List Widget

.

Followers

Thursday, August 11, 2011

Babi di dalam menu bufet Ramadhan






KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. 

Sumber: Bernama



P/S : wat ape2 pon kena la peka dengan persekitaran..

PUASA DAN MAKAN!!

Sekarang ni bulan ramadhan. Hampir setiap hari pegi bazar ramadhan. Berduyun-duyun la orang pegi bazar ramadhan untk beli juadah berbuka puasa. Senang je, tunjuk, bayara bawak balik. Takyah nak pikir masak ape, balik tunggu ngap je.

Untuk orang bujang cam aku nih, lagi la mengharap bazar. kat umah dah terkulai layu je menunggu waktu berbuka, apetah lagi nak masak.. masak megi pon terasa cam masak kawah kat kenduri punye la liat time2 ramadhan.. (sila jangan contohi okay)

So macam-macam la makanan yang dijual kat bazar ramadhan. Tengok sure terliur punye. Dari masakan, minuman sampai la kuih muih sumenye ada la kat bazar ramadhan tu kan. Bile lapar ni, sume menda nak makan. Nafsu dah macam gajah jadinye. 




Kalo puasa, tapi time buka tu makan tak ingat dunia tak guna jugak kan. Maka berbukalah dengan makanan yang tak terlalu mengenyangkan. Supaya boleh la terawih.

kalo tak, di akhir ramdhan camni la jadinye.. puasa ke mana perut ke mana? hehe..

Tips paling berkesan nak beli juadah time berbuka
1) Bawak duit ngam-ngam je. (Nasik rm4 + Air rm1) 
takde duit, takde la nak beli lebih-lebih.
2) Beli time-time dah dekat nak bebuka. Haha. dah tau nak berbuka sure jalan laju punye kan.. takde la masa nak kaji lauk pauk yang ada kat bazar tu. mana sempat je yang wajib-wajib la yang akan dibeli.
3) "Esok pon boleh makan lagi..!" pikir la camni tiap kali terliur tu.. hehe.. moga-moga berjaya beli makanan yang cukup-cukup je bukan ikut nafsu!

cuba la tips2 ni.. untuk aku, rasanya dah berjaya kot.. hahaha.. cuba la kome-kome try pulak yer.. mana tau menjadi.. barulah ramadhan tu lebih kepada ibadah dari makan..

Selamat berpuasa okay!

Thursday, May 26, 2011

LIKE.. LIKE.. LIKE..

VOTE for this photo.. 
LIKE this link

thanks a lot for you supports..! Appreciate it so much!



It was the picture I shoot during Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74. A graduate jumping happily!

Saturday, May 21, 2011

Udey dan Kukubesi

Hari ni aku telah melapangkan diri untuk menghadiri kursus editing yang diajar oleh Kukubesi..Kursus start dari kol 9.00 pagi - 1.00 petang.. Memang sangat berbaloi la menghadiri kursus ni.. berbaloi dari segi harga (cuma MYR99 >> normal MYR250).. Lag pulak, modul yang diajar standard modul intermediate Kukubesi.. Which is SOOOOO WORTH IT!!! Dalam event tu jugakada ramai fotografer ternama akan datang untuk bagi talk. Tapi dorang akan datang esok la (ahad 22/05/2011).. tapi esok aku akan ke sekolah lain untuk belajar fotografi..


Kukubesi mengajar dengan cara yang fun dan really want the students to understand everything he teaches..Setiap soalan yang ditanya akan dijawab sampai faham.. Bagus! thumbs up..!! In the end, aku banyak belajar menda baru dalam editing Kukubesi style!

Sambil jalan2 kat booth-booth yang ada, terjumpa pulak booth Udey Ismail.. One of my favorite wedding photographer.. dia menjual buku nya "a picture worth thousand words".. normal price MYR100 tapi dia jual MYR80.. Aku beli satu dan mintak Udey tandatangan.. lagi pulak, bersembang dengan Udey, tanya pasal karier dia.. dan life dia.. Next year Udey nak kawen katanya, tapi taktau la bile.. dan taktau la sape yang shoot dia wedding.. Aku tanya "boleh tak nak tag-along dengan Udey".. tapi Udey kata dia tak buat camtu, ape yang dia boleh bagi ialah, dia dan Mukhriz akan buat TT dan discuss tentang fotografi as a businessman and photographer.. looking forward for that.. So, Udey amek necessary details untuk contact for the TT..





