List Widget

.

Followers

Showing posts with label Studies. Show all posts
Showing posts with label Studies. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

EASA what?

Artikel ni diambil bulat2 dari website ini Artikel Miat .. At the moment this is what I've been doing for the past 6 months.. another 18 months to go.. 



Pelajar didedah pengalaman kendali enjin, komponen pesawat 

MEMILIKI prasarana bertaraf antarabangsa dilengkapi tenaga pengajar terlatih dan berkemahiran pelbagai serta institusi latihan menyeluruh mencakupi piawaian antarabangsa dan keperluan industri menjadikan graduan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) bersedia memenuhi kehendak pasaran terkini dan akan datang dalam bidang aeroangkasa dan penerbangan.
Sebagai sebuah universiti peneraju pengajian kejuruteraan dan pengurusan penerbangan, UniKL MIAT turut mengorak langkah dengan menawarkan program profesional Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) Part 66 yang dikendalikan menerusi kerjasama dengan pusat latihan EASA Part 66 yang teriktiraf berpangkalan di Jerman iaitu Aero Bildung GmbH.
Dekan UniKL MIAT, Abdul Aziz Ismail Effendi, berkata dengan program ini membolehkan pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan mempunyai pengalaman bekerja dua tahun memohon mendapatkan Lesen Jurutera Penyelenggaraan Pesawat EASA Part 66 daripada pihak berkuasa penerbangan awam United Kingdom, Civil Aviation Authority UK (CAA-UK) melalui pihak berkuasa awam Jerman. 

“Program ini sudah berjalan selama dua tahun dan kami sudah mengambil lapan kumpulan pelajar membabitkan 125 pelajar secara keseluruhan. 

“Dua kumpulan pertama sudah menamatkan pembelajaran selama dua tahun yang membolehkan mereka mendapat sijil pengiktirafan dan mereka kini perlu menamatkan syarat menjalani latihan kerja selama dua tahun untuk melayakkan mereka mendapatkan lesen. 

“Lesen berkenaan diiktiraf di seluruh dunia sekali gus melayakkan mereka bekerja di mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia,” katanya. 
UniKL MIAT sememangnya menggalakkan bekas pelajarnya menduduki mana-mana kaedah sama ada EASA Part 66 atau prosedur yang berkuat kuasa dengan Jabatan Penerbangan Awam satu sebagai asas untuk menceburi profesion penyelenggaraan pesawat. 

UniKL MIAT yang beroperasi di Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. 

Program diploma ditawarkan ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan yang mengkhusus kepada pengendalian avionik, helikopter dan kapal terbang serta Diploma Teknologi Pengendalian Kapal Terbang (komposit, pembuatan dan avionik). 

Program peringkat ijazah membabitkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat pengkhususan dalam mekanikal dan avionik serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan. 

Turut ditawarkan program profesional Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) Part 66 dan program asas Pra Universiti Kejuruteraan Russia. 

Program itu dilaksanakan menerusi kaedah pembelajaran intensif dengan memberi penekanan kepada 40 peratus teori dan 60 peratus latihan amali yang relevan dengan keperluan industri semasa. 

Kampus UniKL MIAT sememangnya sangat unik dan menarik di mana kampus ini dilengkapi model pesawat jenis propeller, pesawat komersial hinggalah kepada jet pertahanan Skyhawk. 

Semua kapal terbang berkenaan membolehkan pelajar mendapatkan pengalaman secara langsung. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar apabila pelajar didedahkan dengan enjin serta komponen pesawat sebenar. 

“Dengan mengikuti program pengajian ditawarkan di UniKL MIAT, graduan tidak hanya berpeluang bekerja sebagai jurutera penyelenggaraan pesawat, tetapi merangkumi pelbagai bidang berkaitan dengan penerbangan termasuk dalam industri pembuatan pesawat. 

Menurut Abdul Aziz, program diplomanya terbuka kepada lepasan SPM dengan syarat memiliki lima kredit termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Calon dikehendaki menduduki ujian kecerdasan sebelum layak ditemuduga bagi pemilihan. 

“Kita menerima permohonan 5,000 pelajar untuk mengikuti program pengajian dalam sesi ini, bagaimana pun hanya 450 akan diterima masuk,” katanya. 

Abdul Aziz berkata, berdasarkan statistik, selepas enam bulan menamatkan pengajian daripada UniKL MIAT 80 peratus pelajarnya mendapat pekerjaan. 

UniKL adalah IPT milik penuh MARA yang menekankan pengajian bidang teknikal. Ia merangkumi usaha mendidik mahasiswa dan siswi bidang keusahawanan menerusi program Teknoputra. 

Sebagai sebuah IPT milik penuh MARA 90 peratus pelajarnya adalah Bumiputera dan selebihnya bukan Bumiputera termasuk pelajar Asia Barat, Iraq dan Thailand. 
UniKL MIAT adalah sebuah institusi pendidikan penerbangan terkemuka di Malaysia dan memenangi banyak anugerah dan diiktiraf oleh pelbagai agensi tempatan dan luar negara. 

Pada 2008, UniKL MIAT menjadi organisasi pertama yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam dan kemudian oleh Frost and Sullivan sebagai pemenang anugerah Asia Pacific Aviation Workforce Development 2008.

Monday, May 11, 2009

MARA dan PTPTN



Khamis (7-5-2009)

Arini plan nak pegi Mara dengan PTPTN..

Mara - Nak update Placement Letter yang terbaru (intake June 2009)
PTPTN - Postpone bayaran pinjaman masa diploma dulu..

