List Widget

.

Followers

Tuesday, June 08, 2010

KTM MEMANG TERUK!!!!

KTM memang teruk..





hari² biasa (jika tiada berlaku masalah)
frekuensi tren setiap 30 minit (tapi tren smpai setiap 40 minit)
peak hour (2 gerabak punye penumpang : 1 gerabak tren yang angkut)
KL Sentral - Shah Alam (laluan y aku guna) = 45-50 minit

hari kecemasan (ada belaku masalah)
frekuensi tren setiap 60 minit (tapi tren smpai 80 minit)
peak hour (4 gerabak punye penumpang : 1 gerabak tren yang angkut)
KL Sentral - Shah Alam (laluan y aku guna) = 65-80 minit

lokasi : KL Sentral     Jam : 5-7 petang     waktu : hari bekerja
ni la yang dimaksudkan (2 gerabak punye penumpang : 1 gerabak tren yang angkut).
kalo (4 gerabak punye penumpang : 1 gerabak tren yang angkut), camne rupanye?

kesimpulannye:
KTM Komuter mempunyai servis yang teruk walopon pada hari biasa.. Apetah lagi kalo jadik kecemasan.



Al-kisah
7/6/10 - Tren tergelincir di Kuala Lumpur kol 6 pagi
Kesan : seluruh laluan KTM semua stesen tergendala dari jadual asal. Sepanjang hari tak dapat selesaikan masalah. (bukti KTM tak bersedia menghadapi kemungkinan kecemasan macam ni - sikap tak profesional langsung. tapi setiap 9-12 bulan naikkan tambang?)

8/6/10 - Berlarutan dari hal 7/6/10, masalah tak setel2 lagi
Kesan : Seluruh laluan KTM semua stesen terendala dan lewat. pagi tadi dah naik komuter dari Shah Alam ke KL Sentral. Sampai kat Stesen Angkasapuri, tren terpaksa patah balik ke Petaling sebab ada keretapi putus bekalan elektrik. Semua penumpang tersangkut di Petaling (kata ada tren akan hantar semula). Tunggu lebih dari sejam, tak hantar-hantar jugak



KTM SUKA MENIPU, kalo kerja baik pulih tak boleh buat cakap je tak boleh buat. Ni cakap tergendala SEKETIKA (kalo dah 1 jam lebih tunggu, 'seketika' ke?). Bagitau je la suruh gune alternatif lain, dan pulangkan duit tiket (dah la tak dapat hantar orang pegi destinasi on time dengan selesa, tapi duit ringgit org nak jugak kebas). sediakan Bas angkut sume penumpang.



Takkan la orang bijak bistari kat KTM takde pernah terpikir backup plan untuk masalah ni? (KTM dah 15 tahun beroperasi ye!) dalam tempoh 15 Tahun ni takde orangg KTM yang akal panjang siket nak pikir hal ni? Benda kecik je pon takkan takleh nak pikir?

Cadangan
Memandangkan memang sudah terserlah yang KTM ni kurang orng yang berakal.
1) Saya cadangkan buat la pungutan pendapat dari penumpang yang berjuta ni. letak borang dalam tren, masukkan dalam peti masa keluar stesen. Masa tersangkut, saya dengar seribu satu cara nak selesaikan masalah termasuklah dari penumpang indon dan bangla yang sudi nak tolong KTM.
2) Setiap tahun tambang naik? Dapat duit banyak bukak stesen baru, dapat kutip duit orang banyak lagi, kan KTM? tapi servis makin teruk, kan KTM? Saya cadangkan tambah frekuensi tren. 2 tren : 1 jam bolah improve la at least kepada 3 tren : 1 jam. kata berlambak tren tak pakai kat Seremban??? (ke KTM takde servis langsung tren komuter - rosak je longgok kat seremban - esok naikkan lagi tambang - dapat masuk poket banyak lagi, kan KTM?)
3) KTM tak menepati masa langsung. Lebih baik tak payah letak jam ketibaan tren tu, buang je. Contoh : ketibaan tren 06:59.. sekali tengok macam Jepun, siap bagi masa minit lagi tu!! Tapi, tiba 07:09, hampeh!! Orang dah beriye menunggu tepi platform awal-awal lagi.. Memang jelas KTM TAK MENEPATI MASA langsung! Saya cadangkan buang jam penunjuk waktu ketibaan, take la menipu orang ramai atau tulis macam ni kat papan jam tu.. ketibaan "06:59 KOT"