Berjumpa jugak dengan Alif dan Fixell.. sembang2 sampai ke malam.. pasal fotografi dan videografi.. KameraMin, Passionphoto dan Chateau Vids akan berkolaborasi sekali lagi untuk projek video.. maybe dalam 1-2 bulan ni la.. Can't wait for it..

Hari ini penat, tapi dapat banyak input untuk bawa KameraMin ke tahap yang lebih tinggi.. yeah!!

Thursday, May 12, 2011

Wawancara Sultan Kelantan ke-29


SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

■Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

■Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik.. Insya-Allah.

■Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

■Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah."

■Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

■Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

■Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

■Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

■Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara.

■Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

■Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

■Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

----------------

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.


Tuesday, April 26, 2011

EASA what?

Artikel ni diambil bulat2 dari website ini Artikel Miat .. At the moment this is what I've been doing for the past 6 months.. another 18 months to go.. 



Pelajar didedah pengalaman kendali enjin, komponen pesawat 

MEMILIKI prasarana bertaraf antarabangsa dilengkapi tenaga pengajar terlatih dan berkemahiran pelbagai serta institusi latihan menyeluruh mencakupi piawaian antarabangsa dan keperluan industri menjadikan graduan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) bersedia memenuhi kehendak pasaran terkini dan akan datang dalam bidang aeroangkasa dan penerbangan.
Sebagai sebuah universiti peneraju pengajian kejuruteraan dan pengurusan penerbangan, UniKL MIAT turut mengorak langkah dengan menawarkan program profesional Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) Part 66 yang dikendalikan menerusi kerjasama dengan pusat latihan EASA Part 66 yang teriktiraf berpangkalan di Jerman iaitu Aero Bildung GmbH.
Dekan UniKL MIAT, Abdul Aziz Ismail Effendi, berkata dengan program ini membolehkan pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan mempunyai pengalaman bekerja dua tahun memohon mendapatkan Lesen Jurutera Penyelenggaraan Pesawat EASA Part 66 daripada pihak berkuasa penerbangan awam United Kingdom, Civil Aviation Authority UK (CAA-UK) melalui pihak berkuasa awam Jerman. 

“Program ini sudah berjalan selama dua tahun dan kami sudah mengambil lapan kumpulan pelajar membabitkan 125 pelajar secara keseluruhan. 

“Dua kumpulan pertama sudah menamatkan pembelajaran selama dua tahun yang membolehkan mereka mendapat sijil pengiktirafan dan mereka kini perlu menamatkan syarat menjalani latihan kerja selama dua tahun untuk melayakkan mereka mendapatkan lesen. 

“Lesen berkenaan diiktiraf di seluruh dunia sekali gus melayakkan mereka bekerja di mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia,” katanya. 
UniKL MIAT sememangnya menggalakkan bekas pelajarnya menduduki mana-mana kaedah sama ada EASA Part 66 atau prosedur yang berkuat kuasa dengan Jabatan Penerbangan Awam satu sebagai asas untuk menceburi profesion penyelenggaraan pesawat. 

UniKL MIAT yang beroperasi di Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. 

Program diploma ditawarkan ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan yang mengkhusus kepada pengendalian avionik, helikopter dan kapal terbang serta Diploma Teknologi Pengendalian Kapal Terbang (komposit, pembuatan dan avionik). 

Program peringkat ijazah membabitkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat pengkhususan dalam mekanikal dan avionik serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan. 

Turut ditawarkan program profesional Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) Part 66 dan program asas Pra Universiti Kejuruteraan Russia. 

Program itu dilaksanakan menerusi kaedah pembelajaran intensif dengan memberi penekanan kepada 40 peratus teori dan 60 peratus latihan amali yang relevan dengan keperluan industri semasa. 

Kampus UniKL MIAT sememangnya sangat unik dan menarik di mana kampus ini dilengkapi model pesawat jenis propeller, pesawat komersial hinggalah kepada jet pertahanan Skyhawk. 

Semua kapal terbang berkenaan membolehkan pelajar mendapatkan pengalaman secara langsung. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar apabila pelajar didedahkan dengan enjin serta komponen pesawat sebenar. 