Pagi2 pegi ofis papa dulu.. Dekat2 kol 12.30 tengahari baru gerak pegi KL,
papa g MetalTech Exhibition..
Aku g sana jap pastu dah kol 2.30 petang aku pegi MARA..
Sampai je kat pejabat Mara tu,
aku tulis nama dalam buku log then terus jumpa Encik Malik..
Bile aku kata pasal nak update Placement Letter je..

Dia kata
"Tak dapat surat lagi ke?"
"Surat ape?"
"Surat bagitau pasal Loan Application untuk pilot la"
"Nape dengan surat tu?"
"Actually, kita dah confirm yang Mara dah bekukan pinjaman untuk pilot"
"Dana untuk pinjaman pilot memang dah habis.
Lagi pulak, penambahan dana tu tak tentu ada lagi"
"Cuba call kita balik lepas 3 bulan untuk confirmation
sama ada loan untuk pilot ni ada lagi atau terminate"


Tergamam aku bile dengar ape yang dia cakap..
Lagi 3 bulan kena tunggu..
Itupun tak confirm ada ke tak loan pilot ni..

Hmmm..

Aku bagi dia Placement letter yang baru untuk intake June 2009..
"Encik update ni dalam fail saya..
Dekat2 bulan june nanti saya update Placement letter yang baru lagi okay..
Takpe, lama mana pon saya tunggu loan MARA ni okay..
Encik jangan buang fail application saya dah la.."

Aku pon kuar dari pejabat Mara pastu pegi PTPTN kat KL Sentral..

Bile jumpa pegawai aku tanya kat dia
"Cik, saya dah buat pengangguhan bayaran pinjaman PTPTN"
"Tapi nape penangguhan saya ditolak"
"Penangguhan tu ditolak sebab bidang yang adik sambung tu ialah bidang profesional..
Bidang profesional ni ada dapat elaun sebab tu takleh tangguh bayaran PTPTN"
"Tapi, bidang saya ni takde elaun langsung.
Saya bukan bawah agensi kerajaan ke ape ke..
Memang takde elaun satu sen pon.."
"Camtu ke?"
" Camtu la cik, kalo cik fikir saya ni tipu,
cik telefon nombor En. Sonnie
(Student Admission Officer of GGIFA).
Dia akan explain sumenye pasal bidang
yang saya amek ni kat cik"
"Okay2.. Nanti saya mintak pegawai
yang handle ni telefon okay.."
"So, sekarang ni camne cik?"
"Isi je borang penangguhan ni, then submit kat kita. Tulis yang bidang ni tak dapat elaun okay"
"Balik umah, tulis surat rasmi yang explain
sumenye pasal bidang ni then submit kepada kita"
"Buat dua2 cara ni, maybe dapat penangguhan PTPTN tu"
"Maybe.."


Hmmm..

Aku isi borang dan submit kat pegawai tu..
Surat yang dia suruh buat dan send kat dia tu..
aku tak buat lagi.. esok lusa aku anta..

Dah setel kat PTPTN.. aku terus balik umah..

Aku rasa makin kecil



Friday, April 17, 2009

Simulator dan kisahnya...



Simulator ialah sejenis alat yang mengandungi hardware dan software..
kombinasi kedua-dua makhluk ni mewujudkan situasi yang menyerupai situasi sebenar.. bergantung pada kelengkapan hardware dan ke'detail'an software..


Model ni digunakan oleh flying school untuk basic flying dorang, kata orang kedai tu la..
padahal x pon, flying school gune simulator yang 90% menyamai aircraft sebenar..
ni kire dia gebang je kata flying school pon pakai..
(moral of the story : jgn percaya sangat cakap orang yang menjual tu)


balik jer umah terus pasang menda tu.. tak sabar-sabar aku rasa nak bawak kapal terbang..
amek masa la jugak nak arrange the best position i could get..
akhirnya dah berjaya pasang.. then, install software plak..
ada macam-macam software simulator, tapi yang paling best
dan simulation yang paling tepat ialah Microsoft Flight Simulator X..
lama jugak nak install sebab ada dua DVD.. besar jugak saiz software ni..


paling best dan teruja bile mula-mula run software nih.. interface pon menarik..

So, mulakan dengan basic of flying.. take-off and landing.. mula dari kapal terbang Microlight yang cam rangka je tu hinggalah ke kapal terbang jumbo.. Terbang la ke mana saja yang aku rasa nak terbang selama ni.. aku ske bawak Boeing 737-400.. version lama B737.. Sebab all new pilot cadet yang masuk MAS akan bawak yang ni..

Bila dah 3-4 hari guna simulator tu, jadik gian plak.. balik keje je dengan tak mandi terus bawak kapal terbang.. bese la kan, nama pon bawak kapal terbang, pegi la tempat yang jauh sket.. Dari KLIA ke Penang..



"Flight MH5011, permission to fly as filed, to Penang airport"


tak la lama pon 45 minit jer.. tapi dari mula terbang sampai landing tu, dalam simulator, aku buat lebih kurang 2 jam.. mana tak nye, nak taxi dari gate pergi runway tu asek over throttle jer, terlajak dari landasan.. bile nak terbang dengan level flight senang la.. pastu auto-pilot jer.. tapi time landing tu, berpeluh-peluh.. nak kena handle throttle, nak descend perlahan-perlahan, nak bajet-bajet straight dengan runway.. nak turun landing gear, nak control flap lagi.. banyak gler nak kne control.. slame ni ingatkan senang jer.. bile dah bawak sendiri.. tau la gelabah giler..

Tapi paling best sebab dapat belajar sesuatu yang baru mengenai pilot.. walaupon cume sekadar simulator yang 20% real aircraft..

Tapi in the future nak beli flight simulator yang lebih lengkap.. nak beli set throttle, padels, plus another 3 monitor LCD saiz 21 inci.. baru la jadik 40% punyer simulator..


