List Widget

.

Followers

Monday, January 05, 2009

Susahnya nak meminjam..

Tadi (5/1/2009 - Isnin)
Aku pagi AgroBank kat Shah Alam..
Pie tolong hantarkan aku pegi situ..
Aku nak membuat pinjaman pelajaran untuk support aku blaja pilot nanti..
Blaja pilot tu, MARA akan bagi pinjaman untuk semua yuran dia..
lebih kurang RM 250,000
yang MARA akan bagi pinjam..
Tapi ada extra-extra lagi yang kena bayar..
macam uniform, buku-buku, head gear..
Kurang-kurang RM7000-8000..
Bukan tu je, aku nak pegi tempat blaja kapal terbang tu pon kena pakai duit jugakkan.. tambang bas, tambang kapal terbang ke.. Dok sana, topup, gula-gula sugus, 3 in 1 nescafe, sabun cuci baju, sabun basuh pinggan, penyapu dan berus basuh baju, semua tu pon nak pakai duit jugakkan..
maka, aku buatlah pinjaman supaya masa belajar pilot nanti xdela masalah kewangan..
Bila pegi bincang dengan tukang bincang tu, dia kata boleh.. tapi nak borang itu, nak slip ini, fotostat 2 salinan, nak cop majikan, nak surat tawaran, nak itu nak ini (macam-macam lagi la)
aku senarikan, lebih kurang
15 menda yang dia nak 2
Pening btol nak wat pinjaman ni kan..
Insyaallah leh setelkan semua yang dia nak tu..
Pengajarannya di sini,
kena hargai setiap ringgit
yang diperolehi dan dibelanjakan..
Nanti dah keja, aku nak jadi pemboros demi mengenangkan susah payahnya sekarang nih nak pinjam duit dari encik AgroBank..
Sekian untuk waktu ini.. Laporan dari saya Mohd. Muhaimin bin Radzuan dari tempat kejadian..

0 comments:

free counters
Powered by Blogger.