“Dengan mengikuti program pengajian ditawarkan di UniKL MIAT, graduan tidak hanya berpeluang bekerja sebagai jurutera penyelenggaraan pesawat, tetapi merangkumi pelbagai bidang berkaitan dengan penerbangan termasuk dalam industri pembuatan pesawat. 

Menurut Abdul Aziz, program diplomanya terbuka kepada lepasan SPM dengan syarat memiliki lima kredit termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Calon dikehendaki menduduki ujian kecerdasan sebelum layak ditemuduga bagi pemilihan. 

“Kita menerima permohonan 5,000 pelajar untuk mengikuti program pengajian dalam sesi ini, bagaimana pun hanya 450 akan diterima masuk,” katanya. 

Abdul Aziz berkata, berdasarkan statistik, selepas enam bulan menamatkan pengajian daripada UniKL MIAT 80 peratus pelajarnya mendapat pekerjaan. 

UniKL adalah IPT milik penuh MARA yang menekankan pengajian bidang teknikal. Ia merangkumi usaha mendidik mahasiswa dan siswi bidang keusahawanan menerusi program Teknoputra. 

Sebagai sebuah IPT milik penuh MARA 90 peratus pelajarnya adalah Bumiputera dan selebihnya bukan Bumiputera termasuk pelajar Asia Barat, Iraq dan Thailand. 
UniKL MIAT adalah sebuah institusi pendidikan penerbangan terkemuka di Malaysia dan memenangi banyak anugerah dan diiktiraf oleh pelbagai agensi tempatan dan luar negara. 

Pada 2008, UniKL MIAT menjadi organisasi pertama yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam dan kemudian oleh Frost and Sullivan sebagai pemenang anugerah Asia Pacific Aviation Workforce Development 2008.

Wednesday, April 20, 2011

Amazing Future Tech

Cool Ipad 2 Accessory by Logitech

Tuesday, April 05, 2011

ADUN Kota Anggerik, Dewan Selangor


It has been a long time since the last time I am blogging about myself. And no, I am not an ADUN for sure. This photo was taken during a photo shoot assignment at the Dewan Selangor Opening Ceremony 2011. It is an exciting experience for me to have this opportunity. Having the chance to 'meet' the sultan and ADUN are simpy an amazing experience.

I went there the day before the event, to recce the area and also to study the flow of the event. Most importantly, being there a day early will give me the chance to feel comfort with the surrounding areas. Last but not least, event that consist formality and royal highness involve protocol and it is so tightly monitored. Becoming professional is not as easy as it seem. You will have two things in your mind, the first one is to be at the right angle to get the best shots. Secondly, to obey the protocol and not to break it at all.

It was an exciting time for and good portfolio.

For more photos of the event

Tuesday, March 22, 2011

The Arrival 01 (Proof from the Holy Quran) Part 01.02 of 52



Many of us knew about this video, but most of us don't rally have the chance to watch the video thoroughly from the first one until the end.

The series contain 52 videos altogether. Please watch this videos as it contains knowledge that you might never heard in your entire life.


I wish that you could be more aware and share it with others. Some mihgt say that the videos are also a lie. The only attention I have here is to make people think, think about what really happen around. Educating people to seek for the truth. This video might be fraudulence. So, find out the answer yourself. 

That's the message that I'm bringing in.


The Arrival 01 (Intro) Part 01 of 52


Many of us knew about this video, but most of us don't rally have the chance to watch the video thoroughly from the first one until the end.

The series contain 52 videos altogether. Please watch this videos as it contains knowledge that you might never heard in your entire life.


I wish that you could be more aware and share it with others. Some mihgt say that the videos are also a lie. The only attention I have here is to make people think, think about what really happen around. Educating people to seek for the truth. This video might be fraudulence. So, find out the answer yourself. 

That's the message that I'm bringing in.


Saturday, March 19, 2011

Angry at Blogger stupidity..



there are two types of Blogger users..

1) People who PAY to get custom domain on Blogger
2) Poeple who PAY NOTHING and use .blogspot.com domain

Who should get better service and better quality? for sure the people who are paying money to Blogger.. But instead, with loads of stupidity, Blogger fails to protect the people who pay (the one who make them survive)..

What happen?
All people with custom domain on Blogger.. CANNOT ACCESS their website.. at all.. and Blogger don't even know what happen..

Why angry?
The people who doesn't pay anything.. (.blogspot.com).. have no problem at all with their blog.. it is all accesible.. pathetic..