Throttle




Pedals



Set home simulator yang lengkap


Tapi wat masa nih aku cume boleh update new aircraft dan add-on jer.. banyakkan aircraft bermakna kena study checklist untuk aircraft.. kena tau handle situation kalo ada problem masa flight.. dalam beberapa hari lagi aku akan download dan install expansion pack plak.. tapi lepas aku dah terer la bawak kapal terbang commercial.. sebab expansion pack ni most fighter jets, race jets.. laju and susah nak handle compare dengan commercial jet..



Abis tu ape simulator yang 100% cam kapal terbang btol??



Jawapannye ialah simulator original la, bapak segala simulator.. contohnye yang ni.. Jangan kata gambar jer real, yang ni siap ada seat pastu sebijik cam dalam kokpit..




Lagi plak siap ada motion plak tu, boleh descend dengan incline.. best gler.. tapi yang ni punyer harga cume RM1.5 juta je.. Jadi pilot pon tak boleh beli jugak.. Itulah kisah simulator..






Wednesday, April 08, 2009

ngee.. i got through first level..

.
.
alhamdulillah..
dah lepas first stage.. entry "So You Wanna Be A Pilot? (I Wanna Be!)" dah publish kat airasia punyer blog.. meaning that, i got a aspace to go for pilot.. next is going to the interview.. when? where? I don't know.. nanti dorang bagitau la kan.. sehingga saat ni dah ada 12 orang yang layak termasuk aku.. Maknenye setakat ni aku ada 11 pesaing.. tapi masih awal lagi untuk cakap ape2 pon.. sebab pertandingan ni still going on until15 may 2009.. lama lagi tu.. ada lebih kurang 43 hari lagi.. mungkin ada lebih kurang 100 orang yang akan terpilih kan? harap2 aku dapat jadik 10 orang yang terpilih..
.
.

Sunday, April 05, 2009

So You Wanna Be A Pilot?

.
.
This is my story…

What is pilot? The first time, I can remember looking at pilot is when I was about 8 years old,
my uncle from Sabah arrived at Subang Airport.
While waiting for him to come out of the arrival area, I saw 2 people walking side by side with hat on their head wearing blazer with shiny gold lines on the sleeves.
I said to my mother, “Umi, tengok tu ada ketua askar”.
My mother corrected me and said that they are pilots not “ketua askar”.
She explains that they are the “driver” of the aeroplane. That’s the first time I knew, what is pilot.. “aeroplane driver”. As time goes by, when I was in highschool in Form 3,
my mother went to US for her medical operation, that’s the time I decided that I am kind of like to be a pilot after I s
aw pilots at KLIA.
They walk and dress properly and looking very smart with cap and blazer, they caught my eye thinking that their job must be joyful. And when my mother came back from the US, she represented me with 2 aircraft models, B747 and B777 that she bought during her visit to Boeing factory after her operation. I became more interested to become a pilot and thinking that maybe I can become a pilot someday.


The most important moment in my life was the day I decided to live my life as a pilot.
It happened before my first flight. It was from KLIA to Nagoya, Japan, Sunday night at 235 hours. That was my trip for a month of Hippo Family’s Homestay Programme at my penpal’s house.
My family members were not familiar traveling
using aircraft, especially on my mother side. In fact, they haven’t board any aircraft before me.
When they heard about the news that I was going to Japan, one of my auntie said to me 2-3 weeks earlier, that it is very dangerous to fly because there are many air accidents happened. She highlighted the air crush in Sarawak few years earlier where a helicopter crushed into the rain forest
, all the passenger and captain were found dead. She told me how terrified the condition of the corps. That thing could happen to me she said.
She also said that I better cancel the trip for my own safety. After all, that was only homestay it’s not like a thing I must do she told more. My mother doesn’t know about this because she might be seduced by my auntie’s word and cancel the trip. So, I keep it as a secret between us.
At that time, the story she told me doesn’t bother me because I was really happy to go oversea for the first time of my life. The day I went to KLIA for my flight, I wait in the waiting lounge looking at the aircraft that I will board.

At that moment, my aunt’s story really haunts me. I was thinking of the movie Final Destination, where the aircraft blow and I was stuck in the middle explosion. I was thinking of going back home instead of board the aircraft and went to Japan. I really felt that aircraft was much more unsafe because that flight was at night – maybe the pilots don’t see other aircraft flying (that’s what on my mind). The worst thing was that I thought to quit my ambition to become a pilot.
All I thought was “I won’t go in. I don’t want to die like this”.
There was no one to talk to because most of the passenger is Japanese. I was so worried all by myself. And then the stewardess called for passenger to board the aircraft. Ofcourse I board the aircraft, if went back home and cancel the flight, I’ll waste the ticket that had been paid for me. My mother surely got angry, it is much better to take the risk and board the aircraft rather than got scold by my mother. That’s the worst thing ever. When I board the aircraft, I put my bag on my seat and I wait near the entrance, I was waiting for the pilot to enter the aircraft. I was still worry to fly in that aircraft. The stewardess tries to comfort me but it wasn’t enough, I stood still waiting for the pilots. When the pilots enter the door,
I go straight to one of them and ask him
“Is this aircraft safe to fly?”
“Will it explode in the sky?”
“Will it fall down during flight?”.
He asked me instead “Is this your first time?”.
“Yes” I replied.
He then told me this
“I fly this thing with full focus and I trained well,
your life are much more important to me than mine.
You’ll arrive safely, enjoy the flight”.




