap aku,
ada 6 penyepit kot.. Dah macam bahan ujikaji plak aku rasa..
Lepas beberapa minit tu, result pon kuar dari printer kecik mesin tu..
Dia check nadi dan tekanan darah..
Amek sample darah untuk jugak.. camtu la Medical check-up untuk pilot..
Akhir skali doktor tu tulis kat satu kertas kecik 10cm X 10cm
pastu masukkan menda tu dalam sampul surat.. doktor tu kata
"Tahniah dah lulus..
Jadi, ni la sijil yang melayakkan kamu
untuk belajar pilot"
Dalam ati aku kata,
Laa, besar nih jer sijil.. Sijil aku graduate tadika lagi besar
Tapi sijil ni sangat la bermakna bagi aku.. langkah pertama mengejar awan biru (cewah..!)
Sebenarnya banyak lagi yang aku kena buat untuk merealisasikan impian aku untuk belajar pilot nih..
Tapi untuk setakat ni aku hargai sangat kalo dapat belajar pilot.. susah payah dan usaha yang bersungguh-sungguh.. walopon tak semua yang faham..
tapi Ain faham.. Tu yang paling penting sebab
Ain sentiasa bagi semangat dan yakinaku boleh belajar pilot ni..
Jadi, aku mesti berusaha bersungguh-sungguh lagi untuk Ain..

4 comments:

deadgorgeouszaza said...

gambatte min-kun!!! aku tau ko ley buat!! hehe.. aku pun tumpang hepi kalo ko dpt... ley la tulun aku cr bf pilot sorang... kih3... *ntahape2 ntah*

~ain~ said...

sayang..
klaka laa awk ni cite pasal medical tu.. sijil besa tu je?
tp, sgt berharga tau..
syg awk.. sgt3 berusaha akhir ni ke hulu, ke hilir.. ingat sy support awk sentese tau!

Unknown said...

sebab awak sayang saya la saya nak jadik pilot.. pilot untuk budak comey..

Unknown said...

wah3.. aku tak masuk lagi pon flying school.. doakan aku masuk blaja then bile aku dah jadik pilot, leh la pkenalkan kat ko.. asalkan ko masih single lagila masa tu..

free counters
Powered by Blogger.