How stupid of Blogger not to protect people who pay.. whatever the reasons are, people with normal brain (that can think wisely).. sure know that, the people who pay will get the best priority over those people who doesn't pay any penny..

Yeah, well said.. Blogger team is worst.. should be ashame of yourself.. kill yourself please.. do you guys even have brain? come on, people who pay you guys and the others who get it for free.. which one is your main priority..?

Wednesday, March 16, 2011

How To : 3 or 4 column for Blogger?



In this Blogspot tutorial you will learn how to convert your existing Blogger footer (Blogspot footer) into a 3 column footer or a 4 column footer. With more columns in your Blogger footer you will be have the extra room to accommodate more widgets such as Flickr photos and Twitter updates. Also you will be able to put less frequently used widgets such as recents comments, archives, followers, About Me etc at the bottom of your template so that only the most important widgets are loaded first.

This tweak involves adding code to the footer section of your existing Blogger template to change it to 3 columns or 4 columns. The tutorial is not beyond the capabilities of Blogger newbies and webmasters with intermediate skills but care needs to be taken when modifying your Blogger template so back up before you start. For best results a Blogger template with a width of around 900px is best.

Convert your Blogger footer to a 3 column footer

How to Add a 3 Column Footer to Blogger
  1. Log in to Blogger if not already logged in
  2. Navigate to Layout > Page Elements
  3. Move any existing widgets out of the footer section and place them in the sidebar temporarily and save changes
  4. Navigate to Layout > Edit HTML
  5. Back up your template as a precaution by downloading it to your computer
  6. Find the following section in your Blogger template


    If you are having difficulty finding this section trying searching for footer-wrap or something similar as sometimes this section is called something else in some templates.
  7. To Add a 3 Column Footer to Blogger
    Replace all the code located in Step 6 with the following


    To Add a 3 Column Footer to Blogger with a Lower Footer Section
    Replace all the code located in Step 6 with the following


    Add 3 column footer to Blogger with a lower section
    To Add a 4 Column Footer to Blogger
    Replace all the code located in Step 6 with the following


    Convert Blogger Footer to a 4 Column Footer
  8. Save changes to your Blogger template.
  9. Navigate to Layout > Page Elements. You will now see a 3 column footer, 3 column footer with a lower section or a 4 column footer depending on what option you chose.
  10. Move the desired gadgets to the new Blogger footer columns. Create new widgets to fill up the footer columns if necessary. Save your changes.
  11. Click View Blog to admire your new footer section

Tips and Troubleshooting

  1. To Add Padding Between Footer Columns in Blogger
    To create some padding between the columns add the following code to the style section of your Blogger template - before tag.

    #footer-columns {
    clear:both;
    }

    .footer-column {
    padding: 10px;
    }
  2. To Add a Border to the 3 or 4 Column Blogger Footer

    • For Top Border Only of the 3 or 4 Column Footer
      Paste the following code before the tag

      #footer-columns{
      border-top:1px dotted $bordercolor;
      clear:both;
      margin:0 auto;
      }

      Replace $bordercolor with a hex color if default color is not displayed. Change this color to suit your template. For example


      #footer-columns{
      border-top:1px dotted #113355;
      clear:both;
      margin:0 auto;
      }
    • For a Box Border Around the 3 or 4 Column Footer

      #footer-columns{
      border:1px dotted $bordercolor;
      clear:both;
      margin:0 auto;
      }

      Replace $bordercolor with a hex color if default color is not displayed. Change this color to suit your template. For example

      #footer-columns{
      border-top:1px dotted #113355;
      clear:both;
      margin:0 auto;
      }


In today's Blogger tutorial you have learned how to add a 3 column footer or a 4 column footer to your Blogger template (Blogspot template). You have also learned how to add some styling such as a border above the footer and around the footer. As always I am available to answer questions if you need assistance. Good luck!

How To : Add 3 Column at bottom Blogger?

We are going to add some columns to our Blogger Footer. If you're using one of the Blogger default templates, you've noticed that in your Footer section, you only have a horizontal Add a Gadget element that has the same width like the Blog.

 
We can do better. Let's start with adding 3 columns in the footer, and place the default one on the bottom.


 
Advantages:
► you can place more widgets (gadgets)
► rearrange them as you want
► your main content area will load faster if you place your "biggest" widgets on the bottom

Ok, let's do this. This time, you'll just have to Copy-Paste. It's a 7 min job. Before you begin, do back up your template (1 minute).