Suddenly my aunt’s horror story fade away and I feel so safe for the rest of the flight – I sleep most of the time. Thanks to that pilot. Maybe for others it was just a flight but for me that flight made me think that a job as a pilot is no ordinary job. The pilot was so calm even though I scratch his feeling by asking him stupid questions. He can even ignores me and ask the flight attendants to take care of me. Instead of doing that, he answers my questions. Showing that what he said comes form his heart, not a standard pilot-passenger guidebook phrases. But since then, I am very clear about my goal and there’s nothing hard enough to make me let go of my ambition as a pilot. I really look up to pilot with respect and I want to get in their shoes. My path to be a pilot.

As I get much more mature, I look the career of a pilot as something that is beyond career. Pilot is a lifestyle and becoming a pilot is not just passion, it is also involving high responsibilities and disciplines. So, I intended to be not just a pilot but a pilot with aerospace engineering knowledge. I want o become a pilot that have flying skills and also technical knowledge of aircraft and really understand the aircraft inside out. That’s the standard that I have for myself to become a pilot. For three years I devoted myself to study about aerospace.

The fundamentals of flying, the aerodynamics of aircraft, the aircraft maintenance and the aircraft systems are some of the subjects that I studied during my Diploma in Aerospace Mechanical Engineering back in UiTM Pulau Pinang (Dec 2005 – Nov 2008). Those precious 3 year paid off with crucial knowledge of aerospace engineering especially involving aircraft. Thus, now I am well prepared to be a pilot and I believe that it is the right time for me to become a pilot.

Beside knowledge, interpersonal skills and discipline also a requirement to become a pilot. For that reasons, I become an active student when I was studying diploma. I join student associations to learn to become a much more discipline person with interpersonal skills.


Through Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) I earn discipline, the para-military association provide training such as marching and physical endurance. I earn discipline life through weekly and monthly trainings. I knew the important of time management, the responsibility I have for each duty given. Thus, working in a team as a leader or follower is a norm for me. I have conducted many activities and programmes when I was in Majlis Perwakilan Komander Kesatria such as Seminar on Organizing Association and Interpersonal Skill Seminar.

In class, I manage to come out with the idea to design own model aircraft base on the knowledge that I had learn during lectures. It’s not in the syllable to have such project, but for me, in order to really understand how aircraft fly, I must build one and learn from it.


So, I form a group of friends with the guidance of my Head of Aerospace Mechanical Engineering Programme – Mr. Iswadi. We manage to build and fly a model aircraft. The person in red is Mr. Iswadi
.



I was given the honor to fly it among my friends since my ambition is to be a pilot. There were many hiccups and problems before the aircraft can fly smoothly. 6 times the aircraft had fall, crash and also burned. But, the effort to rebuild and redesign the aircraft was so valuable to me, I learn that it was a big responsibility to fly an aircraft. There’s no room for mistake. Much more than that, I learn the responsibilities that I had when I am operating the aircraft. I become much more understand what a pilot carry on their shoulders, it’s not the epaulette rank but the responsibilities the pilot have to take.



My basic knowledge about aviation is stronger since I met a flight engineer that happens to be my friend’s dad. He is Mr. Baharuddin a Flight Engineer of Transmile with more than 30 years of flying experiences. As much as I want to know about pilot, he thought me the fundamental skills and the theories of flying when ever I came to his house. With that, I bear in my mind that knowledge he gave me. He gave me the big picture of a pilot’s lifestyle, the working schedule, the responsibilities and the risks. It made me much more understand what pilot really means. Sadly, he refuses to let his picture in this entry because he doesn’t want it to be publish on the web.

I did all of these things to ensure that I am well prepared to become not just pilot but a very good high standard pilot. Even though it took me few years but it was worth enough for me since I become a better person. A person with much more knowledge and well prepared to become a pilot. The best one I hope. For now, even though I am not attending any flying school. The learning process is still on going, my passion to become a pilot always opens a wide view for me to learn to become a pilot. Since I graduated my diploma level in November 2008, I read few books on how to get Commercial Pilot License. Even if I can’t afford to buy those books, I borrowed them at a nearby library. I believe that if there a will there will always a way to gain knowledge before I become a pilot.

Sometime people ask me, “Why do you want to be pilot?” "Why don't you go for pilot after SPM?"“Isn’t it wasting your time studying engineering” I answer them. I do everything with my pride. Pilot is my ambition, a job dedicated for people that have passion to fly, people with responsibility at heart, people who have discipline and self control. People who put their reputation to the ultimate challenge. I fit those criteria, I wanna go for pilot. I want to become the best pilot I could, so I have to really be prepared before I study as cadet pilot. If anything goes wrong, my pride is the price, I’ll lose them. I don’t want that to happen, my pride is the quality to be respect by other peoples. If I become pilot with lack of knowledge, I had crushed my reputation and pride. That’s the reason, I studied aerospace engineering earlier before I become a pilot. It’s not wasting time because the knowledge is useful for all my life time as pilot. I made them understand this noble career. Fly with pride.

The first thing to do when I knew I wanted to become a pilot is that I asked myself “Am I eligible to be a pilot?” “Do I qualify to wear the white uniform and the epaulette on my shoulder?” I search down through the internet and knew about a website that provide with information to become a pilot. With forums provided, I spoke to pilots and cadet pilots on the topics of “How can I become a pilot?”. They all helped me a lot and generously share their information and teach me. First of all, I sent letter to Department of Civil Aviation (DCA), Putrajaya asking them whether I can study as cadet pilot in local flying academy or not. Few weeks after, they told me through formal letter saying that I was granted the permission to study in flying academy since my SPM result meets DCA standard. Then, I went for medical check ups. There are stages of check up to be done. The Visibility Test, Physical Test, x-ray, Audio Test, Electrocardiogram (ECG) Test and Blood Test. The time when the doctor gave me the tests result.