Kalo KTM bagi bonus tahun ni, memang sah-sah KTM tamak! Korang staf-staf KTM makan la duit bonus tu sampai kembung perut ye (terutama ketua-ketua bahagian operasi, dan orang-orang besar KTM). Penumpang yang berjuta ni menyumpah-nyumpah korang semua. (amat berharap ada staf KTM baca, mau tak senang duduk).. moto baru KTM Komuter
KTM Komuter
Kepayahan Anda Kebanggaan Kami

STAR, PUTRA dan MonoRail adalah 3 kali ganda lebih efisyen dari KTM yang dah berusia lebih 100 tahun beroperasi! Malu la saya kalo jadi staf KTM, tak tau nak taruk muka kat mana.

2 comments:

Unknown said...

terima kasih untuk link.. sy becakap atas kapasiti KTM sahaja. perkhidmatan STAR< Putra, monorail, ERL, ETS adalh berbeza dan tak masuk langsung dalam tajuk perbualan blog sy. Tapi video yang menunjukkan kesesakan di jepun untuk masuk tren bukan la contoh menyeluruh jika nak banding dengan KTM Malaysia..

1) satu rel di jepun boleh digunakan oleh 3-4 jenis keretapi.. (gambaran : rel ktm, tapi monorail, star dan putra boleh guna).. rel KTM? KTM je yang pakai.. tapi masih terlalu jauh interval between trains arrival. tak integrate lagi tu.. (nak bgtau, KTM belum cekap handle komuter yang satu ni pon, tapi sibuk nak bukak train stesen baru untuk kaut duit)

2) average keretapi di jepun mempunyai sela masa 2 minit menunggu (2 minit ialah interval yang paling cekap didunia). ini menunjukkan jepun telah memaksimumkan penggunaan rel keretapi. KTM? average ialah 30 minit. itu pon kejap lambat, kejap cepat. pernah tak tengok pengguna KTM periksa jadual perjalanan KTM? tak pernah pon kan, kenapa? sebab sume orang dah masak yang KTM ni tak on time pon. fact! tapi di jepun, orang simpan jadual perjalanan keretapi, untuk smpai di stesen ikut masa, nape dorang tengok jadual? sebab keretapi jepun on time. fact!

ape yan sy komen dalam blog ini ada merujuk kepada

1) sikap tak menepati masa KTM
2) sikap tamak, nak tambah stesen untuk banyakkan penumpang.. tapi servis masih tak improve bahkan lebih teruk. awl pembukaan 1995, sy naik keretapi pertama yang berjalan secara komersil dari Pelabuhan Klang.. sela masa pada ketika itu ialah 15 minit.. tapi semakin lama semakin jauh. 2011 - sela masa ialah 35 minit (dan tak tepat)
3) belum ada tanda2 KTM nk improve servis. tapi dapat suntikan kewangan dari kerajaan, tambang makin naik, servis makin menurun..

Anonymous said...

Ada juga la perubahan pada perhidmatan komuter tapi tak ketara. Cuma tambang naik memang terasa. Kalau kita tengok kemudahan di komuter kajang contohnya kerusi panjang pecah, takde kipas, lif selalu rosak, nak jalan ke komuter jauh dari jalan reko. Banyak perlu dibaiki lagi.

free counters
Powered by Blogger.