1. If you already have some widgets (gadgets) in the Footer, remove them:
LAYOUT ► check if you have gadgets in the footer ► if you do, click on Edit and ► Remove

or, just "drag" them in the Sidebar. You'll get them back in place when you integrate the Footer columns.

2. Go to LAYOUT ► EDIT HTML ► and locate the following part of the code:
]]>
..ABOVE it, you'll have to place the following part of the code:
#footer-columns {
border-top:1px dotted #999999;
clear:both;
margin:0 auto;
}
.column1 {
padding: 0px 5px 3px 5px;
width: 30%;
float: left;
margin:3px;
text-align: left;
}
.column2 {
padding: 0px 5px 3px 5px;
width: 31%;
float: left;
margin:3px 3px 3px 5px;
text-align: left;
}
.column3 {
padding: 0px 5px 3px 5px;
width: 30%;
float: right;
margin:3px;
text-align: left;
}
.addwidget {
padding: 0 0 0 0;
}
#footer-columns ul {
list-style:none;
margin:0 0 0;
padding:0 0 0;
}
#footer-columns li {
margin:0;
padding-top:0;
padding-left:0;
padding-bottom:.25em;
padding-right:15px;
text-indent:-15px;
line-height:1.5em;
}
body#layout #footer-columns {
width: 100%;
margin-left: auto;
margin-right: auto;
}
body#layout .column1 {
width: 32%;
float: left;
}
body#layout .column2 {
width: 32%;
float: left;
}
body#layout .column3 {
width: 32%;
float: right;
}
...that's the CSS style for our new Footer section. We'll talk about customization (colors, borders, backgrounds, headings...) in the other tutorial.

3. Now, to add some containers. In your LAYOUT ► EDIT HTML ► locate this part:
...you will DELETE it, and REPLACE with this code:
...Save template.

Basically, that's it. It works for the templates with different width, because the columns are fluid (made to stretch to fit the footer-container width).
Some margin adjustments may be necessary for the wider templates.

Next time is a fun part - customization.

How To : Add another "Add Gadget" to Blogger?



The standard 2 column Blogger template have only 3 ADD A GADGET (page element) as shown in the screen shot below:

standard Blogger layout

It is useful to have extra ADD A GADGETs in the blog Header, below the blog Header and in the main column as shown in the screen shot below:

Blogger layout with extra add a gadget

Examples what I use them for is the Google custom search at the top of the main column and the AdSense link units below this blog title. A blogger also wanted to add a Marquee like the one above the blog title in the demo blog. This can be done by adding extra ADD A GADGET. To do this, go to LAYOUT, click EDIT HTML. This will take you to the template editor. Look for showaddelement. Change showaddelement='no' to showaddelement='yes'. If there is a a maxwidgets='1' in front of the showaddelement. Change it to maxwidgets='2' or more or even leave it as maxwidgets='' (unlimited number). If you have problem looking for the above, press ctrl+F and search.

The above (searchbox, ad unit, marquee) were added using a HTML/Javascript gadget. Whatever you add can be dragged to any sections of your blog using your mouse.

How To : Remove Header Border (Blogger)?

How to remove Header border



A blogger request help for removing the Header border (she called it title). This is easily done.

First, sign into your Blogger account (Dashboard). Then click on the LAYOUT tab followed by EDIT HTML to get to the template editor. Look for this in the template:

#header-wrapper {
width:100%;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

#header-inner {
background-position: center;
margin-left: auto;
margin-right: auto;
}

#header {
margin: 5px;
border: 1px solid $bordercolor;
text-align: center;
color:$pagetitlecolor;
}


Now delete
border:1px solid $bordercolor;

Preview and if satisfactory, save template.

Tuesday, March 15, 2011

How To : Speed Up Facebook

Assalamualaikum..semenjak dua menjak nie facebook korang macam lembap sikit kan?jom try cara nie..aku da try..memang ada penambahan kelajuan di facebook..

If you are having difficulty accessing facebook, this solution might work for you. Affected users only.
Why? this is because it is most likely caused by one of the hop servers at “facebook-10G.hkix.net [202.40.161.110]” which located at Hong Kong Internet Exchange.

1.0 Solution

I found a temporary solution to fix the speed issue with facebook.