He said that, for most of the test I’m doing well but the ECG test was bad because my heart beat is higher than the normal heart beat and it will go higher if I am flying. Too bad he said to me while giving me a piece of paper, I feel so sad about it hearing that my ambition is over before it even begin. Thinking that the paper was bill I walk toward the room’s door. I almost cry, my eye were red holding on my tears from coming off. But then, the doctor said, why don’t you look at that paper. I stopped and read it , and I began to smile. It was not bill but certificate saying that I passed all of those medical checks up tests. The doctor certified me as an eligible person to become a pilot. He was then smile and laugh at me, saying that I must be tougher to become pilot. With that certificate surely I am happy, forget the red eye. I will be a pilot.

The next thing is to apply for cadet pilot programme. And AirAsia provide such a unique and interesting chance for me to become a pilot. This is another positive step I have taken to go for pilot as my career. I walk the talk. I done all the things I could to realize my ambition and I tried and still trying my best to become a pilot. I hope my effort is impressive enough so that it can lead me to my successful life as a pilot. AirAsia here I come!! I wanna be your pilot !!!
.
.

Thursday, February 05, 2009

Selamat Tinggal UiTM

.

.


Arini officially aku bukan lagi student UiTM Malaysia..

Sebab aku dah anta borang berhenti belajar dari UiTM ni..

Esok lusa nama aku kne potong la tu dari sistem..

Tapi aku still around kampus ni jugak..

saja nyemak-nyemak, lepak kat library baca buku, main tenet..

hehehe.. Sementara nak mintak kerja,

ni la aktiviti berfaedah yang mampu aku fikirkan..
Ape-ape pon..
UiTM Di Hatiku
.
.

Monday, February 02, 2009

Kisah semasa Cuti Mid Sem (3)



Jumaat (30/1/2009)

Lepas solat jumaat, pegi PTPTN sekali lagi.. Kali ni untuk amek Surat Pelepasan.. Tunggu komuter dari shah alam tu kol 3 ptg.. Ramainye orang yang naik komuter time-time macam ni.. Bukannye masa peak hour pon..

Bile dah sampai kat KL Sentral, trus g PTPTN OneStop.. Orang agak ramai la.. Tapi xla lama sangat menunggu turn.. Bila tengah orang tu nak pegi amek Surat Pelepasan dari almari dia, ada orang tegur aku.. Rupe-rupenye, Syed.. (Syed – classmate aerospacem echanical masa diploma dlu).. Dia baru nak apply surat pelepasan PTPTN.. Dia cite la yang dia sekarang dah masuk blaja kat MIAT-UniKL.. amek lesen EASA (lesen untuk jadik pembaiki kapal terbang).. Syed kata dlu kat penang masa diploma, aku la ajak ramai kengkawan untuk wat lesen EASA ni.. Beria2.. Aleh-aleh aku pon tak buat lesen tu jugak..

Aku explain la kat dia nape aku tak amek lesen tu.. Baru la dia faham waopon masih tak puas ati aku tak buat lesen tu..

Lepas tu aku terus balik umah..

Dalam perjalanan tu, aku terfikir.. Sepanjang dari aku skola menengah dulu sampai sekarang, brape orang yang aku pengaruh? Masa skola menengah dlu, aku pengaruh Faiz (Pe’e nama panggilan dia – kitorang blaja sekelas masa Form 3 kat SMK Seksyen 18 – dia dok sebelah aku).. Aku pengaruh Faiz untuk amek mechanical engineering.. sekarang ni, dia blaja kat UiTM Shah Alam amek degree mechanical (pure).. Lagi, masa skola kat Jasin, aku pengaruh 2 orang plak.. Hilal dan Qayyum.. dua2 ni masa skola dlu duduk sebaris dengan aku.. pengaruh sampai dorang ni sambung blaja kat ovesi pon amek mechanical engineering.. sorang kat UK sorang kat Kanada.. Lagi masa kat Matriks Perak dlu aku pengaruh kengkawan jadik pilot.. Sorang mamat cina ni sama-sama la dengan aku wat resume la, interview MAS la.. tapi last2 dia yang jadik cadet pilot MAS.. aku tak dapat nak jadik pilot sebab papa tak kasik blaja pilot.. Masa diploma la paling banyak pengaruh orang soh amek lesen EASA tu.. sekarang ni ada la 3 orang yang tengah blaja kat MIAT-UniKL tu.. termasuk la Syed..

Moral of the story, jangan suka pengaruh-pengaruh orang.. iar dorang buat keputusan sendiri.. Jadik sekarang ni, kalo ada sape-sape yang tanya aku ape kerjaya yang bersesuaian dengan dorang, aku tanya dorang ape yang korang btol-btol suka, baru la aku bgtau cara yang bersesuaian nak mengejar cita-cita.. Kalo la menjadik dorang ni, dalam bidang-bidang yang aku pengaruhi, takpe la.. tapi kalo dorang menyesal ke bila dah keje.. aku rasa bersalah sangat..

Ape-ape pon.. Korang buat la keputusan ape-ape pon, baik pasal kerjaya, baik pasal jodoh, baik pasal nak beli ais krim sekali pon, buat la keputusan yang 100% kehendak korang.. walopon dengar macam-macam pendapat orang sekeliling.. Tapi keputusan tu, korang yang punya 100%, sebabnya kalo korang buat keputusan sebab ikut cakap orang, kalo buruk padahnya, korang sendiri yang tanggung, orang yang korang ikut cakap dia tu tak rasa pon ape-ape..

Aku ingat aku ni leh jadik pakar motivasi la.. hehehehe



Kisah semasa Cuti Mid Sem (1)



Rabu (28/1/2009)

Hari ni masih lagi cuti mid sem UiTM.. So, nak setelkan pasal penangguhan PTPTN dengan mohon Surat Pelepasan PTPTN. Awal pagi lagi aku dah bangun dah, kuar sekali dengan papa nak pergi kerja lebih kurang kol 7.30pg, papa drop kat Stesen Komuter Shah Alam.. Dari situ naik komuter pergi kat KL Sentral. Pejabat PTPTN OneStop ada kat KL Sentral sejak beberapa tahun yang lalu tapi baru minggu lepas aku tau. Convenience la sket PTPTN ada kat situ, tak payah la nak pergi kat Damansara tu.. Jauh, susah nak pergi, bas pon tak lalu kat situ apatah lagi kapal terbang mahupun helikopter.

Aku sampai je kat PTPTN tu kol 8.20pg, tak ramai orang.. Bagus2, seperti yang dijangkakan.. Sebenarnye aku tak suka berurusan dengan pejabat kerajaan, sebab selalu jer lembab, tak efisyen.. Tapi kat PTPTN ni bagus la, nampakla yang staf dia bekerja dengan cekap, buktinya, masa bekerja takdela yang bersembang, sume yang kerja kat kaunter muka serius je melayan pelanggan yang datang berurusan.. Harap-harap camtu la sentese dan di mana-mana pejabat kerajaan..

Pastu anta Borang Penangguhan dengan Surat Mohon Peepasan PTPTN.. Setel.. Orang tu kata dalam 3 hari surat tu akan siap, dia kata lagi, Jumaat kol 3.3.0ptg datang amek Surat Pelepasan.. Lepas tu aku terus balik umah.. Sampai umah dah kol 10pg..

Kalo ikut plan, arini nak pegi GGIFA bayar deposit yuran.. pastu call papa, papa kata ada kerja.. Kerja ape tah, time ni kan cuti sem, mana ada student..

Pada masa yang sama, spupu aku ni plak kata nak balik Kolej Jati arini, tapi satu barang pon tak kemas lagi.. (spupu aku ni blaja diploma kat uitm shah alam, tumpang duduk kat umah aku stiap kali ada cuti am atau cuti sem).. Alang-alang papa nak balik umah time lunch ni, nak kuar g GGIFA plak, bole la ikut skali nak anta dia kat kolej tu.. Leh plak ngada-ngada nak balik petang.. Kan dah bazir minyak keta nak ulang-alik, buang masa orang lagi nak kena tunggu dia bersiap-siap.. Dah tau nak balik, kemas la barang-barang tu siap-siap kemas-kemas.. Ni tak, bila dia rasa nak balik, baru la nak bgtau papa, baru la nak kemas-kemas.. Macam bos plak nak ikut cakap dia, nak tunggu dia..

Masa lunch tu lebih kurang kol 1.30ptg, papa balik umah, time tu call GGIFA, orang tu kata takleh nak terima bayaran hari ni sebab dah lambat. Kalo pagi dia boleh ar masukkan duit tu dalam Bank, time petang ni dh tak sempat dia kata.. Tak jadi la nak pegi bayar deposit yuran.. So, papa tunggu la spupu aku ni, sampai la dah kol 3 lebeh baru la dia siap kemas.. Kemas la sangat.. barang-barang dia sume dia dah bawak balik.. bilik ni dia tinggal bersepah je, dengan kertas-kertas la, dengan 2-3 cawan tak basuh yang dia bawak minum dalam bilik, tuala lagi, katil tunggang langgang la.. ish.. bengang btol la.. xle ke tak nyusahkan orang.. mak awak pon tak tahan dengan anak sendiri..

Hmm.. Dah takleh nak bayar duit kat GGIFA dok umah jer la tunggu esok pagi plak.. So, papa g la anta spupu aku ni balik kolej.. Dan seperti biasa, aku kena le kemas bilik, umi la yang kena basuh cawan, basuh baju-baju dia yang tertinggal dalam bilik.. Sebab tu la aku tak suka nak melepak umah orang nak tido umah orang sebab takut buat sepah dan menyusahkan tuan rumah.. Kalo la spupu aku ni ada otak kan.. Geram btol buat umi aku camtu..



Laluan ke Angkasaraya



Post yang ni saja jer buat.. untuk sesiapa yang nak tau camne nak jadik pilot.. Ni yang sehabis detail yang aku leh bgtau.. Ni adalah cara-cara untuk jadik pilot persendirian (bukan tajaan airlines MAS ke AirAsia ke atau ape-ape je la)


Niat
Jangan nak jadik pilot sebab mak bapak, atau siapa-siapa pon suruh. Jangan jadik sebab pikir gaji dia mahal (Jadi businessman lagi kaya tau)


Faham
Faham btol2 kerjaya ni, kelebihan kerjaya pilot, kekurangan kerjaya pilot. Faham jugak risiko yang akan ditanggung. Contohnya, terpaksa extend masa belajar (dah kena tambah duit beberapa ribu ringgit). Contoh lain, jadi pilot ni katakanlah ter’eksiden’, putus tangan, dah tak bole nak jadik pilot (ada tak kerjaya lain yang boleh back-up)


Kelayakan
Sekurang-kurangnye keputusan SPM dapat kredit (6C) dalam subjek Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Proses 1
Tulis surat kepada Department of Civil Aviation (DCA) dalam bahasa Inggeris. Bagitau pihak DCA yang anda amat berminat nak belajar pilot dan nak mohon masuk sekolah penerbangan.
Maklumat yang perlu dilampirkan bersama surat:
Salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM (yang disahkan)
Kalo hantar by-hand kat pejabat DCA kat Putrajaya, amek skali senarai nama sekolah penerbangan yang ada kat Malaysia ni supaya senang nak pilih.