WARNING: YOU NEED ADMINISTRATIVE ACCESS TO DO THIS!

All you need to do is just do the following:
If you have UAC turned on, kindly turn it off.

1.1 Windows User:

  1. Go to C:\Windows\System32\drivers\etc\
  2. Open hosts file with notepad.exe
  3. Add the following: 203.106.85.66 www.facebook.com
  4. Save.
  5. Open your browser, key in www.facebook.com.
  6. Enjoy the superfast speed!
Your hosts file should look like this:
# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com









1.1.1 How to Edit Hosts File

Open with notepad.
If you are getting errors…
Windows 7, if you are getting errors, go to Start –> Control Panel –> User Accounts
Click Change User Account Control Settings
Set to Never Notify.
Save Settings and Restart PC. Then you should be able to edit your hosts file. :)
Windows XP, open notepad, copy paste the above text on how hosts should look like. Save as, remove the change the Text Document to all files. Save without the .txt. Delete the current hosts file and overwrite with a newly created one.

1.2 Linux/Ubuntu User:

  1. Go to Application –> Accessories –> Terminal
  2. key in the following: sudo gedit /etc/hosts
  3. Under 127.0.1.1 , input the following: 
    203.106.85.66 www.facebook.com
  4. Click Save
  5. Close gedit and terminal.
  6. Open your browser, key in www.facebook.com.
  7. Enjoy the superfast speed!
Your terminal should look like this:
Ubuntu Terminal
Terminal Command









Your hosts should look like this: 127.0.0.1 localhost.localdomain localhost
::1 localhost6.localdomain6 localhost6
127.0.1.1 HeHe-Haxor
203.106.85.66 www.facebook.com


# The following lines are desirable for IPv6 capable hosts
::1 localhost ip6-localhost ip6-loopback
fe00::0 ip6-localnet
ff00::0 ip6-mcastprefix
ff02::1 ip6-allnodes
ff02::2 ip6-allrouters
ff02::3 ip6-allhosts

2.0 Difference in ping

How to ping? Go to start –> Run –> cmd
Then key in “ping (url address)” without the “”

2.1 BEFORE:
C:\Users\HeHeHunter>ping www.facebook.com
Pinging facebook.com [69.63.189.16] with 32 bytes of data:
Reply from 69.63.189.16: bytes=32 time=403ms TTL=246
Reply from 69.63.189.16: bytes=32 time=398ms TTL=246
Request timed out.
Reply from 69.63.189.16: bytes=32 time=396ms TTL=246

Ping statistics for 69.63.189.16:
Packets: Sent = 4, Received = 3, Lost = 1 (25% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 396ms, Maximum = 403ms, Average = 399ms


2.2 AFTER:
C:\Users\HeHeHunter>ping www.facebook.com
Pinging www.facebook.com [203.106.85.66] with 32 bytes of data:
Reply from 203.106.85.66: bytes=32 time=13ms TTL=60
Reply from 203.106.85.66: bytes=32 time=15ms TTL=60
Reply from 203.106.85.66: bytes=32 time=12ms TTL=60
Reply from 203.106.85.66: bytes=32 time=20ms TTL=60

Ping statistics for 203.106.85.66:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 12ms, Maximum = 20ms, Average = 15ms


3.0 PingPlotter Statistics

3.1 BEFORE:
Ping Plotter Statistics
Ping Plotter Before Hack
3.2 AFTER:
Ping Plotter Statistics
Ping Plotter After Hack
Enjoy this fine fix from HeHeHunter

How To : Adjust Height and Width of Blogger Header?



How to adjust height and width of Blogger Header?

Go to Edit HTML and look for

#headr {

or

#header-wrapper {

You will get following type of code

#header-wrapper {
background:#FFFFFF;
width:920px;
height:90px;
margin:0 auto 0px;
}

920 is the width of your header and 90 is the height of your header. Just adjust these values to suit your template.

Tuesday, March 08, 2011

Peminat Kecil

Monday, March 07, 2011

Shuffle di Maljis Perkahwinan

trend baru. Sekarang ni kat Majlis Kahwin pon orang dah buat shuffle dah.. Shuffle ganti silat pulut..




ape korang rasa dengan trend baru ni? lepas ni ape pulak orang nak buat kat wedding dorang?


free counters
Powered by Blogger.