Proses 2

Bila DCA dah balas surat anda dan dapat kebenaran. Cari sekolah penerbangan yang anda ingin sertai. Mula-mula cari kat internet, tengok gambar sekolah tu dulu.. cantik ke, selesa ke tempat belajar dia, tempat tinggal pulak macamane rupe dia.. bila dah berkenan di hati, tepon ke HQ dan tanya mengenai perkara berikut:

Hal-hal pasal duit
Deposit
Yuran pendaftaran
Jumlah yuran keseluruhan
Bayaran tambahan (untuk beli uniform, buku-buku, headgear, etc)
Surcharge minyak kapal terbang (yang ni mesti ada punye sebab dia ikut harga minyak semasa, dan biasanya harga minyak jarang turun)
Kemungkinan kalo terpaksa extend belajar, kena bayar lagi tak?
Camne cara pembayaran yuran
Mana nak dapatkan sumber kewangan?
(PAMA – PAPA n MAMA) (MARA) (KWSP mak ayah)

Pendaftaran
Bila korang boleh mendaftar?
Kekerapan pengambilan pelajar
Berapa orang sekali in-take?

Pasal belajar
Tempoh belajar
Ape menda yang korang akan belajar (tapi yang ni leh tengok kat website je)

Keperluan
Uniform
Buku-buku rujukan
Tempat tinggal
Makan Minum
Aksesori penerbangan (contohnya: pilot head phone)

Make sure mesti buat perbandingan antara semua sekolah-sekolah penerbangan tu.. Bandingkan yuran keseluruhan dan bandingkan cara pembayaran, tu la yang paling penting rasanya. Decide yang paling bersesuaian dengan kemampuan dan keinginan

Proses 3
Dah decide sekolah, print borang kemasukan dari website dan isi. Lengkapkan semua yang diperlukan. Lain sekolah lain yang dia nak. Call sekolah tu, buat appointment bagitau yang korang nak masuk sekolah tu dan nak datang hantar borang.
Jangan lupa!! Bawak skali salinan surat kebenaran DCA dan pergi kat HQ dengan semua dokumen dan borang kemasukan. Bila HQ dah keluarkan Letter of Acceptance (surat tawaran) – maknenye korang dah ditawarkan untuk belajar kat sekolah tu tapi tempat korang untuk blaja blom ada lagi selagi korang tak bayar deposit.
Kalo dah bayar deposit, korang akan diberikan Letter of Placement (Surat Kemasukan). Surat ni menandakan korang dah ada tempat untuk blaja kat sekolah penerbangan tu. Dia dah reserve tempat la.

Proses 3A (Sekiranya takde duit nak bayar deposit)
Kalo takde duit nak bayar deposit.. sekolah penerbangan akan bagi Letter of Acceptance (surat tawaran).. Dengan surat tawaran ni, leh la pegi buat pinjaman kat AgroBank, pinjaman insani nama dia.. Leh buat pinjaman sampai RM100k..
Bila buat pinjaman AgroBank ni, ingat yang korang ni pinjam kat bank, bukan kat PTPTN.. Korang kena bayar balik sebaik sahaja pinjaman 2 korang dapat.. Takde penangguhan bayaran (tangguh bayar pinjaman selepas habis belajar).. Lagi plak, kena ada penjamin kalo nak buat pinjaman tu.. Carik la sape-sape yang sudi nak jadik penjamin.. Bila pinjaman dah diluluskan, korang gne la duit tu untuk bayar Deposit..
Bila dah bayar deposit tu, nanti dapat la Letter of Placement (Surat Kemasukan)

Proses 4
Dengan Letter of Placement (Surat Kemasukan) tu, korang pegi pulak kat Pejabat MARA kat Kuala Lumpur amek borang pinjaman pelajaran. Isi borang tu dengan lengkap skali dengan dokumen-dokumen yang dia nak. Kalo dia tanya, Jangan bagitau korang ada dapat bantuan kewangan dari tempat lain okay (contohnya, korang guna KWSP untuk bayar yuran ke, tengah dapat biasiswa JPA ke, diam-diam je)
Hantar borang tu untuk diproses. Tunggu panggilan interview. Masa interview, jangan bagitau yang korang sedang belajar.. Bagitau yang korang tak buat ape-ape just tengah apply nak masuk sekolah penerbangan je. Lepas interview, dia bagi keputusan. Kalo MARA kata dia akan bagi pinjaman. Leh la setelkan yuran pendaftaran kat HQ.
Biasanya MARA akan bayarkan semua yuran-yuran tu.. Jadi Janganlah digusarkan.. Tapi monitor betul-betul la, make sure MARA bayar yuran tu semua on time.. Nanti kalo MARA bayar lambat, karang sekolah tu ingat korang yang tak bayar, terus kena reject plulak..
Sepanjang proses, dari mula hantar borang kepada MARA, mesti selalu call dan tanya pasal permohonan.. Biasa la, bila dah government yang uruskan mesti la tak cekap dan efisyen.. benda yang boleh siap 2 minggu jadik 2 bulan.. So, sentiasa la contact dengan pegawai yang berkenaan, biarlah diorang sakit ati ke tertekan ke, yang penting permohonan diuruskan dan diluluskan secepat mungkin.

Proses 5
Medical Check-up
Ni la yang penting jugak. Medical check-up ni bukan medical check-up biasa. Hanya tempat yang tertentu je yang DCA approve. Nak tau mana tempat dia, tanya DCA.. Hmm.. Kat website Asia Pacific Flight Training ada jugak list tu..
Pegi sume proses check-up tu.. antara yang akan di check-up ialah:
Eye Test
X-Ray
Physical Test (weight and height)
Audio Test
ECG (Electrocardiogram – ujian degupan jantung)
Blood Test
Urine Test
Bila dah lulus semua medical check-up, doctor akan bagi sijil kelulusan iaitu kertas bersaiz 10cmX10cm.. Kecik tapi bermakna..

Proses 6
Berkemas-kemaslah untuk berangkat menuju sekolah penerbangan dan mendaftar sebagai cadet pilot.

Semua Proses 1-6 ni adalah proses yang perlu dilalui kalo korang nak belajar pilot secara persendirian (bukan tajaan MAS, AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan). Actually, ada step yang boleh dibuat serentak, contohnye, sambil tunggu surat DCA tu, leh la wat medical check-up dan cari sekolah yang bersesuaian.
Terima Kasih kepada mereka-mereka yang telah membantu aku untuk jadik pilot ni..Yang tunjukkan camne nak apply sampai boleh belajar pilot. Antaranya ialah Ihram, ayah Ain, orang-orang kat forum FLYDAMNIT.COM.. kat Ain jugak sebab bagi moral support yang paling banyak.

Ada
ape-ape nak tanya contact
019-4
797139
Muhaimin86@gmail.com

Wednesday, December 31, 2008

Sibuk .. busy..



Semenjak dari kluar result Part 6 aritu sampai la sekarang nih.. memang sangat sibuk..
bila dah kluar result tu sebok la nak print out result nak gune untuk apply tu apply ini..
lepas tu pulak Ain bagitau yang

Surat Tawaran Ijazah UiTM dah dapat..
ingatkan UiTM anta kat rumah.. rupe-rupenye kena
download dan print dari internet..

mula-mula g tengok kat tenet tu okay lagi..
Punye la skit hati bile dah print tu,
kena buat macam-macam..
Medical check-up, bayar yuran, bukak akaun SSPN,
beli nombor pin PTPTN untuk pinjaman,
kena fotostat sijil, surat beranak, slip result,
gaji, Borang J.. Banyak lagi la.. Panas btol la
dengan sistem UiTM ni..


Bengang btol la.. at least bagitau la masa diploma
dulu.. at least masa paper final tu,
bagitau la yang tawaran uitm tu kena
periksa kat tenet.. Ni takde bagitau ape2 pon..
Nasib abik ada Ain, kalo tak aku tak tau ape-ape langsung..
tak sambung ijazah la aku jawabnya..

Terima kasih yer budak comey sebab bagitau saya..!!


So, memang sangat kelam kabut la aku jadinya..
Tambah lagi mirul (adik lelaki aku - 20 tahun)
pon nak beli barang-barang, dia pon nak masuk Sem 6 kat UiTM Pulau Pinang.. kelam kabut jugak tu..
Lagi, Sibuk pulak nak cari sekolah tahfiz untuk Nana (adik pompuan aku - 9 tahun).. Ke hulu (hulu langat) ke hilir (hilir sungai Ulu Yam - Gombak).. sibuknya sume orang..
aku pon pening kepala terkejar-kejar.. Pegi bank,
pegi 2-3 klinik nak wat medica check-up, pegi kedai fotostat..


Bila daftar pulak, faham-faham je la.. beribu orang nak daftar.. beratur panjang, lama giler..
aku cam sangat kurang tidur, hmm..
plus medical check-up untuk pilot
pon termasuk dalam senarai..
(story pasal medical check-up pilot tu kena baca previous posts)


Sampai sekarang ni, pendaftaran kursus masih ada masalah,
tak boleh nak daftar subjek
bahasa Inggeris (BEL 499).. Tapi kelas kalo ikut jadual,
dah mula dah.. Aku still leh tenet, update blog nih pon
sebab aku buat kat ofis papa aku.. kat UiTM ni la..
daripada melangut jer kat bilik tu, baik aku lepak sini,
tunggu Ketua Program siapkan sistem,
baru la leh sambung daftar kursus tu..


Tapi berat betul la hati nak blaja kat UiTM ni..
rasa tak gembira nak blaja kat sini..
Sangat tak best la environment kat sini..
Kalo kat UiTM penang dulu, berkobar-kobar
nak balik kampus daripada cuti tu.. awal semester
bersemangat nak sambung blaja..


Tak tau la, harap-harap boleh la blaja..
Mungkin sebab kat sini jarang jumpa Ain..
Dari hari pendaftaran aritu sampai sekarang ni sekali jer terserempak dengan Ain..
Papehalpon, mesti kena belajar jugak kan..
.
.

Wednesday, November 19, 2008

I am a refugee..





I am a refugee..
i had pack my stuff..
the whole 6 semester's stuff

a lot they are

6 boxes, 1 big beg, 1 beg pack, 1 laptop..
Plus the other clothes in the dryer..

Banyak sangat.. 3 hari tiga malam mengemas dengan bersungguh2..
Bile dah kemas rasa lega dah..
Dalam kotak2 nih ada
Nota2, buku2 teks, baju2..
Cadar, kasut 5-6 pasang

Timbul plak masalah baru.. camne nak bawak balik sume khazanah nih?
tepon umi, tanya papa nak datang amek tak?
papa kata tinggal je dulu barang2 tu kat penang..
lepas exam balik dulu rumah.. nanti g la amek balik..
---------(blur kejap)-----------
...okay...

nak tinggal penang nih nak letak mana ni?
kat stor komander xleh.. sebab xde kunci..
kat bilik pon xle.. sebab nanti orang masuk bilik 'shopping'
hmmm..

dengan semangat yang kental..
aku pikir nak tinggalkan jugak..
Left those things dalam loker..
then, lock the locker with solex..
Hopefully safe..

I'll go back home like a refugee
with a big bag, a backpack and also laptop..
Refugee..




free counters
Powered by Blogger.